Percutian dan Pengembaraan Awesome di Singapura!

9:30 AM


Assalamualaikum dan hi Korang!

Apa kabar? Sihat ke semuanya? Kalau yang stress tu, jangan stress sangat. Ambik cuti dari rutin kehidupan kita. Cuba sesuatu yang baru atau keluar pergi bercuti. Dengan bercuti ni, ia secara tak langsung membantu menghilangkan tekanan kita malah kita juga dapat mempelajari sesuatu yang baru di tempat itu. Kalau buntu nak ke mana, meh aku bantu sikit korang untuk pilih tempat mana yang patut korang pergi bercuti.

SINGAPORE!

Ya! Kenapa aku katakan singapore kerana dia merupakan negara jiran yang sangat terdekat dengan kita. Bahkan dulu pernah jadi sebahagian daripada kita. Jadi ayuhlah kita bercuti ke sana dahulu. Singapura boleh digambarkan sebagai sebuah taman permainan bagi golongan atasan dan ianya benar bahawa negara kecil ini memiliki kilauan kekayaannya yang tertentu. Namun begitu, Singapura menawarkan lebih daripada sekadar pusat membeli belah yang mewah, hotel-hotel mewah dan makanan yang lazat-lazat. Terdapat juga tinggalan sejarah dan kepelbagaian etnik yang boleh ditemui di sini, bersama-sama dengan pelbagai tarikan yang mesra keluarga dan kawasan tumpuan awam yang indah yang mampu menjadikan lawatan korang ke bandar sedikit futuristik ini berbaloi.

Singapura memiliki sistem pengangkutan yang sangat baik yang memudahkan perjalanan di sekitarnya dan menjadikan ianya selesa. Sebaik sahaja korang dah membiasakan diri dengan peta metro, nescaya pasti tidak akan mengalami masalah untuk bergerak dari satu bahagian bandar ke bahagian berikutnya. Bahasa utama Singaporean adalah bahasa inggeris dan tanda-tanda jalan mereka juga dalam bahasa inggeris. Malahan Singapura merupakan salah satu negara yang paling mudah dan paling selesa untuk dinavigasi di Asia Tenggara.

Apakah tempat menarik di Singapura yang sering menjadi sebutan?


Tak lain dan tak bukan ianya Marina Bay Sands. Bangunan iconic kot. Resort mewah komplek peranginan Marina Bay Sands ini terdiri daripada sebuah hotel, jenama-jenama mewah, pusat membeli belah dengan terusan mengalir melaluinya, Muzium ArtScience dan juga Marina Bay Sands Skypark iaitu satu sudut pemandangan untuk diambil di seluruh bandar. Dari Skypark, korang boleh melihat jambatan inovatif Double Helix, pelabuhan, Gardens by the Bay, dan latar langit yang begitu mengagumkan sekali.


Singapura telah menerima pencalonan Warisan Dunia UNESCO yang pertama bagi taman-taman botani, dan mereka memiliki alasan yang baik untuk menerimanya. Berada di bandar ini, kadang-kadang korang dapat merasakan seperti berada di dalam hutan konkrit, meskipun udaranya bersih dan nyaman. Oleh itu, kewujudan kebun dan taman-taman bunga akan mengekalkan warisan liar Singapura untuk menyeimbangkannya. Pastikan korang tidak melepaskan peluang melawat Taman Orkid Kebangsaan yang ada disini. Antara tarikan lain yang pasti menarik minat korang adalah eco-garden, eco-lake, taman bonsai, ukiran-ukiran dan beberapa lagi tapak yang unik.


Jika Pulau Langkawi mempunyai patung helang gergasi sebagai simbol uniknya, Singapura juga mempunyai Patung Merlion yang menjadikan raja rimba ini sebagai simbol negaranya. Jadi jangan lupa bergambar di sekitar Patung Merlion ini, malah di arah berlawanan terdapat gedung Esplanade yang kelihatan unik seperti sebiji durian. Lagi-lagi di sekelilingnya terdapat tasik yang sangat cantik. Tempat ini berdekatan sahaja dengan stesen MRT Raffles Place atau City Hall.


