Assalamualaikum dan hi semua!
Aku lupa bagaimana aku tertarik untuk membaca dan membaca. Aku juga tidak pasti apakah ini layak digelar ulat buku sedangkan aku membaca tidak terlalu banyak dan jenis bacaan juga tidak seberat mereka yang pemikir. Tapi yang aku tahu, rumahku miliki banyak buku daripada pelbagai genre. Rak-rak buku memenuhi hampir segenap ruang rumah kami. Mungkin, hidup membesar bersama buku, secara tidak langsung membangkitkan minatku untuk membeli dan membaca buku.
Pertama kali aku ke pesta buku antarabangsa di sekitar tahun 2013/2014 - aku sudah lupa - aku mengikut kakak senior aku ke sana. Dia membawaku kerana tahu akan minatku pada buku. Tapi entah kenapa, aku cuma berlegar-legar di situ tanpa membeli sebuah buku. Mungkin kerana aku pertama kali ke sana dan buntu akan suasana sebenar buku atau mungkin aku tidak punya wang untuk diperuntukkan ke buku, atau mungkin aku tidak tahu apakah buku yang aku mahu beli. Begitulah, hingga dia sedikit kehairanan pada tindakanku itu. Nasib aku tidak pulang dengan sia-sia kerana aku sempat bergambar dengan penulis Ramlee Awang Mursyid yang kebetulan ada disitu.
Kenangan seterusnya terbit pada tahun 2016 dimana aku ketika itu sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat penerbitan buku. Lalu aku secara tidak langsung terlibat dalam menjadi sebahagian mereka dalam Pesta Buku Antarabangsa. Kenangan ini kenangan yang sangat indah dan memberi kesan kepada aku. Aku bertemu ramai orang baru juga mengenal bahan bacaan yang baru. Boleh aku katakan ini merupakan pesta buku termeriah pernah aku hadiri dalam hidup aku. Aku membeli dan menjual. Duitku habis banyak untuk buku dan ketika itu suatu perasaan bahagia menyusup ke dalam diriku. Sedar aku, berhabis untuk buku tidak mengapa.
Kemudiannya, aku meneruskan lagi ke Pesta Buku itu pada tahun kehadapannya 2017, 2018 dan 2019. Cuma di tahun 2019, aku merasakan ada yang kurang. Entah aku tidak pasti. Mungkin kurangnya pada sambutan, atau pada pihak penerbit. Aku merasakan tidak semeriah dulu. Kalau dulu, aku benar-benar merasa wow dan ingin berkunjung setiap hari di Pesta Buku tapi sekarang, aku sepertinya tidak kisah. Oh ya, tahun 2018, aku berjumpa dengan seorang lagi penulis kesayangan aku iaitu Tere Liye, dan berjaya mendapatkan tandatangan berserta merakam gambar bersamanya. Susah ingin ketemunya memandangkan dia tinggal di negara seberang dan dia juga seorang penulis terkenal. Aku benar-benar bersyukur dan juga ada kecewa bila tidak sempat bertemu dengan seorang lagi penulis kesayangan (selain Tere Liye) iaitu Inche Gabbana. Tahun 2018, tahun yang mana Inche Gabbana memutuskan untuk bertemu muka ke muka dengan peminatnya. Tidak mengapa, mungkin memang bukan rezekiku untuk bertemu dengannya. (Tahun ini dia diam dan tidak menulis)
Begitulah coret-coret kenangan ku di Pesta Buku. Tidak banyak yang menarik untuk dikongsikan. Sekadar kongsian buat diri aku di masa hadapan. Cuma aku merasakan saban tahun, genre bacaan aku berubah-ubah. Apakah aku mudah bosan, atau aku makin matang, atau aku inginkan sesuatu baru atau aku sebenarnya sudah berubah?
Aku lupa bagaimana aku tertarik untuk membaca dan membaca. Aku juga tidak pasti apakah ini layak digelar ulat buku sedangkan aku membaca tidak terlalu banyak dan jenis bacaan juga tidak seberat mereka yang pemikir. Tapi yang aku tahu, rumahku miliki banyak buku daripada pelbagai genre. Rak-rak buku memenuhi hampir segenap ruang rumah kami. Mungkin, hidup membesar bersama buku, secara tidak langsung membangkitkan minatku untuk membeli dan membaca buku.
Pertama kali aku ke pesta buku antarabangsa di sekitar tahun 2013/2014 - aku sudah lupa - aku mengikut kakak senior aku ke sana. Dia membawaku kerana tahu akan minatku pada buku. Tapi entah kenapa, aku cuma berlegar-legar di situ tanpa membeli sebuah buku. Mungkin kerana aku pertama kali ke sana dan buntu akan suasana sebenar buku atau mungkin aku tidak punya wang untuk diperuntukkan ke buku, atau mungkin aku tidak tahu apakah buku yang aku mahu beli. Begitulah, hingga dia sedikit kehairanan pada tindakanku itu. Nasib aku tidak pulang dengan sia-sia kerana aku sempat bergambar dengan penulis Ramlee Awang Mursyid yang kebetulan ada disitu.
Kenangan seterusnya terbit pada tahun 2016 dimana aku ketika itu sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat penerbitan buku. Lalu aku secara tidak langsung terlibat dalam menjadi sebahagian mereka dalam Pesta Buku Antarabangsa. Kenangan ini kenangan yang sangat indah dan memberi kesan kepada aku. Aku bertemu ramai orang baru juga mengenal bahan bacaan yang baru. Boleh aku katakan ini merupakan pesta buku termeriah pernah aku hadiri dalam hidup aku. Aku membeli dan menjual. Duitku habis banyak untuk buku dan ketika itu suatu perasaan bahagia menyusup ke dalam diriku. Sedar aku, berhabis untuk buku tidak mengapa.
Kemudiannya, aku meneruskan lagi ke Pesta Buku itu pada tahun kehadapannya 2017, 2018 dan 2019. Cuma di tahun 2019, aku merasakan ada yang kurang. Entah aku tidak pasti. Mungkin kurangnya pada sambutan, atau pada pihak penerbit. Aku merasakan tidak semeriah dulu. Kalau dulu, aku benar-benar merasa wow dan ingin berkunjung setiap hari di Pesta Buku tapi sekarang, aku sepertinya tidak kisah. Oh ya, tahun 2018, aku berjumpa dengan seorang lagi penulis kesayangan aku iaitu Tere Liye, dan berjaya mendapatkan tandatangan berserta merakam gambar bersamanya. Susah ingin ketemunya memandangkan dia tinggal di negara seberang dan dia juga seorang penulis terkenal. Aku benar-benar bersyukur dan juga ada kecewa bila tidak sempat bertemu dengan seorang lagi penulis kesayangan (selain Tere Liye) iaitu Inche Gabbana. Tahun 2018, tahun yang mana Inche Gabbana memutuskan untuk bertemu muka ke muka dengan peminatnya. Tidak mengapa, mungkin memang bukan rezekiku untuk bertemu dengannya. (Tahun ini dia diam dan tidak menulis)
book haul 2019 |
book haul 2018 |