#REVIEW Movie : Aisyah: Biarkan Kami Bersaudara 2016
9:23 PM
Assalamualaikum! Untuk ulasan filem kali ini, kita hanya terbang ke negara seberang sahaja memandangkan aku sangat menggemari filem negara seberang. Kebanyakkan filem-filem negara seberang yang bagus dan bermesej tidak begitu dipopularkan bahkan mungkin ramai yang tidak tahu ada cerita macam ini. Jadi aku ingin berkongsikan salah satu filem yang bagus dari seberang untuk kalian semua. Ayuh!
[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]
Tajuk Filem : Aisyah: Biarkan Kami Bersaudara 2016
Tarikh Keluar : 19 Mei 2016
Genre : Drama
Pengarah : Herwin Novianto
Sinopsis :
Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Aisyah (dilakonkan oleh Laudya Cynthia Bella). Aisyah baru sahaja tamat pengajian ijazahnya. Dia tinggal di sebuah kampung kecil di Ciwidey, Jawa Barat. Kampungnya ada kebun teh dan juga sebuah kampung yang hidup agamanya. Aisyah tinggal bersama-sama ibu dan seorang adik lelakinya disebabkan ayahnya sudah lama meninggal dunia. Aisyah, dia ingin berbakti dalam hidupnya sebagai seorang guru berikutan pesanan ayahnya yang ingin dia berkongsi ilmu pada orang. Pada suatu hari, dia mendapat panggilan telefon daripada yayasan tempat dia mendaftarkan diri. Dia memperoleh berita gembira bahwa dia akan mendapatkan tempat untuk dia mengajar. Tempat itu tidak pernah didengarinya sebelum ini. Tempat itu bernama Dusun Derok, terletak di Kabupaten Timur Tengah Utara (Atambua). Tempat itu kalau diikutkan berada jauh dari kampung halamannya. Ibunya terpaksa mengizinkannya pergi dek ketekadan Aisyah meski pada awalnya mereka berselisihan faham dan tidak sepakat.
Sejak awal kedatangan Aisyah ke sana, dia merasa janggal dan asing. Apatah lagi, waktu mula-mula dia hadir, masyarakat di sana menyalahanggap dia sebagai biarawati Maria (sister Maria), kerana dia memakai tudung sama seperti biarawati. Salahfaham itu terjadi kerana masyarakat di situ sangat berharap agar biarawati Maria datang mengajar di tempat mereka. Masyarakat di situ semuanya kristian. Tapi setelah mengetahui hal itu, Aisyah menerangkan yang dia adalah Muslim, bukan biarawati dan salahfaham itu akhirnya terurai.Bercerita tentang kampung itu, kalau melihatnya, ia sama keadaan seperti Afrika Selatan. Tanah yang gersang, panas terik, kawasan lapang malah kemudahan teknologi mahupun elektrik tiada di situ. Kebetulan juga waktu ketika Aisyah di sana merupakan musim kemarau, lagilah susah untuk mencari air. Disebabkan Aisyah pertama kali merasakan suasana sebegitu, muncul Pedro (pelajar) untuk menbantu dia menjalani hidup di situ.
Konflik bermula apabila Aisyah memulakan pembelajarannya. Salah seorang daripada pelajar yang bernama Lordis Defam tidak menyukainya malah membenci. Lordis mengajak dan mempengaruhi pelajar yang lain untuk meninggalkan kelas tersebut dan jangan pergi ke sekolah yang diajar oleh seorang muslim. Mampukah Aisyah bertahan disana? Dapatkah Aisyah mewujudkan cita-citanya sebagai seorang pendidik? dan Kenapakah Lordis begitu membenci Aisyah dan muslim?
Rating aku : 7.5/10
Sebuah cerita yang sangat menginspirasikan. Kisah tentang berbezaan agama dan bagaimana untuk menerimanya. Meskipun di Indonesia majoriti rakyatnya Muslim, tapi masih ramai juga yang beragama lain dan Indonesiakan luas, jadi kawasan-kawasan yang terpencil itu kebanyakkannya bukan muslim. Lagi-lagi yang dekat dengan Timor Leste. Sangat terinspirasikan dengan semangat Aisyah dan bagaimana kreatifnya dia mencuba untuk mengatasi masalah ini. Walaupun jalan ceritanya lambat tapi bukankah cerita yang bagus itu begitu.(banyak cerita-cerita bagus yang menginspirasi, jalan ceritanya lambat supaya lebih penghayatan) Jadi jangan banyak mengomen kata bosan, boring, citer slow laa ketika menonton cerita sebegini. Melalui cerita ini, kita dapat tahu juga yang ada tempat-tempat sebegitu di Indonesia malah dapat belajar tentang geologi, sosiologi dan psikologi negara seberang kita. Disamping itu, cerita itu turut mengajarkan kita walau dimana kita berada, ilmu itu penting. Kita harus menuntut ilmu meskipun nanti kita tidak bekerja gaji besar.
Itu sahaja daripada aku. Sehingga berjumpa lagi di lain post ulasan!
16 comments
cerita di seberang kebanyakan best sangat apabila kisah ada unsur keagamaan kan..
ReplyDeletehaah. kalau tak unsur agama unsur semangat ketidakputusasaan
Deletebagus ceritanya
ReplyDeletehaah. ceritanya memang bagus dan menarik :)
Deletemenarik kisah aisyah ni... dh lama tak tgk filem seberang,,, nice sharing sis... salam kenal :)
ReplyDeletebanyak cerita seberang yang bagus. nti saya share lagi
Deletemacam best!
ReplyDeletememang best! bolehlah tengok
Deletetak tengok lagi cerita ni.
ReplyDeletenanti boleh tengok. kat youtube rasa ada. hehe
Deleteweiii nampak best, minat betul aku bab2 agama berlainan ni, actually indon mstly rakyatnya kristian. starred (sbb ada laudya haha)
ReplyDeleteku ada dgr tu pasal tu. tapi sbb kita dah selalu dikatakan malaysia dan indonesia majoriti muslim. padahal indonesia tu besar gile, so agama diorang pun mmg ramai penganut xkira muslim atau kristian
Deletesesekali... layan...best juga. banyak pebgajaran jika nak dibandingkan dengan drama jam 7
ReplyDeletebetul tu! kita kena pelbagaikan bahan tontonan kita
DeleteMenarik ceritanya.Mesti best sbb laudia nie berlakon
ReplyDeleteyup. tengoklaa. :)
DeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen