Marah
Hati mana yang tidak berdarah.
Terus terusan saja dicucuk, ditikam.
Sana sini berbisik kebencian.
Hanya kerana aku bukan siapa siapa.
Hanya kerana aku tiada nama.
Peritnya dada pedihnya luka
Dunia gelap tiada rasa
Saat ku terluntur bila dunia ketawa.
Apa besar dosa jika tidak berjaya?
Sudahlah! Aku ini bukan boneka!
Tiada rasa pedih saat diguris.
Tiada rasa sedih saat dikeji.
Aku punya perasaan pasti terhakis!
Kita semua ini dipentas dunia.
Yang Maha Besar sedang menilai segalanya
Hentikan jelingan mata itu!
Hentikan senyuman sinis itu!
Usah kau robek jiwa yang terburai ini.
Kerana pasti
Aku akan bangkit!
—
Love
Adanya kamu peneman setiap masa berdetik.
Tika suka tika dunia kamu sentiasa ada seperti minit dan saat.
Setiap nafasmu ku nikmati agar kamu terus mencipta lagu cinta.
Degupan jantung mu ku hargai agar kita terus menyanyi.
Di pantai bersama angin rindu.
Untuk kita sentiasa menikmati.
Rasa tenang,
Cinta,
Sayang,
Dan setia.
Suka duka kita lalui pahit manis kita tempuhi
Untuk hidup seperti pelangi.
Sayang,
Kau teman yang mengajarku bahagia walau aku terpijak duri,
Kau teman yang memberi aku ketawa walau hatiku pecah berderai.
Kau teman yang bangkitkan aku walau aku lemas ditelan ombak.
——
Joy
Kebahagiaan hari ini.
Kerana di sudut itu
Ada pengorbanan
Yang sentiasa menyokong
Berpegangan tangan
Berpelukan
Untuk terus memberi rasa cinta
Agar aku tidak lagi dilayan
Seperti boneka yang tiada rasa.
Hari ini aku sedar.
Kebahagiaan hidup bukan memuaskan hati lidah yang berbisa.
Mana mungkin aku jadi bidadari yang sentiasa terang cahayanya.
Dengan apa yang ada
Dengan apa yang tercipta untukku
Aku pilih untuk bahagia selamanya.
Nukilan Aisyah Nadia
Puisi ini hasil karya teman terbaik aku. Aku memaparkannya di sini memandangkan puisi ini bakal disimpan tanpa dipamerkan dimana-mana. Sayang jika ia dibiarkan begitu lalu aku mengambil keputusan untuk meletakkan di blog aku. Sekurangnya, ada juga seorang dua manusia yang membaca dan menghayati puisi temanku ini.