Bismillah
Assalamualaikum
Salam 10 ramadhan terakhir untuk semua. Mungkin semua dah tahu perihal yang sebenarnya bahkan tahu lebih jelas tentang hal ini. Perihal pesawat Boeing 777 atau MH17.
Satu Malaysia semalam dikejutkan dengan berita tersebut. Manakan tidak, kerumitan MH370 masih belum terungkai sudah timbul simpulan kes lain. Sejujurnya, aku juga kaget mendengar berita ini. Mengetahui hal sebenarnya buat aku lagi bersimpati pada mangsa pesawat dan rasa tidak puas dengan jawapan yang diberikan oleh kerajaan Ukraine.
Selain kita bersimpati dan mendoakan mangsa pesawat, kita juga perlu mendoakan untuk Malaysia Airlines. Kasihan diorang. Lepas satu satu musibah menimpa mereka. Baru aja mahu naik PAP ! dihempap dengan kejadian lain. Disalahkan sedang mereka tidak bersalah. Terpaksa menanggung pampasan dan ganti rugi sedang nasib mereka tidak terbela.
Merenung peristiwa ini, membuatkan aku terfikir bahawa mati itu bila bila. Tidak akan kurang sedetik atau terlebih sedetik. Tidak mengira umur mahupun situasi kita sebelum meninggal. Jadi, bersamalah kita menjaga diri sekarang agar husnul khatimah itu berjaya dimiliki. Ia perlu dimulai sekarang.
Selamat beribadah dengan extreme.
Selamat menghabiskan ramadhan T.T
Sekian