~Eid Mubarak~

8:15 PM

Salam, semua!!


Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Syawal dimana Ramadan yang mulia telah meninggalkan kita. Wuwuwu. T_T
Tahun 2013 nie, saya x buat ape2 biskut memandangkan masa amat terhad. Kalau time sekolah dulu, cuti raye awal skit so sempat laa nak buat biskut ke mufin ke tapi bile dah masuk universiti, cuti raye lambat.. Memang x sempat nak buat.
 Kalau tahun lepas, beraya cukup semua adik beradik tapi tahun nie x cukup 2 orang. Sorang kat jordan sorang lagi beraya kat rumah mertua.
Hmm..
Sebenarnya kemeriahan raya nie muncul dalam diri kita sendiri. Kalau mindset kita sudah mengatakan yang raye tahun cam x best so x bestlaa jadinya.
Kemeriahan raye juga terjadi bila mana kita mengeratkan tali silatur rahim yang makin longgar.
Sekiranya kita menghargai silatur rahim itu dengan ziarah menziarahi tentunya aidil fitri kali nie terasa lebih indah dan bermakna.
Maka bersama-samalah kita meMeriahkan raye dengan ikatan teguh silatur rahim :D
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua yang mengenali saya sejak saya lahir hingga ke dewasa cam sekarang, kepada kawan-kawan, junior, senior dan guru-guru saya di PASTI AT-TAQWA, SK ZAINAB 1, MAAHAD TAHFIZ SAINS, UNITEN..
Tak lupa juga kepada kawan-kawan blogger saya :D
Saya juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan yang telah dilakukan oleh saya dengan sengaja ataupun tanpa sedar. Sungguh saya hanyalah manusia berdosa yang mencuba terbaik

Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna!
 Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbalallahu ya karim.

You Might Also Like

1 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News