Menyihir di Hedwig Books & Cafe!

8:30 AM

Assalamualaikum korang!


Bulan November ni lambat sikit aku update blog. Idea itu ada tapi bila nak taip tu terus rasa malas dan kebuntuan kata yang melampau. Jadi aku terpaksa tangguh dulu dan taip bila mana aku betul-betul hilang benda-benda yang menghalang itu. Itupun selepas menyihir diri di sebuah cafe yang sedang melonjak naik baru-baru ini. Aku pergi ke sana bersama dua orang rakan aku, yang masih bersisa di Kelantan. Sorang tu sedang praktikal manakala sorang lagi cuti sem. Kalau tak, tak ada orang di Kelantan, masing-masing duduk kat uni di luar Kelantan.Aku lah yang mencadangkan untuk berjumpa di cafe ini. Almaklumlah, aku memang semangat sikit kalau bab-bab cafe lagi-lagi kalau cafe itu mempunyai daya tarikan yang kena dengan selera aku.


Cafe ini merupakan cafe pertama di Malaysia yang membawa konsep Harry Potter. Wah! menarik yang teramat. Ialah, aku memang minat pada Harry Potter ni, jadi bila dengar ada cafe ala Harry Potter, memang teruja habis. Dan yang lagi menarik, cafe ini terletak di Kelantan. Lokasinya di Kubang Kerian Kelantan. Memang terkejut jugalah aku sebab selalunya benda-benda pertama ni jarang ada kat Kelantan. Cafe ini tidak dinamakan Harry Potter Cafe tetapi sebaliknya dinamakan Hedwig Books & Cafe yang mana pemilik cafe mengambil nama burung hantu Harry Potter iaitu Hedwig.

Masa aku masuk tu, keadaan cafe terasa padat kerana ramainya orang ditambah dengan keluasan cafe yang tidak berapa besar. Aku rasa cafe itu memang sering dikunjungi pelanggan kerana ramai yang teruja dan ingin bergambar dengan hiasan dan props ahli sihir. Di bawah merupaka menu yang disediakan di Hedwig Cafe buat masa sekarang.




Aku order air sweet potato iced manakala untuk makanan pula, Hedwig Choco Cake dan Choc Smoothie. Rasanya bagi aku tiadalah faktor wow yang membuatkan aku ingin kembali lagi ke sini. Yang paling sedap antara itu adalah Hedwig Choco Cake. Itu berdasarkan taste lidah aku lah, tak tahu kalau korang macam mana. Aku teringin pavlova sebenarnya tapi masa aku pergi tu dah habis. Hmm, tiada rezeki aku. Air pula rasa seperti tepung sedikit. Tak tahu kenapa aku tak order coffee saat tu, selalu memang aku akan order coffee kalau masuk cafe. Sweet Potato tu best seller kat sana dan dikatakan memang akan direpeat order oleh customer. Tapi maaf, tidak bagi aku. Tak kena dengan lidah, aku akan rasa muak kalau minum banyak.




Untuk dekorasi pula, bagi aku okay dan menarik juga. Cantik untuk bergambar malah sesuai pergi bersama kawan dan keluarga lalu bergambar bersama. Ditambah cafe itu juga menyediakan probs dunia ahli sihir seperti robes, wands dan juga mafla. Walaupun tak semua rumah ada kerana barangan itu akan diorder berperingkat tapi tetap menarik. Yang ada sekarang ni hanya rumah Gryffindor dan Ravenclaw je. Dari segi layanan pula, memang memuaskan. Pekerjanya sangat ramah dan membantu. Sentiasa senyum malah tolong kami dengan memakaikan robe dan mafla tu pada kami dan tolong ambilkan gambar. Kita tak terasa kekok atau segan berada di situ. Setengah cafe tu, kita akan rasa malu dan segan lagi-lagi kalau kita tak reti tapi ini sebaliknya. Pekerjanya melayan kami dengan baik meskipun kawan aku tu tak berapa tahu Harry Potter.

Kalau kalian nak pergi, silakan pergi. Boleh merasa sendiri bagaimana makanannya, suasananya dan hiasannya. Tidak salah pun pergi. Jangan terkesan dengan review aku sebab lain orang lain rasa. Untuk rating aku berikan

Hiasan/props : 4/5
Makanan/minuman : 2/5
Servis : 4.5/5
Overall : 3/5

Sekian daripada aku. Moga aku terus rajin menulis. Huhu

[notakaki : jangan lupa subscribe youtube channel aku.]

You Might Also Like

7 comments

  1. Replies
    1. boleh je pergi. hehe.
      kat situ menarik je, dan manatau saya punya lidah je teruk

      Delete
  2. Memang ada kelainan la cafe nie.. Tapi akak rasa macam pelik, napa awak kata air seperti rasa tepung..? Bahannya ada diperbuat daripada tepung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlaa akak, dia daripada potato, tpi mgkin lidah saya rasa mcm ala2 tepung sikit.

      Delete
  3. baru tahu kewujudan cafe ni. Menarik juga idea buat cafe Harry Porter

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News