Allah lebih besar!
12:57 PMBismillah,
Assalamualaikum.
Dia termenung. Memikirkan keputusan yang bakal diterimanya kelak. Pasti teruk sangkanya. Macam mana dia akan dapat dean jika carry mark dia dah rendah. Lagipun final exam tak banyak sangat pun markah berbanding markah carry mark yang melebihi separuh daripada markah keseluruhan. Sungguh dia terasa beban dan tertekan. Tambahan pula, dia masih belum melunaskan yuran pengajiannya untuk semester nie. Fikirannya sungguh kusut. Minda jahat mula berkira kira malu salahkan yang tu dan yang ini. Dalam masa yang sama turut menyalahkan diri sendiri yang leka dan alpa.
Jika dia tidak dapat dean tentu susah untuk dia memohon biasiswa JPA. Aduh, takkan dia nak menyusahkan umi dan ayah dia. Yuran dia mahal kot. Maklumlah dia belajar kat universiti swasta. Bagaimana ni? Apa yang dia harus lakukan? Dia hendak meluah kepada siapa segala bebanan di jiwa? Kepada umi dan ayah? Hurm, dalam adik beradik dia, dia lah yang paling memendam rasa. Jarang sekali untuk dia meluahkan kepada umi ayah dia. Entah kenapa, mungkin malu.Tapi kepada siapa? Siapa yang mahu mendengar luahan hatinya? Dan dia bukanlah jenis yang menceritakan masalah dia kepada orang lain walaupun dia seorang yang banyak cakap dan periang.
Akhirnya dia berkeputusan untuk meluahkan kepada seorang senior dia. Mungkin dia sudah tidak mampu untuk menanggung tekanan ini seorang diri. Dia perlukan seseorang untuk menjadi telinga kepada segala permasalahannya. Terus dia membuka aplikasi whatsapp dan menaip mesej.
"Akak, bagi kata kata semangat kat saya. Saya rasa down. Sebab mungkin tidak dapat dean. *emotikon nangis* Carry mark teruk. Paling teruk setakat nie. Nak dapatkan A pun susah."
"Allah...
Sesungguhnya sesuatu perkara itu atas niat..
Apa niat kita untuk belajar?
Adakah hanya pointer semata mata?
Betul pointer itu penting. Terapkan niat yang sangat tinggi untuk apa..
Untuk ilmu? Maka inshaAllah ilmu yang kita akan dapat walaupun tidak mencapai dean list.
Sekarang bukan zaman yang hanya mementingkan pointer tapi orang mencari mereka yang memanfaatkan dan mempraktikkan ilmu pengetahuan mereka. "
"Tapi harapan saya untuk dapatkan JPA dah kabur."
"Jangan putus asa.. ada masa untuk pulun final exam. Buat sehabis mungkin. Allah maha penyayang."
"thanks akak. mungkin Allah nak tegur saya yang lalai ini dengan cara begini"
"betul tu *emotikon tangan sado* Amalkan solat dhuha yer. InshaAllah rezeki Allah ada dimana mana"
Dia mula terfikir. Iya, ini kerana sikapnya yang belajar sambil lewa. Merasakan dirinya mampu mendapat cemerlang dengan sedikit usaha. Petang tu dia ada kelas islamic studies . Kelas kesukaannya. Dia sangat mengagumi ustazah itu dek cara penyampaiannya yang menusuk ke kalbunya. Kelas petang itu merupakan kelas terakhirnya sebelum peperiksaan akhir.
Di akhir kelas, ustazah memberikan kalam perpisahan untuk kelas tersebut. Satu daripada kata kata yang dituturkan itu terkena hati dia. Zup. Sungguh sakit tertusuk tusuk.
"Kekadang kita tidak faham, kenapa kita? kenapa kita dapat begini? dan kita mula berfikir, apa yang telah kita lakukan hingga kita boleh begini? tapi sebenarnya kita kena belajar daripada apa yang kita dapat. Kekadang apa yang kita dapat bukan untuk kita terus memberi tapi untuk kita belajar dari itu."
