Play Your Role, Be a Safe Driver!
10:00 AMAssalamualaikum dan hi korang!
Hari ini aku nak kongsi sikit tragedi kemalangan jalan raya yang pernah menimpa aku sebelum ini.
Okay, kemalangan tu terjadi di Bangi berdekatan dengan Bangi Sentral. Masa tu aku dan mak aku tengah meronda-ronda mencari kedai makan untuk tengah hari. Pusing-pusing, sampailah di traffic light, aku lambat signal. Kiranya, 5 saat sebelum lampu isyarat merah bertukar hijau, aku baru pasang signal ke kiri. Bila lampu hijau tu, aku dengan kelajuan perlahan membelok kereta ke kiri dan BANGG!
Play your role, be a safe driver! |
Ada sebuah kereta, entah bila masa dia ada, memecut laju dan melanggar kereta aku dari belah kiri. Dia meluru ke depan. Terkejut yang teramatlah aku dan mak aku (tapi mak aku lagi terkejut sebab dekat dengan dia). Kereta tu nampak teruk juga calar. Aku apalagi, berhentilah ke tepi, kereta tu terus meluru pergi. Mungkin dia takut kot. Iyalah, pecut dan memotong aku dari tepi. Nasib baik kereta aku calar sikit je kat bucu bumper kiri. Daripada lapar terus tak ada selera nak makan.
Lepas kejadian tu, aku memang berhati-hati semasa memandu. Setiap kali nak membelok, harus bagi signal awal. Jangan main IG live, FB live atau selfie semasa memandu. Kalau pun ada panggilan masuk, pakai handsfree. Pakai tali pinggang lagi-lagi pemandu. Yang sebelah pemandu dan seat belakang pun pakailah juga. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada cedera parah jika kemalangan.
Kita boleh elakkan kemalangan jalan raya jika kita mengikut langkah-langkah ni
1. PATUHI HAD LAJU YANG DITETAPKAN
2. PATUHI PERATURAN JALAN RAYA
3. JANGAN MENGGUNAKAN TELEFON SEMASA MEMANDU
4. PANDULAH DENGAN BERHEMAH
Aku kongsikan ini kerana aku sayangkan anda semua. Tak mahu sesiapa terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Oh ya, sekarang ini dah dilaksanakan Liberalisasi Tarif Insurans/Takaful Motor, jadi pandulah dengan cermat dan berhemah kerana kadar premium insurans/sumbangan takaful kini ditentukan berdasarkan
1. Umur kenderaan
2. Jenis kenderaan
3. Saiz enjin kenderaan(diukur dalam cc) DAN
4. Faktor pemandu (jenis berbahaya / berisiko atau tidak)
Hah! Kalau kita memandu secara berbahaya, besar kemungkinan kita dikenakan kadar premium insurans/sumbangan Takaful lebih tinggi.
KENDERAAN + PROFIL PEMANDU = KADAR PREMIUM INSURANS/SUMBANGAN TAKAFUL
Liberalisasi Insurans/Takaful Motor ini bertujuan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Agar kita semua memandu dengan selamat dan berhemah di jalan raya.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari ke website
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
http://www.piam.org.my/phased-liberalisation-section/faqs-liberalisation-motor-tariff/?utm_source=najahmustapa.com&utm_medium=influencer&utm_campaign=piam_faq_2018
Malaysian Takaful Association (MTA)
http://www.malaysiantakaful.com.my/Phased-Liberalisation/FAQs-on-Liberalisation-of-Motor-Tariff.aspx
“A healthy and safe mindset will ensure a happier journey!”
6 comments
kan! menyampah la jenis tengah drive sempat buat ig story bagai. kot ye takbahayakan dia pun, bahayakan orang lain
ReplyDeleteyup! kadang kesian kat orang lain, yang kena kemalangan atas kesalahan orang lain yang main ig story
DeleteTumpang tanya, Kalau umur kereta itu lama, lagi tinggi ke bayaran insuran?
ReplyDeletehaah. lagi mahal. lagi-lagi kalau dah habis tempoh dia.
Deleteuish seram jugakk, macam kes langgar lari?
ReplyDeleteyup sis. mmg langgar lari.
DeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen