~Aku & kehidupan U~

11:37 PM

S A L A M !!


Untuk makluman semua, pada 18 Mei yang lalu aku telah berdaftar di Universiti Tenaga Nasional sebagai pelajar baru bagi May Intake 2013.
Memandangkan upu aku hanya dapat ucapan MAAF dari KPT so aku pun terpaksalah menerima tawaran dari Uniten dalam bidang teknologi maklumat.
Walaupun aku minat jer bidang tu tapi aku rase sedih gilerr sebab impian aku nak amek medic or dentist tak tercapai *padahal bleh jer aku sambung STPM or gi timur tengah but im too lazy to do that*
Mase berdaftar tu aku cuba jenguk2 tengok orang kat sebelah aku. Tengok die ambik ape. Tengok punyer tengok rupe-rupenye die ambik Computer Science. Then aku terfikir, laa Uniten ade tawar jugak course tu. Pesal aku tak ambik? Rase menyesal plak menyelubungi aku sebab tak ambik kos tu. Nielah akibat aku tak check betol2 sebelum mendaftar, akhirnya jadi camnie.
Mungkin Allah dah tetapkan yang terBAIK untuk diri aku.

So, aku fikir positif atas apa yang berlaku.
Course Information Technology pun best jgk, mase degree tu die tawarkan ke Graphic and Multimedia and Information Systems. Abang kakak aku kate IT pun bagus jgak. Kalau dapat 3.5 ke atas mudah jer dapat kerja. *hati aku tenang skit dengar tu*

Umi dan ayah aku pun pesan kat aku agar blaja dengan rajin dan cuba dapatkan pointer yang tinggi. Jangan main or asyik nak keluar melepak dengan kwan2. Jangan biarkan kegagalan menguasai kita.
Bile masuk jer nasihat tu dalam otak aku, terus aku simpan dalam hati dan analisi kat otak tentang apa tindakan aku seterusnya..

Hmmm...
Minggu orientasi dah pun berlalu, and hari isnin nie 27 Mei aku dah start kelas.
Dalam orientasi tu senang laa kes ada fasi yang tolong tapi sekarang dah tak der nak tolong aku.. Memang kena berdikari. Walaupun aku dah 5 tahun duk kat asrama tapi asrama and universiti still ada perbezaan..

Ya Allah, kuatkan hati ku dalam menempuh dugaan yang akan berlaku ke atas ku.
Jadikanlah aku dan keluargaku tergolong dalam kalangan orang-orang yang SABAR, BERIMAN, BERSYUKUR PADA-MU..

You Might Also Like

3 comments

  1. good luck najah. sya apply course yg najah dpt tu. tp xdpt pun. sya buat rayuan. so , bersyukurla dpt course tu ya. course tu mmg senang dpt keje dan xramai yg pilih course tu. now, sya smbung form 6 je.

    ReplyDelete
  2. ooo... memang kena sentiasa bersyukur atas apa yg kite dpt :D

    ReplyDelete
  3. Allah knows everything =D Dia tau yg terbaik utk kita

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News