Walaupun begitu, aku ada mengambil upah bagi servis fotografi, videografi, dan design-design. Ada dah beberapa orang yang upah aku untuk kerja ini. Aku bermula buat freelance ni dah lama, iaitu pada awal tahun 2016 lagi. Untuk kalian tengok, hasil-hasil aku, bolehlah ke blog ini. Ada beberapa yang aku masukkan ke situ. Dan sekiranya ingin memakai khidmat aku, bolehlah hubungi aku. Jemput tengok portfolio aku yang tak seberapa. Terima kasih.
Aku masih pemula dalam dunia ni, jadi portfolio tiadalah gempak sangat. Tambah pula masa aku masih belajar, aku tidak menfokuskan sangat dalam mengambil upah atau mendesign sesaja.
![]() |
| Tekan gambar di atas untuk sertai |
Satu lagi peraduan yang aku sertai. Sebuah bagi jauh mini [baca : Mini Giveaway] daripada Nadia. Syaratnya mudah sahaja. Hanya 5 langkah dan TUP, anda dah sertai peraduan ini.
Walaupun tak menang tapi mengenali dan berkenalan dengan para blogger lagi mengasyikkan. Hohoho
Seperti termaktub dalam tajuk post kali ini, itulah apa yang ingin aku sampai. Akhirnya. Akhirnya setelah 4 tahun melalui liku-liku, onak berduri, dan pelbagai mehnah, aku berjaya juga bergraduasi secara rasmi di Universiti Tenaga Nasional. Ya, aku sendiri tidak menyangkanya. Dari Asasi Teknologi Maklumat yang perlu bersaing dengan ratusan pelajar, berusaha kekal 'pointer', belajar bahasa komputer satu per satu hingga masuknya Ijazah Grafik Multimedia yang mana projek akhir tahun aku tidak memberangsangkan, keputusan tidak konsisten dan jatuh satu semesta, banyak mengomel dengan isi pelajaran dan tersilap langkah pada tahun akhir. Tapi sekarang, dah lepas dah semua tu. Aku dah selamat konvo. Alhamdulillah.
Kekadang aku terlintas di hati perasaan bangga. Bangga menjadi graduan UNITEN meskipun pada awalnya aku tidak suka. Mungkin ada hikmah kenapa aku tercampak di situ walaupun sampai sekarang hikmah itu masih samar-samar aku lihat. Walaupun kos grafik disini tidaklah seperti MMU dan Limkokwing tapi ada baik dan bagusnya. Dah, malas nak cakap pasal tu.
Cuma aku rasa bersyukur sangat. Kadang-kadang kita akan rasa teruk dan ingin berhenti dari semua ini, tertekan dengan timbunan kerja, serabut dengan masalah, tapi kita tidak sedar. Segala masalah itu akan ada penyelesaiannya. Kita hanya perlu terus melangkah. Jangan berhenti. Lihat pada perjalanan yang telah kita tempuh, sudah jauh bukan? Andai kita berhenti, rasa menyesal itu lagi menghantui dengan kuat dibanding rasa tertekan. Ingat kembali tujuan kita. Kalau rasa sudah tidak mampu menanggungnya, berehatlah. Ambil wudhu dan solatlah. Mengadu kepadaNya. Sujud kepadaNya. Apalah fikiran kita yang terhad ini jika dibandingkan denganNya. Dia ada segala jawaban untuk setiap masalah kita. Dia ada sinaran untuk kegelapan hati kita. Dia ada kekuatan untuk membangkitkan kita di detik terendah kita. Sebesar mana masalah kita, ingatlah Tuhan kita lagi Besar. Jadi, tidaklah salah kita berehat sebentar untuk kesegaran diri.
Apa yang aku nak katakan kat sini, Teruskan Asamu dan jangan pernah berhenti! Walaupun seteruk mana keputusan kita pada masa silam kita, kita masih mampu mencapai kejayaan. Biarkan yang teruk itu di masa silam, dan ciptakan yang indah itu pada masa hadapan. Kerana kita tidak mampu mengubah masa silam kita tapi kita mampu mencipta masa hadapan kita. Bunyi klise tapi itu hakikatnya.
Aku pernah gagal dalam SPM. Hanya dapat 4A sahaja, tapi aku tidak pernah berhenti bermimpi. Bermimpi untuk mencipta pelangi indahku sendiri dan akhirnya aku berjaya mencipta di masa ini. Aku pernah merasa 'dean list' malah pernah juga merasa tidak 'dean list'. Bagi aku itu sesuatu yang mengindahkan coretan hidup aku. Yang paling membahagiakan aku pada masa ini, ialah aku juga berjaya membanggakan ibubapa aku apabila mendapat anugerah daripada UNITEN. Walaupun aku tidak pernah menyangkanya tapi iya, aku berjaya.
Ciptalah perjalanan mu sendiri. Reka pelangi indahmu. Hiasi halaman kehidupan mu. Hanya engkau yang bisa membahagiakan dirimu. Hanya engkau yang mampu memberi kecemerlangan kepada hidupmu. Orang lain hanya sokonganmu agar semangatmu tidak rapuh. Dan kamu juga, jangan menghina mereka yang lain. Jangan merendahkan mereka yang berbeza kehidupan denganmu. Hiduplah dengan sentosa. Kehidupanmu takkan sama dengan mereka. Definisi bahagia dan cemerlang jua takkan pernah sama. Justeru itu, senyum dan tebarkan keharmonian dalam kehidupan.
Kepada kawan-kawan aku yang masih gigih berusaha menamatkan ijazah, di atas merupakan pesan ku untukmu. Yakin dengan dirimu. Kau akan berjaya menghabiskannya. Pejam celik, pejam celik, kau juga bakal konvo dan mungkin kelak kau bakal merindui zaman belajar. Jadinya, hadapilah dengan tenang tanpa tergesa ingin habiskan. Nikmati setiap detik yang kau tempuh. Gembira, tertekan, serabut, sedih, bahagia. Nikmatilah.
Akhir kalam, terima kasih kepada ibubapaku dan keluargaku yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih juga kepada pensyarah dan guruku yang sentiasa mendidik, membimbingku serta mencurahkan ilmu kepadaku. Tidak kurang juga kepada teman-teman yang sentiasa hadir menghiburkan malah menyedihkan halaman hidupku. Kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terima kasih kerna sudi memeriahkan suasana hidup aku. Terima kasih dan minta maaf atas kesalahan, kesilapan, kenakalan, ketidakmatangan aku. Semoga tuhan membalas segala jasa kalian.
Semoga kalian faham apa yang aku merepek kali ini. Yuhhhuuuuu.. Konvo juga aku akhirnya.
Aku malas nak taip dan cerita panjang-panjang. Jadi kalau ada sebarang pertanyaan atau papelah, boleh tinggalkan kat ruang komen dibawah.
![]() |
| tekan gambar untuk sertai bersama |
Dah lama rasanya tak join giveaway ni, jadi ini merupakan beri jauh [baca:giveaway] pertama aku setelah sekian lama. Nasib baik syarat sertai hanya mudah. Hanya 6 langkah sahaja. Korang kalau nak join boleh tekan gambar di atas.
Berikan pendapat ikhlas anda mengenai blog Lady in Red Planner minimum sebaris ayat.
Saya baru jejak mata ke sana. Jadi pendapat saya hanya berdasarkan ruang pandang semata. Blog yang tampak kemas bertemakan minimalist. Meriah atau erti kata lain ruang blog yang aktif.
Ini nama facebook saya Wan Nurnajah Nabilah












