Assalamualaikum dan hi semua!
Hari ini aku tiba-tiba terasa ingin berbagi ulasan mengenai beberapa buah drama yang sudah aku nonton sepanjang 2018. Aku sebenarnya bukan penggemar drama, kerana menurutku drama itu panjang dan harus berkorban masa yang banyak untuk menghabiskan sesebuah drama. Tapi dalam masa yang sama, aku juga ada kalanya terjebak menontonnya dan menjadi 'addict' pada jalan cerita tersebut. Hinggakan sanggup menunggu episod terbaharunya dengan sabar dan pasrah.
Berkenaan dengan drama-drama ini, kenapa aku tidak mengulasnya secara berasingan satu drama satu post? Tentu saja lah alasannya MALAS. Senang bukan. Tidak usah memikir-mikir ayat yang panjang untuk ulas sesebuah drama. Malah, aku juga jimat masa dalam membuat ulangkaji balik tentang drama-drama tersebut. Kalau aku gabungkan kesemuanya, aku hanya perlu mengulas secara ringkas. Lagipula, sekarang, perkataan-perkataan dalam otak aku makin berkurang jadi aku mengambil langkah mudah dengan hanya menaip ulasan ringkas saja. Kelak, inshaAllah aku akan mulakan review-review aku yang sebelum ini dah aku buat.
Sebenarnya aku sudah menulisnya di permulaan tahun 2019 tapi aku melengah-lengahkan penulisan ini hingga akhirnya aku mempublishkan di tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Jadi tajuk awal aku ganti kepada senarai drama korea yang aku tonton tanpa aku letakkan tahun 2018.
[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan peribadi aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua. Drama-drama ini pula berdasarkan yang aku tonton saja, jadi ini bukan review secara keseluruhan drama bagi tahun 2018. Tiada ranking]
Ayuh, kita mula.
Welcome to Waikiki
Director: Lee Chang-Min
Writer: Kim Ki-Ho, Song Ji-Eun, Song Mi-So
Network: JTBC
Episodes: 20
Release Date: February 5 - April 17, 2018
Genre: Comedy
Main Cast: Kim Jung-hyun, Lee Yi-kyung, Son Seung-won, Jung In-sun, Ko Won-hee, Lee Joo-woo
Sinopsis:
Mengisahkan tentang tiga lelaki yang buka guest House bernama Waikiki di Itaewon. Rumah tamu mereka kemudiannya mengalami kesulitan dan berdepan dengan masalah muflis. Bil-bil berlambakan tidak dibayar, hingga air dipotong. Pengunjung juga tak ramai, kadang-kadang tiada langsung.
Masalah bertambah apabila mereka tiba-tiba terjumpa seorang bayi di salah satu bilik rumah tamu mereka. Mula mereka ingat ada tetamu yang tertinggal bayi di situ, jadi mereka berkeputusan untuk menjaga sebentar sementara tunggu ibubapa bayi itu kembali. Tapi sebaliknya berlaku bila tiada seorang pun yang menuntu bayi tersebut. Terjadilah sedikit perselisihan faham samada nak teruskan jaga bayi atau hantar ke polis. Akhirnya, mereka memutuskan menjaga saja sebab keberadaan bayi tersebut sedikit sebanyak membuka pintu rezeki kepada mereka.
TAPI, cerita ini tak berakhir di situ saja, apabila tiba-tiba bayi itu hilang dan muncul seorang ibu tunggal yang misteri.
Komen aku:
Jalan ceritanya menarik dan kelakar. Cuma ada ketikanya alur cerita bosan kerana lambat. Tapi jangan bimbang sebab kita pasti akan gelak ketawa untuk setiap episod. Setiap watak dikembangkan dengan baik dan sudut pandang juga tersusun. Kita rasa rileks dan seronok je nonton.
Drama direkomendasi daripada kebanyakkan warga twitter. Semuanya mencadang untuk menonton cerita ni sebab kelakar. Yang membangkitkan keinginan aku untuk langsung nontonnya bila aku tengok satu klip pendek sedutan drama tu menunjukkan lawak baby dan baby shark tak terpisahkan. Walaupun ada juga macam merepek sikit, tapi cerita ini boleh dikatakan memaparkan realiti life survival. Masing-masing struggle cari kerja, cari duit untuk sara hidup mereka. Dalam masa yang sama turut kejar cita-cita mereka tu. Ohya, baby sol tu comel gile. Geram plak aku tengok.
