About Me


Assalamualaikum dan Hi semua!

Namaku Najah! Aku seorang blogger (separuh masa atau aku rasa lebih tepat suku masa?) dan juga seorang pereka grafik persendirian. Boleh lihat portfolio aku disini. Aku menulis memakai bahasa melayu baku kerana menurut ku, bahasa melayu itu indah. Jika aku tidak menulisnya maka bila lagi aku akan menggunanya? Tidak mungkin kan aku akan gunanya dalam perbualan harianku? Tapi jangan khuatir kerana aku kadang kala akan campur juga dengan bahasa pasar ataupun bahasa inggeris.

Blog ini asalnya aku memilih nama RealitiHidupKu namun aku tukar kepada TwentyFour memandangkan aku mahu nama blog aku kelihatan catchy dan lebih kekinian. Nama lama aku petik kerana blog ini lebih menumpukan kepada aku semata tapi sekarang tidak lagi kerana aku mungkin akan mempelbagaikan jenis-jenis post. Jadi TwentyFour lagi menarik dan sesuai dengan konsep blog aku sekarang. Kenapa TwentyFour? kerana aku lahir di tanggal dua puluh empat. Hehehe

Aku suka membaca, menonton filem, adakala menulis terutamanya puisi, melukis dan mewarna,  menggambar foto, minum kopi dan juga mengembara. Jadi disebabkan itu, kebanyakkan posting aku di blog ini banyak menjurus kepada minat-minat aku seperti travelog aku ke tempat-tempat yang pernah aku lawati, ulasan aku tentang filem, cafe. Semua itu aku lakukan kerana suka dan lebih kepada ingin berkongsi.


Untuk buku, aku lebih menfokuskan di platform instagram. Kalian boleh lihatnya di instagram aku @jod.reads yang mana aku banyak berkongsikan ulasan-ulasan untuk buku yang telah aku baca.


Untuk bahagian karya, yang seperti cerpen pendek itu, aku menulisnya berdasarkan pemerhatianku kepada kehidupan di sekitar aku. Kerana aku ingin berkongsi tapi mahukan ia dalam pada bentuk cerita supaya lebih santai maka terhasillah karya #KISAHSIAPA. Meskipun karya itu biasa-biasa saja tapi aku berasa puas menulisnya. Begitu juga dengan puisi. Karya aku itu, aku hanya mampu pamerkan mereka di sini memandang aku tidak layak untuk menyertai mana-mana penyertaan. Karya aku tidak sebagus mereka yang lain yang lebih berbakat dari aku. Jadi cukuplah di blog aku sahaja ia diterbitkan.

Untuk kolaborasi bersama, bolehlah hubungi aku di alamat emel najahmustapa@gmail.com. Tidak kurang juga untuk yang ingin mengupah aku sebagai pereka grafik anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin melahirkan sebuah perkenalan dengan aku, boleh lah hubungi aku di mana-mana platform media sosial yang aku di letak blog aku.

Terima kasih kerana sudi singgah dan meluangkan masa di blog TWENTYFOUR ini.

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News