CHOPP ! Bukan Iklan Coca Cola.

11:08 PM

credit pada google
Bismillah,
Assalamualaikum.

Hari nie diri kembali lagi mengorat blog.. kehkeh.. XD
Esok birthday sahabat aku, NUR AINIENA HUMAIRAH BINTI ZAWAWI.. *tetibe* lantaklaa aku hnya nak cakap je. Dan untuk birthday dia, aku bagi voice mail yang berisikan nyanyian happy birthday. OMO!! haha.. *terus hujan lebat campur kilat*

Sampai ke saat ini, aku masih jadi pemerhati dan pemikir tegar. Melihat mereka di sekeliling ku malah yang jauh dariku. Tengok gelagat manusia nie mengasyikkan juga kerna aku banyak belajar dari mereka. Memberi aku kesedaran dan membantu mindaku berfikir idea kreatif untuk berdakwah. ohhooo

"Awak ! apa kaitan semua nie dengan tajuk awak?"

Oh, maafkan saya kerna muqaddimah yang panjang lebar. Hihi. *tetibe tukar ganti nama diri*
Okey, apa yang cuba saya kongsikan ialah dugaan bagi mereka yang ingin REVERT to right path, way.

"Bleh tak cakap direct terus? saya tak nampak kesamaan tajuk dengan isi"

Hehe.. TAK MBOHH..
*gurau jer tapi buat tak layan*

Untuk mereka melangkah ke lebih baik tentunya diuji dengan pelbagai dugaan untuk mengukuhkan niat diorang malah untuk menjadikan mereka istiqamah pada perubahan yang dibawa. Tidak kurang hebatnya dugaan monolog diri sendiri seperti tahap keyakinan mereka untuk berubah. Yang mereka hadapi ini mengalahkan cabaran Fear Factor dan mana mana show yang gerun. Dan saya ingin kongsikan sedikit semangat yang dimiliki pada mereka meski diri masih kurang.. *2 tips je pun yang nak dikongsikan*

*****
Cabaran SATU

"Aku nak berubah. Aku dah tak nak bergelumang dengan dosa. Aku mahu bertaubat...
Tapi apakah Allah akan mengampunkan dosaku? Apakah masih ada sinar pengharapan untukku?"

terus tak jadi revert

CHOPPP !!!


Siapa kata Allah takkan mengampunkan dosa kita. Allah tu kan maha Pengampun. Kita kena bersangka baik dan yakin yang Dia akan mengampunkan dosa kita. Sebesar mana pun dosa kita, Dia masih mampu mengampunkan dosa kita *kecuali syirik* .

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135,

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji , atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."

Faham ayat nie?

Details Allah terangkan untuk kita. Betapa sweetnya Allah kepada kita. Dia mengatakan sorga Nya itu hanya untuk orang bertaqwa tapi Dia tidak mengatakan orang bertaqwa itu berasal dari keturunan yang baik baik saja sejak pucuk akarnya. Pendosa besar kecil juga mampu jadi Orang yang bertaqwa dengan syarat dia bertaubat dan tinggalkan terus dosa yang telah dilakukannya. Dan Dia tahu hambaNya yang ingin berubah pasti teragak agak bahawa dosa mereka mampukah untuk diampuni maka Dia awal awal lagi mention kat situ yang "dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah" 

Jadi, bersangka baiklah pada Allah. Allah tak kan menutup pintu taubat hamba-Nya selagi belum tiba masanya.. Teruskan melangkah ke arah lebih baik dan jangan berundur. Allah sentiasa ada untukmu.


*****
Cabaran DUA

"Sedihnya aku. Masyarakat mencaciku, mengejiku, mengutukku. Sedangkan aku sedang menuju ke arah perubahan kebaikan. Ingin berubah pun salah ke?"

patah balik buat dosa

CHOPPP !!!

dengar dulu firman Allah dalam surah ali imran ayat 139,

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya) jika kamu orang yang beriman."

See !

Betapa Gentlenya Allah melebihi semua gentleman di dunia ini. Kerna Dia Allah, maka dia tahu kesulitan yang bakal dihadapi oleh hambaNya. Mengapa kita perlu menghiraukan kata kata mereka yang sedikitpun tidak menghiraukan kita, tidak memyumbang ke arah penghijrahan yang kita lakukan? Biarkan apa yang mereka perkatakan. Tidak salah untuk kita bersedih tapi kita perlu ingat bahawa Allah sentiasa disamping kita. Allah lah yang menghilangkan segala kesedihan dan kelemahan kita. Cukuplah bagi kita Allah. Melangkah lah tanpa menoleh ke belakang. Lepaskan segala batu penghalang dalam penghijrahan kita.

*****
Ya, saya tahu perubahan itu mengambil masa yang lama dan susah untuk kita meninggalkan segala yang rutin yang kita lakukan tapi ingatlah kerana susah dan pahit itulah yang memberi kesenangan dan kemanisan di penghujungnya. Saya tak mengharapkan anda berubah drastik 360 darjah tapi apa yang saya harapkan dari anda adalah agar anda ber'ISTIQAMAH' dalam melakukan perubahan itu. Usah pedulikan mereka yang merosakkan langkah penghijrahan kita. 

Dan yang paling penting sekali atau yang dikatakan asas untuk REVERT ialah SOLAT
Perkemaskan solat kita. Jaga solat kita. Pastikan cukup lima waktu. Perbetulkan bacaan kita dan tambahkan tahap kekhusyukan kita ke dalam itu.

Moga Allah permudahkan segala urusan.
Boleh tonton video nie untuk mendapat lebih pencerahan (tekan sini)

Sekian.
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
"chopp itu hanya untuk berhentikan niat mereka yang ingin mematikan niat penghijrahan"

You Might Also Like

1 comments

  1. betul2 ! hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..berubah kerana ALLAH, jangan hiraukan orang sekeliling yang hanya akan melemahkan niat kita. tapi selagi iman berpegang kuat pada ALLAH, insyaALLAH ... sokongan insan terdekat memang dperlukan untuk perubahan :') . #

    nice sharing *thumbs up ~ suka entry neh

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News