What's Wrong with Secretary Kim?
Director: Park Joon-Hwa, Yoo Jong-Sun
Writer: Jung Kyung-Yoon (novel), Jung Eun-Young
Network: tvN
Episodes: 16
Release Date: June 6 - July 26, 2018
Genre: Romance Comedy
Main Cast: Park Seo-Joon, Park Min-Young, Lee Tae-Hwan, Kang Ki-Young
Sinopsis:
Keluarga Lee Young Joon ni kaya raya. Bila kaya, ada syarikat besar yang mana Lee Young Joon ni jadi vice president kat situ. Dia ni bijak, kaya, dan kacak tapi malangnya terlihat sombong. Ada seorang setiausaha bernama Kim Mi So yang dah kerja dengan dia selama 9 tahun. Kim dikatakan seorang yang sempurna dan sangatlah sesuai menjadi setiausaha Lee tapi malangnya, suatu hari Kim bercadang untuk berhenti kerja.
Disini bermulanya konflik bila Lee tak mahu menerima peletakan jawatan Kim. Tak cukup tu, dia tiba-tiba berkeputusan nak nikah dengan Kim. Ni gara-gara alasan Kim letak jawatan sebab nak nikah.
Komen aku:
Aku tak tengok dari awal. Mula pada episod 6 tapi dah boleh tahu jalan ceritanya. Penyusunan plot, klimaks macam terabur sikit. Ada pengulangan cerita yang banyak sampai rasa muak. Mula-mula nonton tu rasa best sebab kita ingin tahu, apa yang berlaku, kenapa dan ingin menelusuri kisah silam Kim dan perkaitannya dengan Lee. Tapi lama-lama rasa bosan dan lelah nak tunggu habis. Sudah tu, cringynyaaa Ya Tohaannn... rasa macam nak tampar screen. Hahaha.. Watak sampingan seperti pekerja syarikat itu bagi aku menceriakan dan menghiburkan lagi suasana. Sebabnya, kalau hanya papar Kim dan Lee ni boleh bosan hingga Himalaya aku. Konklusi aku, cerita ini over sikit. Lagi-lagi part, bijak kaya dan kacak tu.
Kalau tak silap aku, drama ini diadaptasi daripada webtoon korea yang popular berjudul sama.
A Poem A Day
Director: Han Sang-Jae
Writer: Myung Soo-Hyun, Baek Sun-Woo, Choi Bo-Rim
Network: tvN
Episodes: 16
Release Date: March 26 - May 15, 2018
Genre: Medical, Slice of Life
Main Cast: Lee Yoo-Bi, Lee Joon-Hyuk, Jang Dong-Yoon, Yoo Dae-Joon, Shin Jae-Ha, Lee Chae-Young
Sinopsis:
Drama ini mengisahkan siri kehidupan mereka yang bekerja di hospital seperti sebagai physical therapists, nurses, radiological technologists dan trainees. Sosok utama Woo Bo Young, bekerja sebagai seorang physical therapist selama 3 tahun di hospital tersebut. Tapi dia tidak memegang status kerja tetap cuma kontrak yang disambung-sambung. Bo Young meminati puisi dan ingin menyambung pengajian ke dalam kesusasteraan namun malangnya keadaan keluarganya yang miskin menidakkan impian dia itu. Akhirnya dia menyambung pengajian untuk menjadi ahli terapi fizikal.
Kisah bermula apabila jabatannya menerima dua pelajar pelatih dan salah seorang daripadanya merupakan ex-crush Bo Young iaitu Shin Min Ho. Sedikit pasal Shin Min Ho, dia seorang yang kacak, daripada keluarga kaya, yang mana kedua orang tua nya doktor, dan abangnya juga doktor yang berjaya. Min Ho terpaksa mengambil physical therapy berbeza dari keluarganya kerana keputusan pengajiannya yang lemah.
Kemudian, Jabatan Bo Young juga tiba-tiba mengambil staff baru yang pakar dan terkenal iaitu Ye Jae Wok. Kemasukkan tiba-tiba itu, mendatangkan gossip buruk pada Ye Jae Wok, yang kononnya dia bermasalah di hospital lamanya.
Komen aku:
Aku suka drama ni. Jalan ceritanya menarik, dan tidak berat. Santai dan juga menghiburkan. Setiap karakter dikembangkan dengan baik. Disusuli dengan puisi-puisinya yang indah dan mendamaikan. Setiap puisi yang disajikan kena dengan situasi dalam drama itu. Membuatkan kita makin menghayatinya. Boleh aku katakan, jika kalian menginginkan drama yang santai tapi ada juga lawak komedi, bolehlah menonton drama ini. Setidaknya, ada beberapa info baru yang kita tahu seperti kehidupan ahli terapi fizikal, ahli radiologi.
Sebenarnya, aku tertarik untuk tonton drama ni sebab tajuknya A Poem A Day dan perkaitannya dengan puisi. Tak sangka, boleh menontonnya sampai dua kali.
Sketch
Director: Im Tae-Woo
Writer: Kang Hyun-Sung
Network: JTBC
Episodes: 16
Release Date: May 25 - July 14, 2018
Genre: Action, Fantasy, Crime
Main Cast: Rain, Lee Dong-Gun, Lee Sun-Bin, Jung Jin-Young, Kang Shin-Il, Lim Hwa-Young, Lee Seung-Joo
Sinopsis:
Ya, drama ini ada berkait rapat dengan lakaran. Kisah bermula dengan tunang Detektif Kang Dong Soo dibunuh secara misteri. Disebabkan ingin menuntut keadilan kepada kematian tunangnya, dia kemudiannya terjumpa dengan detektif perempuan yang mana boleh melihat kejadian 3 hari ke hadapan. Detektif perempuan tersebut akan melakarkan situasi apa yang dia lihat itu di buku lakarannya. Disebabkan kelebihan itu, mereka kemudiannya bergabung sebagai satu team untuk menjejak penyebab kematian tunang Detektif Kang Song Soo.
Di sisi lain, Kim Do Jin seorang bekas anggota pasukan khas juga sedang merancang balas dendam akibat kematian isterinya yang dibunuh ketika hamil.
Komen aku:
Drama ni suspend dan juga mendebarkan. Aku ralit menonton drama ini dek jalan penceritaannya yang menarik dan kesnya yang rumit tapi membuakkan rasa ingin tahu. Suatu kelainan dalam genre jenayah dan penyiasatan. Setiap watak yang muncul diolah dengan baik meskipun watak itu sekadar watak sampingan. Aku suka pada watak Oh Young Shim yang nampak polos tapi pakar dalam IT, dan kerana dia jugalah aku tertarik nak beli keyboard yang sama sepertinya. Nampak kool kot! Tapi cerita ini memang makin mendebarkan di episod-episod akhir ditambah dengan plot twisted lagi. Siapa sangka sebenarnya ia begitu. Hahahaha
Okay, sekian saja perkongsian aku. Mungkin aku akan buat part two memandangkan aku menonton drama tidaklah terlampau banyak. Tambahan pula ada beberapa drama aku tangguh dahulu ulasannya kerana drama tersebut merupakan drama kesukaan aku dan aku ingin mengulasnya dengan lebih terperinci (itupun kalau aku rajin)
Rujukan :
1. http://asianwiki.com/Welcome_to_Waikiki
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Welcome_to_Waikiki
3. http://asianwiki.com/What%27s_Wrong_With_Secretary_Kim
4. https://en.wikipedia.org/wiki/What%27s_Wrong_with_Secretary_Kim
5. http://asianwiki.com/A_Poem_A_Day
6. https://en.wikipedia.org/wiki/A_Poem_a_Day

Kang Dong-Goo (Kim Jung-Hyun) dreams of becoming a movie director, but he is cynical due to bad luck. Cheon Joon-Ki (Lee Yi-Kyung) wanted to follow in his father's footsteps and become an actor, but he is now just a minor actor. Bong-Doo-Sik (Son Seung-Won) came to Seoul to become a scenario writer, but things have not been easy for him.