Pencerahan untuk dia. Kala dia sangat tertekan, merasakan tiada siapa yang memahaminya. Dia lupa Allah ada bersamanya. Allah sentiasa akan membantu hambaNya. Malam tu dia nangis. Menangis semahu mahunya. Dia meluahkan segalanya kepada Tuhan.
Ya Allah, Engkau sentiasa menunjukkan jalan kepadaku. Kau menegurku dengan pelbagai cara yang aku tidak terjangkau. Aku lupa yang Engkau sentiasa bersamaku. Ampunkan aku atas segala dosa yang aku lakukan. Sungguh aku bodoh kerana melupakan Engkau. Saat aku hilang arah tujuan, saat aku buntu, teguran dan nasihat hadir kepadaku. Tapi aku masih tidak nampak. Aku masih egois. Ampunkanlah aku wahai Tuhan yang Maha pengampun dosa.Hati dia terasa ringan. Dia sudah pasrahkan segalanya. Yang tinggal hanyalah usahanya untuk final exam. Dia tidak boleh mengalah. Walaupun jiwa dia masih terasa beban tapi bebanan itu tidak akan terasa kerana dia ada Allah yang maha besar. Lebih besar daripada masalahnya. Dia teringat akan kata kata ustaz pahrol mohd joui dalam radio ikim
"jangan katakan 'Allah, aku ada masalah yang besar' tapi katakanlah 'Aku ada Allah yang Maha Besar'.Keesokkan harinya, dia terjaga untuk solat subuh. Usai solat, dia melihat telefon pintarnya. Ada beberapa pesanan dari medium whatsapp. Ada mesej daripada uminya.
"Salam jah, duit inshaAllah akan umi masukkan kedalam akaun jah. Jah okey ke? Okey ke dengan semua, dengan exam? Kalau ada apa walaupun kecil jah beritahulah umi. Kalau umi tidak boleh tolong pun, Allah kan ada. Umi boleh solat hajat mohon Allah tolong."
"Wassalam umi, pasal study, jah dapat carry mark rendah. Kalau jah score tinggi dalam exam pun paling kurang dapat B+. Umi doakan agar jah mampu mendapat A dalam subjek yang lain. Jah takut jah tidak dapat pointer 3.5 ke atas."
"Tak perlu untuk stress sangat. Nanti ganggu emosi masa exam. Jah usaha dan tawakkal. Solat hajat jangan tinggal, kalau tidak boleh buat awal pagi, buatlah pada masa mana mana pun terutamanya masa tertekan. Buat sekali dengan solat taubat. InshaAllah dipermudahkan segala urusan. Allah kan Maha Pengasih dan Maha Pengasihani"
"InshaAllah, terima kasih umi"
"Sama sama, kalau ada apa apa walaupun jah rasa kecil dan remeh, luahkan pada Allah dan pada umi ayah"
Ya Allah, sekali lagi dia menangis teresak esak. Allah telah membantunya sekali lagi. Tiada apa yang mampu dia katakan selain bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. Allah mengasihi hambaNya tapi hambaNya selalu mengabaikannya. Sedangkan Allah telah berfirman supaya memohon pertolongan dengan sabar dan solat.
"Allah tidak menjanjikan study 24 jam itu akan berjaya tapi Allah menjanji orang yang solat itu akan berjaya (usaha dan tawakkal)"
*****
Kekadang kita tidak sedar akan pertolongan Allah. Allah tidak akan meninggalkan hambaNya tapi hambaNya lah yang selalu meninggalkannya. Sentiasalah merenung dan bermuhasabah diri. Mungkin ada teguran dari Allah yang kita tidak perasan. Teguran itu datang dalam pelbagai medium.
Semoga hidup terus berjaya dunya dan akhirat.
Semoga hidup dipenuhi keimanan kepadaNya
Sekian
1 comments
In Shaa Allah :)
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen