Mendaki Bukit Saga, Selangor

8:30 AM


Assalamualaikum dan hi kalian!

Sejak dua menjak ini aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba semangat nak hiking. Padahal dulu aku tak suka hiking malah sering mengelak dari hiking. Bukit pertama hiking masa tu bukit panau anjuran sekolah dulu. Fuhh.. Memang lepas daki tu terus bertaubat tak nak naik. Tapi bila lama-lama ni berubah pula tabiat. Yup. Memang perit dan sakit selepas daki tu tapi kepuasan semasa sampai puncak tu berbaloi.

Ni yang sempat tangkap
Disebabkan itu aku mula google bukit-bukit di Malaysia dan banyak hasil carian aku menyebut nama Bukit Saga. Bukit saga ni terletak dekat kawasan perumahan di Ampang. Hampir juga dengan pusat bandar Kuala Lumpur sebab dari bukit tu, anda boleh nampak permandangan bandar metropolitan Kuala Lumpur. Jadi, aku macam teruja dan tak sabar rasanya nak daki bukit saga. 

Aku pergi dengan dua orang rakan aku dari UKM. Perjalanan dari Bangi ke Bukit Saga mengambil masa dalam 45 minit dan aku melalui jalan Ampang (aku baru tahu kita boleh daki bukit saga dari cheras dan selain bukit saga ada juga bukit lain disitu yang aku tak tau namanya apa). Sampai di sana, memang akan melalu kawasan perumahan yang banyak. Aku mula mencari Flat Saga yang berwarna putih sebab kebanyakkan yang aku baca diblog mula pendakian mereka di point tu. Dah jumpa flat tu tapi malangnya, laluan pendakian dari Flat itu telah ditutup akibat pembinaan. Laluan di Flat itu merupakan Trail B. Jadi berpusinglah kami mencari jalan kedua untuk daki. Laluan kedua itu terletak di kawasan perumahan yang boleh dikatakan padat.


Kami jumpa laluan itu cumanya tidak dapat memarkir kereta berdekatan dengan laluan itu. Kereta pendaki harus diparkir di bahagian kedai kat bawah yang agak jauh. (tapi aku parkir dengan kawasan dewan rakyat sebab tengok beberapa orang pendaki turun kereta dari situ.) Dari tempat parking kereta, kami berjalan dalam 6 minit untuk sampai ke laluan pendakian. Rasanya Trail A. Nasib ada seorang pakcik ni yang bantu kami. Dia sudah biasa mendaki Bukit Saga jadi kami hanya ikut dia saja.



Laluan trail A ni dapat dikenal pasti dengan adanya tokong kecil sebagai penanda, lepas ikut saja laluan yang telah dilalui. Sekiranya ada pendaki lain, kalian digalakkan untuk bertanya agar tidak sesat. Bukan apa sebab kat situ banyak pembinaan jadi ada laluan yang dah ditutup, dan ada yang perlu juga melalui kawasan pembinaan. Lepas tu kat atas sana juga ada beberapa laluan yang tidak dapat dilalui. Seperti dibawah ni. Kalian perlu mengambil kanan. Jangan pergi jika ada signboard ni. (Maaf, rasanya aku tak ambil pula gambar tu)




Dalam sejam kemudian akhirnya kami sampai ke puncak saga. Itupun setelah berpisah dengan pakcik tadi di pitstop yang ada tokong kecil kedua (Pakcik tu bagi laluan ke air terjun pada kami which is lagi jauh dari laluan yang dia naik untuk ke puncak). Di puncak Bukit Saga, ada tempat yang disediakan untuk berehat. Malah anda juga boleh dapatkan makanan dan minuman di atas sana. Bukit Saga diselanggara dan dijaga dengan baik oleh persatuan pendaki di sana. Yang menarik di puncak tu, ada hammock dan juga beberapa kemudahan untum riadah. Cuma sayang, view untuk melihat bandar KL terhalang dengan pokok-pokok yang tinggi. Kalau tak, memang confirm cantik dan rasa puas hati. Penat-penat daki, lepas tu disaji pula dengan permandangan cantik.




Selepas berehat hampir 20 minit di puncak, kami lantas berpakat untuk melanjutkan perjalanan mencari air terjun. Iyalah, alang-alang sudah sampai di Saga, why not kita ke air terjun. Kami pusing balik ke laluan tadi dan terus ikut trail ke air terjun. Mengikut pendaki lain yang kami tanya semasa di puncak tadi, dari persimpangan 3 ke air terjun, perjalanan mengambil masa 30 minit untuk sampai. 






Okaylah, aku jujur. Memang betul 30 minit perjalanannya. Itu pun kalau tiada apa-apa berlaku sepanjang perjalanan tu. Sebabnya trail ke air terjun tu sukar. Tambah pula sunyi dari pendaki. Kalian akan rasa jauh dan tertanya-tanya, 'bila nak sampai ni?', 'jauh lagi ke air terjun tu? '. Ada dua tiga kawasan yang curam. Sudahlah curam, licin pula tu. Sampaikan ada tempat yang perlu berhati-hati dan berpaut pada tali.





Suasana air terjunnya cantik dan tenang. Cuma kalau ramai orang terasa padat sebab tempatnya tak besar. Kalian boleh untuk mandi manda di sana. Bernasib baik, akan jumpa sekawanan monyet dan binatang lain. Selepas puas menikmati air terjun, kami berkira-kira untuk balik melalui jalan mana. Jika ikut laluan yang tadi. Memang akan penat dan jauh malah berbahaya lagi. Lagipula masa tu badan dah terasa penat. Nasib baik ada sekeluarga pendaki yang ingin pulang. Jadi kami ikut mereka dan guna laluan yang lain. Laluan ini sebenarnya lagi jauh tapi tak terasa penat kerana hanya perlu melangkah dan berjalan saja tanpa ada rintangan. Laluan ini digunakan untuk mereka yang mendaki dari cheras. Untuk sampai semula ke puncak Saga, kami perlu jalan lurus dan kekanan. Kalau keliru digalakkan tanya pendaki yang lain kerana bimbang akan sesat. Perlu melalui pitstop 5 dan 6 dahulu baru sampai ke hill top Saga. 




Kesimpulan yang boleh aku buat dari pendakian ini, memenatkan. Satu, mungkin aku kurang stamina. Dua, laluan mendaki tak berapa syok sebab bertangga. Lagi menyakitkan kaki sebenarnya dibandingkan dengan laluan biasa tanpa tangga. Yang tak best, bila ada pembinaan ni, laluan nya makin mengelirukan dan perlu ada bimbingan dari mereka yang lebih tahu. Tiga, tak ramai orang. Aku tak tahu kenapa, tapi memang masa daki tu tak ramai orang. Aku pergi hari sabtu. Purata orang yang daki aku rasa dalam bawah 80 orang. Ke hari ahad lagi ramai? Entahlah. Tapi tak bestlah sebab bila tak ramai orang, kita jadi sukar bertanya dan boleh sesat bagi yang tak tahu. Keseluruhannya aku rasa macam tak best sikit. Kalau kalian nak daki semata nak bergambar dengan hammock, aku sarankan padam saja niat kalian itu. 






Itu saja daripada aku. Maaf panjang dan meleret. Bagi kalian yang dah daki Bukit Saga ini, apa pendapat kalian? Adakah bersetuju dengan aku atau mungkin ada pandangan yang kalian? Nyatakan pendapat kalian di ruangan komen di bawah ya? 


You Might Also Like

3 comments

  1. Assalamualaikum wbt,

    Boleh masuk lagi ya laluan tu ? Kalau tak silap jalan tu pun dia dah tutup kan ? Guna barrier construction warna biru tu. Yang kena masuk ikut longkang tu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam wrt

      masa saya pergi tu boleh, mungkin sekarang dah tutup kot. Kalau xyakin, better tanya penduduk setempat. Heheh.. sebab banyak juga laluan yang ditutup

      Delete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News