~Jaga HariMu~
3:07 PM
Salam, semua :D
2/3 hari nie saya ditimpa demam tapi tak ler panas sangat.
Apepun saya bersyukur sebab Allah masih mengingati saya dan menurunkan demam untuk menghapuskan dosa saya. Sabda Nabi SAW :
"Setiap orang islam yang ditimpa penyakit atau lain-lain musibah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya seperti mana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya"
Hmm..Hari nie, saya melakukan ziarah ukhuwah kat blog-blog kawan. Suke tengok blog mereka yang berwarna-warni, ayat yang sempoi, dan isi yang menarik. Kembali ke entry di atas ~Jaga HariMu~, ade sesuatu yang ingin saya kongsikan dalam post kali nie.Saya doakan semoga kite jaga hari kite daripada perkara yang sia-sia ataupun tindakan yang sia-sia. Sering terpancul di bibir yang kite tak membazir mase pun hari nie. Kite kate kite penuhkan jadual dan aktiviti sedangkan kebanyakkan aktiviti mahupun jadual kite itu terselit unsur yang sia-sia? Maksudnya kite seharian suntuk busy menghadap komputer dengan melayari facebook dan laman sosial lain yang telah melalaikan kite. Sekiranya diisi dengan perkongsiaan ilmu atau penyebaran dakwah tak per. Tapi diisi dengan perkara lain yang melengahkan kite daripada dating dengan Allah, melupakan kite daripada mengaji Al-Quran dan perkara2 penting yang lain. Bukankah itu sesuatu yang sia-sia? Ingat, kita hidup dalam dunia ini hanya sekali, so manfaatkan mase yang ade. Mungkin kita tidak dapat sepenuhnya berubah daripada melakukan perkara sia-sia tapi kita boleh mengubah perkara sia-sia itu kepada perkara manfaat.
Sesungguhnya Allah dan RasulNya tidak suka pada perkara yang sia-sia.
(saya mungkin tidak dapat memberi pengisian yang menarik tapi saya berharap dengan sedikit ini sudah mampu saya jawab kepada Allah tentang tanggungjawab saya)
Sesungguhnya Allah dan RasulNya tidak suka pada perkara yang sia-sia.
(saya mungkin tidak dapat memberi pengisian yang menarik tapi saya berharap dengan sedikit ini sudah mampu saya jawab kepada Allah tentang tanggungjawab saya)
2 comments
salam.. syafakillah my dear.. ;)
ReplyDeletethank for doa
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen