Hari McD Turun Padang Disambut dengan Meriah!

11:00 AM

Assalamualaikum dan Hi semua!

Managing Director and Local Operating Partner of McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar and Group Managing Director of Media Prima Berhad,  Datuk Kamal during the kitchen tour  

"Semua kakitangan pejabat, para francaisi & rakan niaga McDonald’s bekerja melayani pelanggan di restoran McDonald’s sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja restoran McDonald’s di seluruh negara"

Pada 5 Oktober 2018 yang lalu, seramai lebih 200 kakitangan pejabat, para francaisi, dan rakan niaga McDonald’s Malaysia ‘turun padang’ hari ini dan bekerja bersama warga kerja restoran untuk melayani pelanggan dalam usaha mereka melibatkan diri dan memahami usaha yang dilaksanakan untuk memberi pengalaman terbaik atau “feel-good-moments” kepada pelanggan yang dijanjikan McDonald’s.

Chief Executive Officer of Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar getting the french fries ready for a customer during McD Turun Padang Day

Antara rakan niaga utama yang turut serta termasuklah Datuk Kamal bin Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad dan Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio.

“Saya sangat teruja dapat bersama famili McDonald’s pada hari ini dan membantu menyediakan hidangan McDonald’s untuk pelanggannya. McDonald’s merupakan jenama yang sangat konsisten demi memberikan yang terbaik dalam penyediaan makanan yang lazat dan berkualiti tinggi kepada pelanggan-pelanggannya, dan ia sentiasa dihidangkan dengan senyuman,” kata Datuk Kamal.

“Peluang bekerja bersama warga kerja restoran pada hari ini merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai kerana saya dapat memahami apa yang berlaku di sebalik tabir restoran McDonald’s. McDonald’s sentiasa menitikberatkan kepentingan kakitangannya sama seperti pelanggan mereka. Syarikat ini sentiasa mengutamakan warga kerjanya, dan tidak dinafikan ia merupakan tempat yang cukup baik untuk membina kerjaya,” kata Datuk Izham.

Order Please – TV actress, Farah Nabilah calls out for customers to pick up their order

CEO of Leo Burnett, Tan Kian Eng working hard at the drive-thru counter

Baru-baru ini, McDonald’s telah menerima anugerah Majikan Terbaik di Malaysia 2018 daripada AON, Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) daripada HR Asia, dan Majikan Francais Terbaik 2018 daripada Anugerah Francais Malaysia.

Pengiktirafan yang diterima ini berkait rapat dengan Usul Nilai Pekerja (EVP) McDonald’s – Keluarga & Rakan-rakan (Family & Friends), dimana syarikat menganggap kakitangannya bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan. McDonald’s juga memberi Fleksibiliti (Flexibility) kerana mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjikan Masa Hadapan (Future) yang cerah untuk warga kerjanya dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran diri dan menyediakan peluang pembangunan kerjaya.

Service with a smile – Chief Marketing Officer of McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai handing over an order to a happy customer

One for the album – Group photo of McDonald’s restaurant crew members and participants of McD Turn Padang Day

“Hari McD Turun Padang merupakan acara tahunan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 12,000 warga kerja restoran kami di Malaysia. Komitmen tidak berbelah bahagi mereka telah banyak menyumbang kepada kejayaan berterusan jenama McDonald’s sehingga kini,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

Menurut Azmir, McDonald’s Malaysia telah melabur lebih RM8 juta setahun untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan modal insan, selaras dengan matlamat syarikat untuk menyediakan laluan kerjaya yang mampan untuk warga kerjanya.
Inisiatif-inisiatif utama yang dilaksanakan oleh McDonald’s kearah memperkasakan warga kerjanya membantu syarikat untuk menarik, mengekalkan dan membangunkan bakat – yang merupakan elemen penting kearah mencapai sasaran pertumbuhan syarikat membuka 500 restoran di Malaysia menjelang tahun 2020.

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News