My Year 2018 In Books

10:41 PM

Aku tekad untuk kongsikan ini selepas baca post daripada siqa mengenai My Year 2018 in Books. Seronok pula tengok mereka yang suka baca buku ini. Rasa bersemangat untuk terus membaca dan membaca. Tahun lepas aku sebenarnya dah hampir nak tulis tentang My Year 2017 in Books, tapi batalkan hasrat, hapus [baca:delete] semua gambar dan padam post. Jangan tanya kenapa


Pencapaian ini dibuat oleh Goodreads, sebuah website atau aplikasi yang sangat berguna buat para penggemar buku. Kita boleh dapatkan informasi mengenai buku, malah boleh buat beberapa aktiviti disana sepertinya tulis ulasan, bagi rate, buat shelf (To-Be-Read, Read, On-going) dan lain-lain. Boleh juga berkenalan dengan rakan-rakan pembaca yang lain dari seluruh dunia tau.

Untuk mendapatkan My Year 2018 in Books, Goodreads memantau aktiviti membaca aku sepanjang tahun dan itupun yang aku masukkan di Goodreads. Jadi kalau kalian nak dapatkan hasil tu, kena sentiasa update dan aktiflah dalam Goodreads.


Bagi tahun 2018, aku berjaya menghabiskan dalam 26 buah buku, dan itu sudah melebihi target tahunan aku yang hanya 24 buah. Membaca sebanyak 7,716 muka surat untuk 26 buku. Sikit juga tu dibandingkan dengan mereka yang bergelar bibliophilia.

Bila tengok balik, patutlah aku ambil masa lama untuk menghabiskan satu-satu buku. Buku paling nipis aku baca, berjumlah 108 muka surat dan paling tebal 678 muka surat. Sudahlah tebal, bahasanya sastera pula. Kiranya genre yang aku pilih tahun 2018 genre sastera, novel.


Dalam 26 buah buku aku baca, buku Kafka on the Shore merupakan buku paling popular yang dibaca ramai orang manakala buku Ketika Hujan Renyai-Renyai menjadi buku kurang popular. (Walaupun begitu, buku tu best dengan gaya bahasa yang sastera tapi mudah dimengerti)

Average Rating aku untuk 2018 pula 4.0 bintang. Kiranya banyak juga buku-buku yang aku baca aku bagi rating 4/5 bintang. Mungkin juga disebabkan pemilihan bacaan aku yang kena dengan mood aku dan selera aku ketika itu.

Buku yang dapat Highest Rated on Goodreads pula buku Biar Tak Glamor Di Dunia, Asal Popular Di Langit Sana karya Inche Gabbana dengan purata 4.52 bintang. Buku ni aku ada ulas di ig aku @jod.reads .



Aku tak banyak bagi review di Goodreads kerana merasa lelah. Jadi aku memutuskan hanya aku tulis review di Goodreads jika aku merasakan perlu saja. Lagipula, aku sudah tulis review di instagram.  Buat apa tulis banyak-banyak kan? (sebenarnya aku sangat malas. Bagi rate dah rasa cukup buat seorang pemalas)

Buku 2018 aku seperti yang tertera di bawah. Kebanyakkannya genre novel, sastera, fiksi dan satu dua motivasi. Separuh darinya buku dari negara seberang.




Itu saja daripada aku. Tahun ini aku mulakan dengan menghabiskan buku-buku yang aku beli tahun lepas yang belum terbaca. Genre yang masih sama dan banyak juga dari Indonesia. Buku-buku puisi, aku banyak tak habiskan sebab aku lompat dari satu buku ke satu buku, ikut mood. Ada juga aku lambatkan habis kerana ingin menghayati puisi.

Buku-buku motivasi aku kurangkan baca, dan lebih fokuskan pada buku novel, atau kompilasi cerpen. Tak tahulah kenapa jadi macam tu padahal sebelum aku mengenal Goodreads, banyak juga buku motivasi aku baca. Cuma sejak tahun 2016, aku more into sastera dan buku negara seberang.

Ohya, author pilihan aku ialah Tere Liye dan Inche Gabbana. Buku-buku mereka memang aku baca hampir semua. Hehehe. Boleh tengok di profil aku di Goodreads atau Instagram aku.

Kalian pula macam mana? Bagaimanakan pencapaian buku kalian di tahun 2018? Kongsikan dong!

Selamat Tahun Baru, 2019!

You Might Also Like

3 comments

  1. mantopppp najah ! tahniah ! kite kalau terbaca buku yang takleh go je, tinggal terus taknak habiskan haha ! nak buat jugaklah entry gini. tengok kerajinan nnti hehe insyaAllah.
    btw, awak review pun macam penulis buku dah najah, apaa lagi, boleh dah najah start menulis pulak hehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah Najah untuk 2018 books :) Siqah baca Biar Tak Glamor Di Dunia Asal Popular di Langit Sana sebab Najah lah. Semangat terus cari kat Popular. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Thanks siqah. harap siqah suka buku tu. :D

      Delete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News