Assalamualaikum semua!
Hari ini aku nak kongsi pengalaman aku beli belah dekat Carousell. Yang pasti ini bukan iklan berbayar ya. Aku buat dengan tulus ikhlas untuk kongsi dengan kalian. Baru-baru ini aku ingin menukar lens, jadi sebelum aku tukar lens (beli lens baru) aku kena jual lens aku yang lama dulu. Kenapa jual, alasannya ada aku nyatakan kat post ni KLIK SINI.
Proses jual lens aku lakukan di platform Carousell. Kenapa aku pilih Carousell? Sebab ia merupakan satu paltform jual beli online yang sesuai untuk individu biasa. Atau lebih tepat sesuai untuk jual beli barangan terpakai (definisi carousell menurut aku). Kita boleh jual barangan kita di situ meskipun barang kita hanya berkuantitikan satu barang sahaja. Malah, kita juga boleh membeli barangan terpakai daripada orang lain dengan harga yang murah dan boleh ditawar. Untuk makluman kalian, menarik lagi tentang carousell ini ialah
Tidak semua barangan terpakai yang dijual di situ tidak berkualiti, malah ada yang berkualiti sama seperti yang baru. Contoh macam lens aku, kualitinya macam baru dan aku sangat puas hati. Cuma, dalam seronok beli belah di Carousell, kita hendaklah berhati-hati kerana mungkin dalam ribuan penjual dan pembeli di situ, ada satu yang scammer atau penipu. Jadi amalkan langkah berjaga-jaga dan siasat terlebih dahulu barangan yang hendak dibeli atau pembeli supaya kita tidak tertipu dan rugi.
Kalau aku, aku akan compare harga untuk barangan yang aku nak beli. Lepas tu, aku akan mesej penjual itu dan menanyakan gambar lain selain yang dipaparkan. Aku juga menawarkan beberapa harga yang bersesuaian untuk bajet aku. Selain itu, aku akan melihatkan profil penjual itu, dan sekiranya ada yang bagi review atau rating pada penjual itu, aku akan tengok dan bacanya. Selepas berpuas hati dengan harga dan barangan itu, aku akan bernegosiasi dengannya untuk berjumpa. Ini kerana bila berjumpa, aku dapat check barangan tersebut (incase kalau dia tipu atau barangan itu rosak, boleh terus tukar) dan memastikan aku tidak ditipu. Setelah itu baru membayar secara tunai kepada penjual itu. Kalau nak bayar secara bankin, kenalah tanya penjual dulu.
Mudah bukan? Aku juga jual lens aku di situ dan melakukan kaedah meet up dengan pembeli supaya pembeli dapat check keadaan lens itu. Banyak barangan yang boleh dijual dan dibeli di Carousell seperti barangan dalam katogeri fotografi, perabut, makanan, pakaian, dan lain-lain lagi. Terbaru aku ada beli gorillapod tapi yang murah sebab nak beli yang Joby tak mampu, melalui kaedah pos. Alhamdulillah, selamat sampai barang itu dan kualitinya sama dengan Joby. Puas hati betul!
Kalau anda nak jual, ada masanya barangan anda itu tiada yang ingin dibeli, maka turunkan sikit harga. Sebelum letakkan harga, pantau dulu peniaga lain yang menjual barangan yang sama. Lakukan kajian dahulu supaya barangan anda dapat terjual. Satu lagi, SABARlah menunggu. Insha Allah ada yang ingin membeli barangan anda.
Hari ini aku nak kongsi pengalaman aku beli belah dekat Carousell. Yang pasti ini bukan iklan berbayar ya. Aku buat dengan tulus ikhlas untuk kongsi dengan kalian. Baru-baru ini aku ingin menukar lens, jadi sebelum aku tukar lens (beli lens baru) aku kena jual lens aku yang lama dulu. Kenapa jual, alasannya ada aku nyatakan kat post ni KLIK SINI.
