PCB Resort Destinasi Santai Bersama Keluarga di Kota Bharu!
2:00 PMAssalamualaikum dan hi Kalian!
Aku paling gentar dan cemas bilamana orang luar Kota Bharu bertanya pada aku soalan yang ini
"Najah, tempat mana yang best, santai dan menarik di Kota Bharu?"
atau seperti ini
"Najah, mana tempat yang sesuai untuk family gathering atau barbeque?"
Alamak! Macam mana aku nak bagitau sedangkan aku sendiri tak tau. TAPI. TAPI. TAPI.
Sekarang tak lagi kerana aku dah tahu jawapan untuk soalan KBAT tu. Dengan senyum lebar dan hati senangnya aku akan membalas
"Pergi saja ke PCB RESORT kat PCB, Kota Bharu"
Jawapan ini bukanlah jawapan main-main atau pick random places tapi ini benar-benar pilihan terbaik dan sesuai untuk soalan di atas. Kenapa? Akan aku terangkan kelebihan dan gaya tarikan PCB Resort ni pada kalian yang termangu dan tertanya-tanya.
PCB Resort membuka tahun 2019 dengan membawa tema 'Mengeratkan sebuah perhubungan" (okay, ini aku reka sendiri tapi main point dia sama saja). Kita dapat memilih sama ada menikmati detik keakraban di senja hari atau memalam dengan tawaran harga yang berpatutan dan menarik.
Antara chef yang memasak di restoran |
Pada waktu senja hingga ke malam, kita dapat meluangkan masa bersantai di restoran PCB Resort yang berada di dalam. Restoran ini terbuka untuk semua bukan sekadar tetamu Resort. Jadi pengunjung luar juga boleh merasai kelazatan hidangan yang disediakan disitu. Pelbagai jenis hidangan yang disediakan termasuk hidangan pelbagai budaya yang dimasak khas oleh chef-chef handal terpilih. Iya, chef itu dibawa dari negara mereka untuk memasak kepada kita. Makanya, setiap yang terhidang di pinggan mahupun mangkuk sungguh lazat dan menyelerakan. Aku dah rasa. Memang puas dan sedap. Mi karinya pedas dan kaw! Yang paling aku suka, roti yang dibuat sendiri oleh pihak resort. Rasa yang creamy, rangup dan unik. Sampai sekarang aku teringat-ingat.
Berempat pun boleh ya |
Selain menikmati makanan yang sedap, kita juga dapat melihat dan menghayati suasana senja di tepi pantai. Suasana yang tenang dengan bunyi ombak, kicauan burung, ditambah dengan panorama matahari yang ingin terbenam menerbitkan lagi rasa yang romantis dan erat. Bagi mereka, pasangan yang inginkan masa berdua, anda juga boleh menempah meja di tepi persisiran pantai. Itu benar-benar romantik dan sweet tau.
contoh bilik deluxe |
contoh bilik premium |
Selain daripada restoran dan permandangannya yang cantik, kita juga boleh menginap di sana dengan pilihan bilik yang ada. Bilik-bilik yang ditawarkan begitu simple tapi mencukupi malah harganya juga berpatutan. Sangat sesuai untuk family gathering, class gathering, girls night or boys night. Pihak resort juga menawarkan pakej barbeque di depan bilik resort dengan tambahan RM100. Kita akan mendapatkan tempat membakar, ayam seekor dan sosej. Yang menariknya, kita hanya bayar RM100 dan semua sudah tersedia dan tinggal untuk DIBAKAR je. Kalau nak bawa makanan bakar tambahan pun boleh.
Bila barbeque depan bilik ni, kita tak perlu guna banyak tenaga jalan jauh-jauh. Hubungan sesama insan pun makin erat. Masa yang diluangkan jadi kenangan yang indah untuk disimpan. PCB Resort ini boleh aku katakan alat untuk destinasi kekeluargaan. Iyalah, kalau datang seorang akan terasa sunyi, tapi kalau datang beramai-ramai, akan terasa meriah dan seronok. Semua serba ada untuk aktiviti bersama. Tak perlu pening kepala nak cari tempat mana dah. Harga berpatutan pula tu. Mana kita nak dapat pakej yang sebegini rupa? Jadi, Pilih je PCB Resort untuk destinasi gathering anda.
Ohya, aku dengar sekarang ada promosi. Jadi, cepat-cepatlah rebut peluang ni sebelum menyesal ya!
4 comments
Alahai syoknya resort tepi pantai 😍
ReplyDeleteDijamu pula seafood
Wow luas jugak bilik premium tu. seronok tu dapat makan tepi pantai.. NICE view :D
ReplyDeleteweihh best ! sambil bercuti. jom kita gathering sini
ReplyDeletesumpah nice gila tgk. tepi pntai pulakkk
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen