Muslimkah aku?

11:04 PM


Bismillah,
Assalamualaikum.

Sedar tak sedar kita dah masuk pertengahan tahun bagi tahun 2014. Aku juga telah masuk semester pertama tahun pertama degree dalam Grafik dan Multimedia. Sudah tak disangka masa begitu cepat berlalu.

Dan disebabkan masa berlalu dengan pantas, umur kitapun semakin meningkat, apakata kita lakukan sedikit survey ke atas diri kita. Semakan yang berisikan soalan yang simple dan mudah tapi mungkin susah bagi setengah pihak.

"alaaa.. x sukalaa gini.. macam susah jee, bagilaa jawapan skali"

Ehem.
bagi jawapan skali? kihkih. x perlu rasa untuk aku berikan kerna jawapan itu sudah sedia ada dalam diri kita. hanya satu soalan untuk dua situasi yang berbeza.

"boleh google tak? or tanya kawan ke?"

Hehe. mustilaa boleh. tiada masalah untuk itu. terserah pada diri mahu melakukan apa untuk menjawab soalan itu. Okey, soalan nya ialah

Dup.Dap.Dup.Dap.Dup.Dup

Apakah itu ISLAM?
-jawapan untuk orang non muslim
-jawapan untuk orang islam

"Erk. bagi saya masa untuk fikir"

Baiklah, take your time to think about it

*****
Tik.Tok.Tik.Tok.Tik.Tok
Masa dah tamat. Jadi apa jawapannya?

"Mungkin islam itu satu agama, yang mana tidak membebankan penganutnya. Malah islam itu bermaksud sejahtera. Islam nie berbeza dari agama yang lain dan bla bla bla."

Bagus jawapan tu tapi kalau tak silap aku, jawapan tu perlu ada dua. Satu untuk mereka yang nonmuslim dan satu lagi untuk mereka yang muslim. *lebih tepat yang mengaku beragama islam*

"uhuks. Sejujurnya saya tak mampu jawab. Tak boleh nak berfikir"

Hurm. Sebenarnya aku juga akan kelu jika diajukan pertanyaan sebegitu rupe. 
Tapi itulah hakikatnya. 

Kebanyakkan mereka yang mengaku beragama islam tidak mampu untuk menjawab satu soalan mudah ini.
Kerana itu mereka mudah dipengaruhi dengan anasir dan budaya luar yang kononnya tampak Gah di persada dunia. Mereka makin hilang identiti mereka sebagai seorang muslim dan hanya berstatuskan islam di atas kad pengenalan.

Hinggakan ada di antara mereka yang merasa teramat malu untuk menonjolkan diri sebagai seorang muslim gara gara obseskan identiti barat atau identiti yang bukan muslim. Sedangkan golongan yang mereka tiru tirukan identitinya langsung tidak pernah mengaku si peniru ini sebagai sebahagian daripada mereka.

Sungguh memalukan. Iya, tapi ramai yang alpa akan hal ini. Kita sudah dikaburi oleh kabus kabus dunia namun kita sendiri tidak berusaha dan kononnya tidak berupaya untuk mengeluarkan diri dari kabus dusta tersebut yang akhirnya kita hanyut tenggelam dek kabus semakin menebal.

Untuk jawapan bagi soalan yang diajukan, adalah sama sahaja dengan jawapan kepada 

Kenapa kita tidak khusyuk dalam solat?
Apa yang membuatkan mereka meninggalkan segalannya dan bertahan dalam islam?

"jawapan sama erk?"

Ya, jawapan yang hampir sama. Semuanya kembali kepada asas kita sebagai seorang muslim. Asas kepada pembentukan diri seorang muslim. Asas yang dimana islam itu terbentuk.

Allah.

It's all about Him.
Kerana untuk menjadinya seorang islam mahupun muslim itu kita diwajibkan untuk mengucapkan lafaz syahadah. *disebut juga syahadatain*
Lafaz yang mana menuntut penganutnya untuk beriman (percaya) kepada Allah yang satu dan beriman kepada Muhammad SAW sebagai pesuruhNya.
Kerana islam itu dengan agama lain bezanya hanya Allah yang satu bukan tuhan yang satu. Mungkin sedikit kepelikkan tapi agama lain juga memilik tuhan yang satu tapi dipecahkan kepada beberapa jenis yang lain sedangkan Islam mempunyai Allah yang satu dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.

Bagaimana pepatah kata yang sering diuar uarkan berbunyi "tak kenal maka tak cinta taaruf" begitu jugalah keadaan kita dengan Allah. Bila mana kita mengaku kita beriman kepada Allah, amatlah wajar untuk kita mengenal siapakah Allah sebenarnya? Masakan tidak, kita melakukan ibadah solat 5 kali sehari, berpuasa dibulan ramadan, menutup aurat, mengaji alquran, berhari raya, mengerjakan haji dan sebagai nya tapi tidak memahami perintah disebalik suruhan itu dengan sebaik baiknya. 

Atau lebih tepat tidak mengenali siapa yang memerintahkan kita untuk kesemua hal di atas. Okeyla, aku ambil contoh mudah, SOLAT.

Gimana mungkin kita bisa khusyuk dalam solat andai kita tak kenal Allah. Solat itu merupakan komunikasi langsung kita kepada Allah. Andaikan kita memahami bacaan dalam solat tapi tidak mengenal Allah juga sukar untuk kita khusyuk dalam solat. Memahami bacaan dalam solat itu merupakan satu sampingan untuk membantu kita khusyuk bukanlah satu hal keutamaan untuk khusyuk. Yang menjadi hal keutamaan untuk khusyuk dalam solat ialah dengan kita mengenal siapa itu Allah? Bilamana kita mengenal siapa itu Allah secara automatik, kita akan khusyuk dalam solat dan menggunakan sebetulnya jalan komunikasi terus kita dengan Allah. *mungkin akan terasa manisnya solat dan sujud*

Begitu jugalah diaplikasikan keseluruhannya. Sesudah mengenal Allah, kita akan mampu untuk mengenal seluruh sistemnya, pasal syariat pasal hukum hakam, pasal rukun islam iman, akhlak dan sebagainya.
Malah kita juga tidak akan meletakkan dunya dalam tempat tertinggi di hati kita. Segala tindak tanduk tidak lagi berbau lagha, sia sia. Kerana sedar yang pilihan hanya dua antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Keredhaan Allah dan kemurkaanNya. Meskipun ada ditengah tengah , itu adalah dunya. Tidak memberi manfaat untuk akhirat.

Jadi disini aku menasihati diri aku dan juga sahabat yang lain agar bersama sama kita mengenali pencipta kita. Mengenali Allah akan membentuk identiti muslim dalam diri kita. Identiti yang mana lebih GAH dan HEBAT dari segala identiti di dunia ini. Identiti yang menjamin kesejahteraan. Menjamin keselamatan dunia akhirat.

Semoga kita terus menerus berusaha menjadi lebih baik dari semalam.

Sekian.

You Might Also Like

1 comments

  1. Yeahh semoga kita berusaha menuju ke jalan yang benar. InsyaAllah

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News