#TRAVELOG : Short Escape to Penang

8:18 PM

Assalamualaikum dan Hi Semua!

Dah lama post ni tertunda untuk aku siapkan. Sepatutnya pada tahun 2018 lagi aku menyiapkannya tapi disebabkan tahun tu aku broken teruk, aku menangguhnya hinggalah ke tahun 2020 baru dapat siap. Aku ke Penang ni secara tak dirancang. Tiba-tiba kawan aku ajak ke Penang dan aku terus setuju tanpa berfikir panjang. Lepas tu kami tempah tiket bas, contact dengan kawan aku yang study kat USM dan pooofff!! Plan berjaya!

(Disclaimer : Aku akan cuba ringkaskan sehabis baik memandangkan aku sudah terlupa perjalanan penuh aku disana. Jadi aku mungkin hanya senaraikan tempat-tempat yang aku ingat sahaja. Jangan marah ya?)




Aku pergi pada tarikh 19 Mac hingga 21 Mac 2018. Tapi bertolak 18 Mac malam. Tiket bas tu aku book online kat busonlineticket , murah je tapi aku dah lupa berapa. Rasanya dalam rm30 lebih kot.
Untuk penginapan aku sepanjang di sana, aku menggunakan AirBnB yang mana sangatlah aku berpuas hati dengan tempat tu. Aku for sure akan pilih bilik yang ada private bathroom sebabnya aku tak selesa untuk berkongsi dengan orang luar dan ingin menjaga keselamatan diri juga.




Murah juga penginapan ini dan jarak untuk ke tempat-tempat menarik tidaklah terlalu jauh. Berdekatan dengan area Tranfers road saja.





Hari pertama tiba di sana, aku solat dulu subuh di terminal bus. Lepas tu naik uber (masa ni uber masih ada di Malaysia) ke USM, tempat kawan aku. Sampai sana, kami berehat dulu kemudian bersihkan diri sebelum keluar mencari makan. Kawan aku bawa di sebuah tempat yang berdekatan dengan USM. Aku dah lupa pula dah nama tempat tu. Aku hanya pesan roti canai dengan teh tarik. Banyak gerai-gerai yang dibuka berada di situ dengan aneka pilihan makanan pagi rakyat Malaysia. Tempat tu kalau tak silap aku, dikelilingi oleh perumahan flat dan teres.




Harga RM3.20

Lepas tu kami ke mall, untuk tengok wayang. Tiada kebetulan kerana memang dah rancang nak tengok filem yang Fattah Amin berlakon tu. Hahahaha. Nasib baik filem tu best juga, tak adalah rasa menyesal pula habiskan duit. Filem yang Fattah macam gila tu. Dah lupa tajuk apa, ada Syamsul Yusuf sekali dalam tu.

Lepas wayang, makan di medan selera mall tu


Malam pula, kami ke gerai yang berdekatan saja untuk mengalas perut. Yang ni pun aku dah lupa, tapi pesan menu makanan yang biasa-biasa ja.

Harga RM10.00

Rasanya posting aku kali ini boleh buat tajuk Iterinary yang dah LUPA ke Penang! Hahahahaha.. sebabnya banyak yang aku dah lupa tapi malas nak cari balik dan ingat balik nama-nama tu.

Keesokannya, aku dan kawan aku keluar bersiar-siar tanpa kawan aku yang USM tu. Dia ada kelas dan exam pagi jadi kami taknak lah kacau dia. Nasib baik tempat penginapan itu menyediakan pamplet yang berupa peta dan beberapa cadangan tempat menarik yang membolehkan aku dan kawan aku kaji jarak satu tempat ke satu tempat. Untuk sarapan pagi, kami memilih makan di Roti Canai Transfer Road. Dekat dia tu cuma 3 minit saja daripada tempat aku stay. 3 minit jalan kaki ya, bukan naik kereta. Oh ya, sekarang rasanya kena sita sebab kotor. Bila ingatkan balik, rasa nak muntah pun ada. Aku akan lebih memilih roti canai di Kota Bharu jika dibanding sini kerana dahlaah rasa biasa je lepas mahal pula tu.

tak selesa makan sebab rasa melekit-lekit.
Harga RM9.00

Selepas itu, kami bersiar ke tempat yang menjadi perhatian pelancong. Antaranya Masjid Kapitan Keling, Art Street, Makan Ais Tingkap, Crowrasta Bookstores dan singgah beli cenderahati Jalan Armenian.






Jumpa pelajar dari Tanah Besar China yang bercuti di sini 




Ais Tingkap
Harga RM2.00

Semua tempat-tempat tu aku pergi jalan kaki sebab dekat tapi pastikan kakinya kuat dulu. Dekat-dekat pun kalau jenis tak suka berjalan akan terasa jauhnya juga. Nak-nak bawah sinaran matahari. Kalau aku, aku lebih gemarkan berjalan kerana bila berjalan aku dapat kenal jalan-jalan sekitar dan juga dapat melihat permandangan serta kedai-kedai di sepanjang jalan. Seronok pula tengok banyak kafe-kafe hipster yang ada di situ. Rasa nak buat edisi terjah kafe pula nanti, khas untuk Georgetown.

Aku kembali ke tempat penginapan untuk solat jamak dan menunggu kehadiran kawan aku, Farah untuk join sekali kami di pusingan ke 2. Selepas selesai urusan dengan Tuhan, kami melanjutkan lagi perjalanan ke tempat yang jauh dari tempat kami stay.







Wheeler Coffee
 Harga RM26.80

Pasembur Ghani
Harga RM10.00

Pertama kami ke Wheeler Coffee. Kat situ aku cuba coffee saja memandangkan nak jimat. Hahahah. Kemudian, kami naik grab ke Chocolate &Coffee Museum. Mungkin sebab aku suka coklat dan kopi. Untuk masuk tak kena bayar rasanya kecuali kalian ingin membeli coklat mereka. Lepas tu makan pasembur yang area situ, yang tepi laut tu. Selesai pilih, kami tak makan di situ, kami pilih untuk makan di penginapan kami je sambil borak.



Hari last tu, aku dan kawan aku izzah memutuskan untuk menghabiskan masa-masa terakhir kami di Penang dengan bersiar-siar kembali di Jalan Armenian dan makan tengah hari di Jawi House. Nasib baik buka. Kalau tak nangis aku.








Harga RM14.00


Harga RM6.00

Oh ya, kami singgah juga minum ais kepal kat situ. Yang pitstop Pokemon Go. Selesai makan, berehat di taman dia sebelum tempah grab untuk ke stesyen bas.


Sekian saja perjalanan aku ke Penang bersama kawan-kawan aku.

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News