Interesting Places and Beaches in Langkawi !
10:30 AMAssalamualaikum dan Hi korang!
Di Malaysia ni ada banyak tempat yang menarik untuk kita nikmati keindahannya. Kadang tak perlu terbang jauh pun, di Malaysia pun ada tempat-tempat cantik ala luar negara. Cuma kita saja yang tak tahu dan belum singgah menjejak kaki ke sana. Salah satu tempat menarik yang aku katakan itu, ialah Langkawi! Ini merupakan contoh UNSEEN MALAYSIA yang sangat rugi jika tidak diterokai.
ehsan google |
Langkawi mempunyai lagenda yang popular sinonim dalam sejarahnya. Tanyalah pada sesiapa di pulau tersebut tentang kisah tragis seorang wanita muda cantik bernama Mahsuri, tentu saja mereka mengetahuinya. Malah rakyat Malaysia juga turut didongengkan dengan legenda tersebut. Lagenda berkenaan kisah cinta, cemburu, dan penganiayaan yang berlaku ke atas gadis mulus itu memberi impak yang besar pada Langkawi. Kononnya Langkawi dikutuk tidak akan maju sehingga tujuh generasi oleh Mahsuri. Ini berlaku gara-gara kejahatan orang yang dendam akan Mahsuri. Mahsuri juga dikabarkan mati ditikam oleh satu-satu keris warisan dan darah yang mengalir keluar berwarna putih.
kredit |
Langkawi memiliki banyak pantai-pantai yang cantik yang boleh dilawati oleh pengunjung. Disini aku akan senaraikan dalam 5 beaches in Langkawi yang sering dikunjungi oleh pelancong.
1. Pantai Cenang
kredit |
2. Pantai Tanjung Rhu
kredit |
3. Pantai Tengah
kredit |
4. Pantai Pasir Tengkorak
kredit |
5. Pantai Kok
kredit |
Sebenarnya banyak lagi beaches in Langkawi atau pantai di Langkawi yang cantik dan menjadi kunjungan ramai para pelancong seperti Pantai Datai, Pantai Teluk Yu, Pantai Pasir Hitam, Pantai Payar Marina Park (yang ni pun sumpah lawa) dan lain-lain lagi. Aku cuma senaraikan beberapa saja dan selebihnya kalian boleh google sendiri dan saksikan sendiri keindahannya melalui ehsan gambar.
Selain pantai yang cantik, Langkawi juga memiliki tarikan yang lain. Tarikan ini boleh dianggap unik dan tentunya tidak ada/sama di tempat lain. Jadi rugi tau kalau kalian tak singgah atau pergi ke tempat ini. Aku akan bantu kalian dengan menyenaraikan beberapa tarikan lain di Langkawi yang kalian perlu rasa dan pergi.
Tarikan Menarik di Langkawi
1. Dataran Lang
Pertama sekali, kalau datang ke Langkawi, benda yang wajib kalian singgah atau lawat ialah Dataran Lang. Wajib ada gambar di sini. Dataran Lang ini terletak berhampiran dengan jeti,cuma beberapa minit je dari jeti jika berjalan kaki. Disitu terdapat statu burung helang gergasi yang mana merupakan simbolik kepada Langkawi. Jadi fahamkan kenapa kalian perlu bergambar dengan berlatar belakangkan helang gergasi itu.
2. Skybridge & Kereta Kabel
kredit |
kredit |
Rugilah kalau datang Langkawi tapi tidak menyempatkan diri menaiki kereta kabel mahupun skybridge ni. Kedua-dua ini terletak di Gunung Machinchang yang permandangannya begitu mempersona dengan keindahan alam semula jadi. Kereta Kabel di Langkawi berbeza daripada di Genting Highland dan mungkin lagi menggerunkan lebih-lebih lagi pada mereka yang takut tinggi. Ada beberapa jenis gondola yang anda boleh pilih dengan pilihan harga yang berbeza dan lagi menarik ada gondola yang berlantaikan cermin dimana anda boleh terus melihat permandangan umpama anda sedang terbang di atasnya. Untuk ke skybridge, anda boleh menaiki kereta kabel hingga ke stesen tengah. Disitulah terletaknya skybridge. Jambatannya sedikit melencong membolehkan anda melihat panorama Langkawi dengan sudut perspektif yang berbeza.
3. Muzium 5D (Believe Langkawi)
kredit |
4. Underwater World
Disini anda boleh menyaksikan pelbagai spesies ikan-ikan yang mungkin anda tidak pernah melihatnya sebelum ini. Menempatkan lebih 500 spesies hidupan laut didalamnya termasuklah spesies penguin. Anda tentunya dapat belajar tentang hidupan laut dan jenis-jenis ikan jika masuk ke sini. (Ikan paus yang besar gedabak itu rasanya tiada, yang ada spesies kecil)
5. Laman Padi
kredit |
Itu beberapa yang dapat aku listkan kerana kalau nak list semua, mahupun panjang berjela dan tak cukup satu posting. Seperti yang dah aku katakan, Langkawi ini mempunyai banyak tarikan yang perlu anda terokai baik dari pulaunya, pantainya, air terjunnya dan tempat-tempat lain yang unik dan menarik. Tiada penyesalan sedikit pun jika anda mengunjungi tempat-tempat ini di Langkawi, bahkan anda lagi menyesal jika tidak mengunjunginya.
So, what are you waiting for? Lets discover and explore the beautiful and uniqueness of the Langkawi, one of the UNSEEN MALAYSIA that you must go, Now! Oh ya, anda boleh menempah hotel atau chalet dengan menggunakan laman web Traveloka. Mudah dan menjimatkan masa. Sekiranya anda ingin ke Langkawi dengan kapal terbang, anda juga boleh menempah tiket penerbangan anda di Traveloka.
Jika ada lebih masa atau cuti, anda juga boleh jelajah negeri Kedah memandangkan Kedah juga punya daya tarikan yang menarik untuk pelancongan seperti Bujang Valley, Kota Kuala Kedah, Pulau Penang (yang ni confirm kena 3 hari dan lebih untuk jelajah), Taman Rekreasi Hutan Bukit Hijau dan lain-lain lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut, aku cadangkan kalian ke website ini [TEKAN SINI] sebabnya, disitu ada menyenaraikan beberapa tempat dan maklumat menarik tentang Kedah yang dapat kalian tahu.
Selamat bercuti! Harapnya minta lama sikit cuti sebab negeri Kedah sangat banyak tarikannya dan salah satunya Langkawi!
6 comments
sesungguhnya sis belum pernah sampai langkawi lagiiii
ReplyDeleteWahhh bestnya !! Kena masukkan dalam list ni setiap tempat tu. In Shaa Allah moga terlaksana la pergi Langkawi lagi lepas ni
ReplyDeleteomgeee bestnyaaaa... specially chenang beach tu...
ReplyDeletefollow sini #410
semua tempat cantik2.
ReplyDeletemakin byk tempat yg menarik yer.. Fiza pun dah lama tak ke sana..
ReplyDeletememang banyak unseen di langkawi. najah boleh jugak terjah sini untuk tengok ap yg mek review tentang langkawi :
ReplyDeletehttp://ajussix.blogspot.my/2018/04/restoran-selera-akmal-makan-tengahari.html
http://ajussix.blogspot.my/2018/04/langkawi-wildlife-park-taman-haiwan.html
http://ajussix.blogspot.my/2018/04/homestay-hj-bahari-langkawi.html
http://ajussix.blogspot.my/2018/04/restoran-siti-fatimah-sup-gamat-langkawi.html
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen