Assalamualaikum dan Hi korang!
Di Malaysia ni ada banyak tempat yang menarik untuk kita nikmati keindahannya. Kadang tak perlu terbang jauh pun, di Malaysia pun ada tempat-tempat cantik ala luar negara. Cuma kita saja yang tak tahu dan belum singgah menjejak kaki ke sana. Salah satu tempat menarik yang aku katakan itu, ialah Langkawi! Ini merupakan contoh UNSEEN MALAYSIA yang sangat rugi jika tidak diterokai.
Langkawi boleh dikatakan destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Bahkan juga terkenal di kalangan pelancong asing. Sebut saja Langkawi, anda dah boleh bayangkan pantai-pantainya yang indah, flora dan faunanya, aktiviti air yang boleh dicuba, sejarah lagenda Mahsuri dan tak lupa juga pada kegiatan membeli belah di kawasan bebas cukai tersebut. Langkawi ini merupakan sebuah pulau yang terletak di negeri Kedah. Untuk sampai ke Langkawi, boleh menaiki feri ataupun dengan kapal terbang.
Langkawi mempunyai lagenda yang popular sinonim dalam sejarahnya. Tanyalah pada sesiapa di pulau tersebut tentang kisah tragis seorang wanita muda cantik bernama Mahsuri, tentu saja mereka mengetahuinya. Malah rakyat Malaysia juga turut didongengkan dengan legenda tersebut. Lagenda berkenaan kisah cinta, cemburu, dan penganiayaan yang berlaku ke atas gadis mulus itu memberi impak yang besar pada Langkawi. Kononnya Langkawi dikutuk tidak akan maju sehingga tujuh generasi oleh Mahsuri. Ini berlaku gara-gara kejahatan orang yang dendam akan Mahsuri. Mahsuri juga dikabarkan mati ditikam oleh satu-satu keris warisan dan darah yang mengalir keluar berwarna putih.
Sekarang, tujuh keturunan itu telahpun berlalu pergi. Langkawi juga sudah menjangkau lebih daripada tujuh generasi dan semakin maju membangun. Namun, masih ada percaya bahawa kemajuan Langkawi akibat habisnya kutukan tersebut meskipun kita tidak tahu kesahihannya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mahsuri, kalian boleh menziarahi makamnya dan juga rumah tempat dia pernah tinggal dulu.
Langkawi memiliki banyak pantai-pantai yang cantik yang boleh dilawati oleh pengunjung. Disini aku akan senaraikan dalam 5 beaches in Langkawi yang sering dikunjungi oleh pelancong.
1. Pantai Cenang
Pantai Cenang antara pantai yang menjadi tarikan ramai pelancong ketika mengunjungi Langkawi. Pantainya hidup dan dilengkapi kemudahan seperti kedai makan, kedai cenderahati, tempat penginapan pusat hiburan dan cafe-cafe. Pasirnya halus dan anda seolah berjalan di atas kerlipan kristal tatkala sinaran matahari memancar ke tanah. Permandangan pantai juga bertambah seri dengan barisan pokok kelapa yang tumbuh subur di situ. Aktiviti yang menarik di pantai tersebut ialah, menyaksikan sendiri keindahan matahari terbenam di persisiran pantai. Manakala di sebelah malam pula, pantai itu tetap meriah dengan pelbagai aktiviti menarik dan gelagat pengunjung.
2. Pantai Tanjung Rhu
Pantai Tanjung Rhu ini meskipun sesibuk Pantai Cenang, tapi dari segi kecantikan pasir dan air lautnya, Pantai Tanjung Rhu ini tetap setanding dan mungkin lagi cantik. Ia merupakan sebuah tanjung dan sebahagian dari pantainya landai memberikan hasil yang indah untuk bergambar. Sekiranya kalian menginginkan suasana yang tenang untuk bergambar dan bermain pantai, maka Pantai Tanjung Rhu ini sesuai sekali untuk kalian. Oh ya, pengunjung juga dapat menikmati kecantikan alam di sepanjang Sungai Kilim – Kilim Natural Geopark dengan menaiki bot yang ada disediakan.
3. Pantai Tengah
Pantai Tengah ini terletak berdekatan dengan Pantai Cenang. Itu kerana pantainya bersambung dengan pantai Cenang cuma terletak di bahagian selatan. Pantai Tengah ini antara pantai terpanjang di Langkawi dan juga pantai yang paling banyak aktiviti air yang kalian boleh cuba seperti para-sailing, jetski, banana boat dan lain-lain lagi. Penginapan seperti chalet, dan resort turut disediakan disitu. Anda juga dapat menyaksikan kecantikan matahari terbenam di Pantai Tengah memandangkan pantainya juga cantik dan tenang tanpa sesakan orang ramai.
4. Pantai Pasir Tengkorak
Sekiranya anda ingin mencari ketenangan dan hilang dari kesesakan manusia, maka pantai ini sesuai untuk anda. Suasana lebih privasi berserta pasir pantai yang cantik. Benar-benar privasi kerana gerai-gerai makanan pun tidak kelihatan di sini tapi masih boleh berkelah dengan makanan sendiri di sana. Cuma berhati-hati dengan monyet-monyet yang tiba-tiba muncul menyapa anda. Hahaha.
5. Pantai Kok
Pantai Kok ini lain sikit daripada pantai-pantai yang lain. Ini kerana suasana yang ala-ala luar negara dengan banyaknya kapal-kapal berlabuh dan juga bangunan di sekeliling. Ia juga mempunyai tarikan lain seperti deretan kedai, food truck dan kemudahan lain serta kereta kabel untuk ke puncak Gunung Mat Cincang dan Air Terjun Telaga Tujuh. Dengar kabar, makanan laksa, rojak buah, pasembur dan mee rebus yang paling sedap dan terkenal di Langkawi terdapat di Pantai Kok itu.
Sebenarnya banyak lagi beaches in Langkawi atau pantai di Langkawi yang cantik dan menjadi kunjungan ramai para pelancong seperti Pantai Datai, Pantai Teluk Yu, Pantai Pasir Hitam, Pantai Payar Marina Park (yang ni pun sumpah lawa) dan lain-lain lagi. Aku cuma senaraikan beberapa saja dan selebihnya kalian boleh google sendiri dan saksikan sendiri keindahannya melalui ehsan gambar.
Selain pantai yang cantik, Langkawi juga memiliki tarikan yang lain. Tarikan ini boleh dianggap unik dan tentunya tidak ada/sama di tempat lain. Jadi rugi tau kalau kalian tak singgah atau pergi ke tempat ini. Aku akan bantu kalian dengan menyenaraikan beberapa tarikan lain di Langkawi yang kalian perlu rasa dan pergi.
Tarikan Menarik di Langkawi
1. Dataran Lang
Pertama sekali, kalau datang ke Langkawi, benda yang wajib kalian singgah atau lawat ialah Dataran Lang. Wajib ada gambar di sini. Dataran Lang ini terletak berhampiran dengan jeti,cuma beberapa minit je dari jeti jika berjalan kaki. Disitu terdapat statu burung helang gergasi yang mana merupakan simbolik kepada Langkawi. Jadi fahamkan kenapa kalian perlu bergambar dengan berlatar belakangkan helang gergasi itu.
2. Skybridge & Kereta Kabel
Rugilah kalau datang Langkawi tapi tidak menyempatkan diri menaiki kereta kabel mahupun skybridge ni. Kedua-dua ini terletak di Gunung Machinchang yang permandangannya begitu mempersona dengan keindahan alam semula jadi. Kereta Kabel di Langkawi berbeza daripada di Genting Highland dan mungkin lagi menggerunkan lebih-lebih lagi pada mereka yang takut tinggi. Ada beberapa jenis gondola yang anda boleh pilih dengan pilihan harga yang berbeza dan lagi menarik ada gondola yang berlantaikan cermin dimana anda boleh terus melihat permandangan umpama anda sedang terbang di atasnya. Untuk ke skybridge, anda boleh menaiki kereta kabel hingga ke stesen tengah. Disitulah terletaknya skybridge. Jambatannya sedikit melencong membolehkan anda melihat panorama Langkawi dengan sudut perspektif yang berbeza.