Selain itu, korang juga perlu melawat ke Hotel Raffles yang merupakan Hotel terbaik Singapura. Bangunan kolonial ini merupakan salah satu daripada tinggalan terakhir dunia dari abad ke-19 dan ianya pernah dilawati oleh tokoh-tokoh sastera seperti Rudyard Kipling dan Joseph Conrad, juga bintang filem bisu terkenal iaitu Charlie Chaplin. Dibina pada tahun 1887, Hotel Raffles ini telah berkhidmat sebagai mercu tanda bagi Singapura untuk lebih satu abad lamanya dan terus beroperasi sepadan dengan reputasi yang dimilikinya. Hotel Raffles terletak di Daerah Kolonial Singapura, yang mana menempatkan juga tempat bersejarah yang lain. Antaranya ialah Landing Site Raffles, di mana Sir Stamford Raffes dikatakan melangkah naik ke darat pada tahun 1819.

Salah satu aspek yang paling menarik mengenai Singapura adalah kawasan kejiranannya yang pebagai. Korang akan dapat menemui kekayaan tradisi, makanan yang lazat dan watak tempatan dalam kawasan yang lebih tua. Tidak ada tempat yang lebih nyata berbanding Little India dan Arab Street. Masyarakat india memiliki sejarah yang amat kaya di singapura dan ini membawa kita ke lebih 200 tahun dahulu. Pada hari ini, kejiranan ini merupakan sebuah tempat yang maju, penuh warna-warni di mana cuti-cuti tradisional diraikan, dan para pengunjung boleh memerhatikan upacara ibadah dan aktiviti di Kuil Sri Veeramakaliamman atau membeli sari sambil beramah mesra dengan peniaga tempatan.

Di kawasan kejiranan Arab pula, korang pasti ingin melawat Masjid Sultan yang penuh bersejarah yang dibina pada tahun 1825. Orang bukan islam tidak dibenarkan masuk ke dewan solat, namun masih boleh menikmati keindahan kubah emasnya yang tersendiri dan seni ketukangan struktur luarnya yang unik dan tersendiri.


Pernah dengar Universal Studio Singapore (USS)?  USS merupakan sebuah tempat yang menyeronokkan untuk dilawati dengan pelbagai tarikan yang terdapat di sana seperti taman tema, watak-watak dari filem Transformer, Shrek, Sesame Street dan lain-lain. Jika korang membawa keluarga bersama, tempat ini adalah tujuan yang tepat kerana anak-anak pasti teruja dengan pelbagai hiburan dan permainan yang menyeronokkan di sini. Harga tiketnya untuk kanak-kanak dalam SGD54 (RM161.05) dan dewasa pula SGD74 (RM220.7).


So what you waiting for? Untuk penjimatan masa, korang boleh dapatkan flight from Kuala Lumpur to Singapore melalui tempahan di Traveloka. Laman web ni menawarkan 7 jenis pilihan penerbangan ke sana. Mudah, dan tak perlu nak fikir banyak. Malah traveloka juga mesra pengguna, aku selalu juga duk usha-usha tempat travel kat website ni bila ada mood vacation.

Oh ya, sebelum ke gerak, jangan lupa buat passport dahulu ya. Buku merah kena sentiasa bawa. Pastikan masih valid dan belum tamat tempohnya.

You Might Also Like

7 comments

  1. Oversea paling terdekat kalau nak pergi kan kalau teror berenang tak payah susah nak flight bagai. Seludup je hahahaha

    ReplyDelete
  2. Cantik.. Tak pernah sampai lagi singapura nie..

    ReplyDelete
  3. ala teringinnya nak pegi sana... bestnya kan dapat jalan2 tgk ngara org lain... syok tu... cikyan tak pernah lagi pergi luar ngara.. dlm ngara pon x abis pusing lg.. hahaha

    ReplyDelete
  4. macam best je singapura kan? teringin nak jalan2,

    singgah di sini dan folo. #400. =)

    ReplyDelete
  5. Gud info, dah lama teringin nak juga kesana tapi selalu je tak sempat huhu..btw kalau ciktie nak pergi tiadalah pening sangat dah nak ke mana dulu

    ReplyDelete
  6. cantik...jalan2 sini pagi2 isnin hihi salam kenal & done follow awak..^^

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News