Mengait Kisah

12:42 AM



Bismillah,
Assalamualaikum

Setelah beberapa detik berlalu, aku mula terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang memiliki perkaitan kuat dalam hidup aku. Memikirkan perjalanan hidupku yang telah berlalu, sedang berlaku dan bakal menjelang. Mana taknya, ini hidup aku kot.

Sejak dari aku mula mula menjejakkan kaki ke sekolah pilihan ayahku lagi hati aku memujuk kerasan hati yang bersarang agar menerima keputusan itu dengan redha. Fikirkan yang positif disebalik apa yang telah berlaku ke atas diriku. Walaupun jiwa agak memberontak tapi sentiasa kalah dengan perancangan Tuhan. Yelah, dah berkali kali cubaan keluar dari sekolah itu telah aku lakukan tapi tidak berhasil. Kalah dengan perancangan Allah. Makin menjadi jadi apabila aku melangkah ke universiti. Selalu aku akan dapat apa yang aku tidak mahu. Apa yang telah aku tolakkan dari memilih hal tersebut. Namun, kerana takdir itu aku menjadi diri aku. Bukan diri orang lain. Mungkin jika Allah meletakkan aku dalam situasi aku mendapat apa yang aku mahukan nescaya aku takkan jadi diri aku yang sebenar.

Dan sekarang, aku dijentik dengan situasi yang lebih besar. Berada di universiti sosial langsung tidak mencemarkan aku, *mungkin Allah telah menjagaku agar tidak terpengaruh* malah mencampak aku ke dalam dunia yang diwarisi oleh Rasulullah. Seriusly, kalau aku fikirkan balik apa yang telah terjadi pada aku sepanjang 19 tahun ini, semua ada perkaitan satu antara lain. Semua telah diatur dengan sempurna hingga menaikkan aku ke tahap yang lebih baik. *erk, tapi aku masih teruk*

Untuk semua keterpaksaan yang telah aku dapat, lalui aku telah memujuk hati aku untuk menerima dan sentiasa bersedia dengan sebarang kejutan atau dugaan dari Yang Maha Mengetahui.
*selingan, poster di atas adalah assignment photoshop aku. dan macam tak layak jee ditonjolkan*

Apa yang aku nak katakan kat sini ialah, selagi mana kita memberi pergantungan yang kuat kepada Allah nescaya kita akan memandang segala musibah mahupun kesenangan dengan pandangan Berlandaskan Allah semata. Kerna hidup kita ini sangatlah memiliki perkaitan yang kuat dengan Allah. Hatta kes kes globalisasi seperti yang berlaku di negara islam ; palestin, syria dll ,  atau yang berlaku di negara bukan islam seperti ; sudan, myammar dll. Semua itu ada perkaitan dengan kita. Perkaitan yang dikaitkan dengan satu asabab. Iaitu Allah Tuhan kita.

Sekian


You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News