3. Muzium 5D (Believe Langkawi)
Muzium ini merupakan muzium pertama Malaysia yang memakai konsep 5D. Bila sebut 5D, ia bermaksud hidu, lihat, rasa, dengar, dan sentuh. Pengalaman berada dalam muzium ini menakjubkan kerana anda boleh melihat kesenian dan persembahan kreatif yang bukan biasa-biasa ya, disamping dapat belajar dan juga kesedaran. Percayalah, anda dapat menambah koleksi gambar anda dengan gambar-gambar yang unik dan awesome.
4. Underwater World
Disini anda boleh menyaksikan pelbagai spesies ikan-ikan yang mungkin anda tidak pernah melihatnya sebelum ini. Menempatkan lebih 500 spesies hidupan laut didalamnya termasuklah spesies penguin. Anda tentunya dapat belajar tentang hidupan laut dan jenis-jenis ikan jika masuk ke sini. (Ikan paus yang besar gedabak itu rasanya tiada, yang ada spesies kecil)
5. Laman Padi
Disebabkan Kedah memang terkenal dengan padi, jadi tak sah kalau anda masuk ke Kedah tapi tidak melihat padinya. Di sini anda dapat melihat proses penanaman padi hinggalah ke proses menjadi beras untuk dimakan seharian. Bagi yang tahu makan nasi je tanpa tahu asal usul dan proses nasi, anda digalakkan ke sini dan menambah ilmu. Hehe
Itu beberapa yang dapat aku listkan kerana kalau nak list semua, mahupun panjang berjela dan tak cukup satu posting. Seperti yang dah aku katakan, Langkawi ini mempunyai banyak tarikan yang perlu anda terokai baik dari pulaunya, pantainya, air terjunnya dan tempat-tempat lain yang unik dan menarik. Tiada penyesalan sedikit pun jika anda mengunjungi tempat-tempat ini di Langkawi, bahkan anda lagi menyesal jika tidak mengunjunginya.
So, what are you waiting for? Lets discover and explore the beautiful and uniqueness of the Langkawi, one of the UNSEEN MALAYSIA that you must go, Now! Oh ya, anda boleh menempah hotel atau chalet dengan menggunakan laman web Traveloka. Mudah dan menjimatkan masa. Sekiranya anda ingin ke Langkawi dengan kapal terbang, anda juga boleh menempah tiket penerbangan anda di Traveloka.
Jika ada lebih masa atau cuti, anda juga boleh jelajah negeri Kedah memandangkan Kedah juga punya daya tarikan yang menarik untuk pelancongan seperti Bujang Valley, Kota Kuala Kedah, Pulau Penang (yang ni confirm kena 3 hari dan lebih untuk jelajah), Taman Rekreasi Hutan Bukit Hijau dan lain-lain lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut, aku cadangkan kalian ke website ini [TEKAN SINI] sebabnya, disitu ada menyenaraikan beberapa tempat dan maklumat menarik tentang Kedah yang dapat kalian tahu.
Selamat bercuti! Harapnya minta lama sikit cuti sebab negeri Kedah sangat banyak tarikannya dan salah satunya Langkawi!
Di Malaysia ni ada banyak tempat yang menarik untuk kita nikmati keindahannya. Kadang tak perlu terbang jauh pun, di Malaysia pun ada tempat-tempat cantik ala luar negara. Cuma kita saja yang tak tahu dan belum singgah menjejak kaki ke sana. Salah satu tempat menarik yang aku katakan itu, ialah Langkawi! Ini merupakan contoh UNSEEN MALAYSIA yang sangat rugi jika tidak diterokai.
ehsan google |
Langkawi mempunyai lagenda yang popular sinonim dalam sejarahnya. Tanyalah pada sesiapa di pulau tersebut tentang kisah tragis seorang wanita muda cantik bernama Mahsuri, tentu saja mereka mengetahuinya. Malah rakyat Malaysia juga turut didongengkan dengan legenda tersebut. Lagenda berkenaan kisah cinta, cemburu, dan penganiayaan yang berlaku ke atas gadis mulus itu memberi impak yang besar pada Langkawi. Kononnya Langkawi dikutuk tidak akan maju sehingga tujuh generasi oleh Mahsuri. Ini berlaku gara-gara kejahatan orang yang dendam akan Mahsuri. Mahsuri juga dikabarkan mati ditikam oleh satu-satu keris warisan dan darah yang mengalir keluar berwarna putih.
kredit |