TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag Sangat Berbaloi dan Worth It!

12:45 AM

 Assalamualaikum dan hai semua!

Kalau yang kenal aku secara peribadi, aku sejenis yang akan bawa barang yang banyak. Selalu kawan-kawan aku cakap aku bawa beg Doraemon. Sebabnya kalau aku kemana-mana aku akan pastikan kelengkapan aku cukup. Barang elektronik, penjagaan muka, buku, dompet semua kena ada. Tertinggal satu, boleh tak keruan aku.

Dah lama juga aku usha sling beg dan juga backpack untuk kegunaan harian aku. Selalu add to cart atau like je tapi kali ini, aku berjaya juga jumpa sling beg yang sesuai dengan keperluan aku. Aku akan explain kenapa aku pilih beg ni.Sling beg ni korang boleh dapatkan di https://www.pttoutdoor.com/shop/tahan-conquer-multipurpose-sling-bag/

TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag



Sling bag ni aku jumpa kat website PTT Outdoor. Kat situ ada pelbagai pilihan beg dan juga barangan untuk aktiviti outdoor seperti hiking, cycling dan macam-macam lagi. Kiranya kalau kita nak cari barang keperluan untuk aktiviti lasak sangatlah digalakkan terjah ke laman web tersebut. Nama beg aku beli tu Tahan Conquer Multipurpose Sling Bag. Nama bukan nama nampak gah. Mungkin sesuai lah dengan ciri-ciri yang ditawarkan kepada aku. Okay, aku akan bagi 3 sebab utama yang buat aku terpikat kat beg ni.

Large Storage Capacity




Disebabkan barangan harianku banyak, jadi aku perlukan beg yang boleh memuatkan kesemua barang-barang aku. Tambahan pula, aku sangat mencari beg yang aku boleh sumbat buku aku sekali. Jadi, Tahan bag ni memenuhi ciri-ciri pertama aku nak. Ada dua compartment, satu kapasiti yang besar manakala satu lagi yang kecil. Ada poket kecil dua dia depan dan satu zip di belakang. Besar bukan main beg ni tapi tetap nampak cantik elok. Reka bentuknya minimalis, versatil dan sangat tahan lasak. Ada dua pilihan warna iaitu dark green dan blue. Aku pilih warna biru

Adjustable Sling



Yang ni menarik sebabnya aku tengok, kita boleh ubah tahap panjang pendek tali beg tu dan gayakan mengikut citarasa kita. Boleh pendekkan dan panjangkan ikut keselesaan si pemakai.

Water Resistant

Selain daripada kapasiti kena besar, aku akan cari yang kalis air juga. Sebabnya aku ni jenis lasak dan akan terdedah dengan air hujan dalam kadar kerap juga. Jadi kalau aku ambil yang jenis tak kalis air, boleh basah barangan aku. Nangis bucu katillah jawabnya. Dahlah banyak gajet. Cuma satu je yang tricky sikit tentang beg ni, kena pastikan air tak kena di bahagian zip tu sebabnya situ tidak water resistant. Tapi jangan risau kerana 96% bahagian beg ni semuanya water resistant. Beg ni diperbuat daripada bahan oxford dan juga polyester fabric. 

Kat bawah ni aku sertakan video unboxing beg ni. Walaupun banyak barang yang aku masukkan, tapi tak terasa berat langsung seperti beg-beg lain yang aku pakai.



Jadi konklusinya, aku rasa sangat berbaloi beli beg ni dan rasa worth the price. Alang-alang ada promosi ni, apa kata kalian grab cepat-cepat. Ingat, beli kat sini ya

PTT OUTDOOR






You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News