| prime lens yang dibeli |
- Tidak semua barangan yang dijual barangan terpakai
- Boleh melakukan jual beli dengan kaedah meet up
- Tidak perlu melakukan pembayaran dalam sistem Carousell
- Mudah berkomunikasi dengan penjual dan melakukan tawar menawar
Tidak semua barangan terpakai yang dijual di situ tidak berkualiti, malah ada yang berkualiti sama seperti yang baru. Contoh macam lens aku, kualitinya macam baru dan aku sangat puas hati. Cuma, dalam seronok beli belah di Carousell, kita hendaklah berhati-hati kerana mungkin dalam ribuan penjual dan pembeli di situ, ada satu yang scammer atau penipu. Jadi amalkan langkah berjaga-jaga dan siasat terlebih dahulu barangan yang hendak dibeli atau pembeli supaya kita tidak tertipu dan rugi.
| bahagian mesej |
| Tele lens yang aku beli |
Kalau anda nak jual, ada masanya barangan anda itu tiada yang ingin dibeli, maka turunkan sikit harga. Sebelum letakkan harga, pantau dulu peniaga lain yang menjual barangan yang sama. Lakukan kajian dahulu supaya barangan anda dapat terjual. Satu lagi, SABARlah menunggu. Insha Allah ada yang ingin membeli barangan anda.
Assalamualaikum, semua!
Kali ini aku akan review sebuah movie yang sangat menarik. Aku baru je habis menontonnya setelah direkomen berkali-kali oleh abang dan kakakku. Awalnya malas nak layan sebab movie ni lama tapi ternyata sangat berbaloi dan best. Movie yang akan direview kali ini merupakan movie Bollywood pertama dalam koleksi review aku. Selama ni aku tidak pernah lagi review filem Bollywood jadi ini yang pertama dan tentunya bukan yang terakhir.
Filem ini dilakonkan oleh Hrithik Roshan sebagai watak utama dan heroinnya Yami Gautam. Cantik sungguh Yami Gautam dalam ni dan aku rasa ini pertama kali aku tengok dia berlakon. (Sebab dah lama tak layan Bollywood). Okay, ayuh kita mula!
[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]
Tajuk Filem : Kaabil 2017
Tarikh Keluar : 27 Januari 2017
Genre : Drama, Action, Thriller
Pengarah : Sanjay Gupta
Sinopsis :
Mengisahkan tentang Rohan Bhatnaga, seorang yang baik, positif dan ceria dalam kehidupannya. Meskipun dia buta sejak lahir, dia mempunyai bakat dalam dubbing malah dek kerana bakatnya itu, dia bekerja sebagai voice over artist untuk menyara kehidupan. Pada suatu hari, dia telah mengikuti satu pertemuan yang diatur oleh kawannya Mukerji. Dalam pertemuan tersebut (erti kata lain, blind date) dia bertemu dengan Supriya Sharma. Supriya pada awalnya tidak ingin berkahwin dan selesa hidup sendiri akhirnya terpikat dan jatuh hati pada ketulusan dan keikhlasan Rohan. Mereka kemudiannya melanjutkan perhubungan mereka ke jinjang pelamin. Oh ya, Supriya juga buta.
Di suatu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah mereka, Amit dan rakannya mengganggu mereka dan mengusik Supriya. Tindakan itu hampir membuatkan kemarahan Rohan meletus. Tapi segalanya reda apabila Supriya berteriak meminta tolong pada jiran mereka.
Keesokkannya, ketika Rohan berangkat ke kerja, Amit dan rakannya itu telah menceroboh masuk kedalam rumah Rohan. Mereka kemudiannya merogol Supriya dan mengikatnya di katil. Kejadian itu menaikkan kemarahan Rohan yang tahu selepas pulang kerja. Rohan setelah itu melaporkan kepada polis namun kes itu tidak kuat disebabkan ketandusan bukti. Satu-satunya bukti ialah Supriya perlu melakukan medical checkup dalam tempoh 24jam. Ini kerana perogol itu tidak bersuara ketika melakukan jenayah tersebut dan tiada bukti untuk menuduh Amit yang melakukan itu. Malang tidak berbau apabila dalam perjalanan ke hospital, mereka berdua diculik, lalu diugut dan dipukul. Tamat tempoh 24jam, mereka dibuang ke tepian pantai dan itu lagi mengeruhkan keadaan. Bukti satu-satunya disapu air laut dan mereka lewat dengan melakukan medical checkup setelah 30 jam. Kes itu akhirnya digugurkan malah polis menuduh mereka menipu. Tidak tahan dengan itu, Rohan ttiba-tiba dingin dengan Supriya. Dia sedih mengenangkan nasib yang menimpa mereka. Keesokkan hari, Amit yang telah dibebaskan kembali semula ke rumah Rohan, dan merogol Supriya buat kali kedua. Malah dia juga mengatakan Supriya tidak mampu melakukan apa-apa dan dia berjanji untuk datang setiap hari. Lupa nak cakap, Amit merupakan seorang adik kepada calon pemimpin di kawasan itu. Malu dengan dirinya dan merasakan dirinya kotor, Supriya telah melakukan suatu tindakan yang mengejutkan dan meluluhkan hati Rohan. Apa yang terjadi setelah itu? Bagaimanakah keadaan Supriya? Dapatkah keadilan ditegakkan?
Rating Imdb : 7.1/10
Rating Rottentomatoes : 4/5
Rating aku sendiri : 8.8/10
Filem ini sungguh best dan menarik. Jalan cerita yang berbeza daripada yang lain menjadikan ia menarik. Aku malah sedih menitiskan air saat menontonnya. Kesian pada mereka berdua. Cinta yang suci diragut. Keadilan didustakan hanya kerana mereka buta. Iya, walaupun nampak sedikit berlebihan tapi biasalah Bollywoodkan selalu berlebihan dan luar biasa. Sinematografi yang cantik walaupun ada beberapa scene yang kelihatan seperti studia dan ada yang nampak visual effectsnya tapi tidak mengapa. Conposition dan color grading juga cantik. Memang kita akan tahu itu filem Bollywood.
Kalian memang harus menontonnya, sebuah filem romantik tapi penuh aksi dan thriller. Sedikit drama yang mengharukan. Cukup untuk menghiburkan kalian di masa lapang. Walaupun di realiti rasanya sukar nak cari pasangan buta yang cantik begini dan bercinta dengan cara begini tapi tetap filem ini unik. Para pelakon juga berjaya membawakan watak mereka dengan baik dan berkesan. Cuma satu, filem ini lama sikit (biasala tu Bollywood kan) jadi kalau nak menontonnya, pastikan masa anda lapang selama 3jam. Kalau tak sukar nak menghayatinya.
Sekian daripada saya. Semoga kalian menontonnya.
Yang baik, kita jadikan teladan dan pedoman, yang buruk jangan dicontohi.
Sehingga ketemu lagi
![]() |
| tekan atas untuk join |
Assalamualaikum!
Jom kita semua join Giveaway pertama daripada blogger Ronaldmohoni. Syaratnya mudah tapi hadiahnya begitu menarik iaitu berupa wang tunai, kupon reload dan top refferal. GA ini berlangsung selama sebulan iaitu bermula dari 10/10/2017 hingga 10/11/2017. Tak lama lagi tu nak habis, jadi jangan ketinggalan untuk menyertainya.
Aku sudah join, kalian bila lagi?
Assalamualaikum!
Aku kembali untuk mengulas filem setelah blog ini terhenti sebentar. Filem yang akan aku review kali ini adalah sebuah filem tempatan yang aku rasa begitu hangat sekarang di kalangan rakyat Malaysia. Sebelum dikeluarkan lagi, orang sudah mula berdesas-desus tentang kehebatan filem ini yang dikatakan menaikkan mutu filem Malaysia. Tambahan lagi, pelakon yang melakonkan watak-watak dalam filem ini semuanya berbakat besar dan mahir belaka. Aku pun tidak kurang terujanya dengan filem ini. Tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, kerana kemungkinan jalan cerita filem kurang impaknya daripada novel, tapi aku tetap akan menyokong filem ini dan rela hati mempromosinya di media sosial. Ayuh kita mula!
[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]
Tajuk Filem : Tombiruo : Penunggu Rimba 2017
Tarikh Keluar : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi, Drama
Pengarah : Seth Larney
Sinopsis :
Dimulakan dengan kelahiran seorang bayi yang wajahnya bukan berwajah manusia. Kelahiran tersebut disambut oleh seorang bidan bernama Monsiroi. Disebabkan wajah buruk itu, anak itu diberi nama sebagai tombiruo yang bermaksud Penunggu Rimba. Monsiroi mengalirkan Tombiruo ke sungai dengan meletakkannya kedalam perahu kecil. Mungkin Tombiruo ini benar-benar istimewa dan anak hutan, dia yang sepatutnya mati dihanyutkan sungai dan tenggelam dalam arus deras air terjun, tapi sebaliknya selamat. Dia kemudiannya dijumpai oleh Pondolou yang kebetulan berada disitu lalu diambil dan diasuh sehingga besar. Pondolou memberi nama Ejim kepada Tombiruo disamping mengajarnya pelbagai ilmu dunia dan pertahanan diri. Satu kelemahan Ejim apabila dia tidak dapat mengawal kemarahannya. Kemarahannya memuncak apabila ayahnya meninggal dunia ketika bertarung dengan sekumpulan orang jahat yang membuat kacau disebuah kampung. Ketika dia memburu pembunuh ayahnya, dia secara tidak sengaja terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan Salina dan juga Tan Sri Berham. Kejadian itu membuatkan Amiruddin memburunya kerana menyangka Tombiruo pembunuh kepada isterinya Salina dan ayah mentua. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan. Menurutnya, Tombirou dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Disebalik semua itu, Mosiroi menyimpan satu rahsia yang besar. Apakah rahsia itu? Siapakah pembunuh sebenar Salina dan Tan Sri Berham? Siapakah dalang semua ini?
Rating Imdb : 8.4/10
Rating aku sendiri : 8.5/10
Bagi sesiapa yang membaca novelnya tentu sudah mengetahui jalan cerita filem ini dan tidak sabar menanti sambungan filemnya. Iya kerana episod kemudiannya lebih menarik dengan pelbagai aksi. Filem ini sememangnya sebuah lagi karya yang terbaik dihasilkan oleh Malaysia. Sinematografi yang cantik ditambah pula dengan color grading yang sesuai sangat menghidupkan jalan filem ini. Scene-scene panorama dan aksi juga cantik walaupun ada beberapa yang nampak kesan VFXnya. Cuma satu, lightray dalam filem ini sedikit menganggu aku. Kalau sekali dua tidak apa tapi banyak juga lightray yang muncul dalam ini.
Menampilkan pelakon-pelakon yang hebat seperti Zul Arifin, Nabila Huda, M. Nasir, Farid Kamil dan lain-lain lagi, membuatkan filem ini selangkah kehadapan kerana pelakon sepertinya berjaya membawa watak mereka dengan baik. Mereka seperti menghayati watak itu lebih-lebih lagi Zul Arifin. Walaupun dalam filem ini, tidak sedetikpun ditunjukkan wajah Zul Arifin, tidak mengapa kerana ini membuktikan yang Zul Arifin berlakon dalam ini dengan bakatnya bukan dengan menjual wajahnya.
Filem ini juga cuba memandu para penontonnya dengan keindahan Sabah apabila ada yang berlatar tempat Gunung Kinabalu. Malah ia juga menggunakan bahasa dialek Kadazandusun pada naratif awal cerita dan percakapan penduduk tempatan. Sangat menarik kerana disebalik latar masa dunia kini yang penuh dengan kemajuan dan pembangunan, ada diselitkan suasana kampung penduduk peribumi yang masih mengamalkan cara hidup sederhana dan kuno.
Jadi, kalian semua disarankan menonton filem ini. Jangan bimbang jika belum membaca novelnya kerana filem ini berjaya disampaikan dengan baik. Jalan ceritanya plot-twisted yang mengejutkan tapi dapat difahami baik oleh mereka yang menontonnya. Memang ia menjadi sebuah filem yang wajib tonton oleh masyarakat tempatan. Tidak rugi dan tidak akan sia-sia jika anda menontonnya.
Marilah, kita bersama-sama menyokong filem tempatan!









