Assalamualaikum dan Hi korang!
Pada awal pendedahan aku ke dunia kopi, aku hanya mengenal kedai kopi dan mesin espresso yang mahal itu saja. Kalaupun teknik lain, aku kurang tahu atau mungkin yang paling basic kaedah bancuh kopi ala kedai jalanan dan ayah-ayah iaitu larutkan kopi dalam air dan tambah gula atau susu. Jika inginkan minum kopi tanpa hampasnya, kena tapis terlebih dahulu. Semua itu bergantung pada jenis kopi yang digunakan kerana ada yang terus larut dalam air, ada yang kekal jadi debu/hampas.
Lama-lama aku kemudiannya mula mengenal bahawa di dunia ini ada pelbagai jenis kaedah brewing kopi samada manual mahupun auto. Lagi senang bila tahu kaedah manual yang mana aku boleh brewing kopi yang enak di rumah. Malah cara ini juga bikin aku bisa lakukan beberapa eksprerimen terhadap rasa kopi aku. Mula dengan jenis kopi, suhu air, masa dan beberapa hal lagi. Seronok juga bila dapat beruji kaji rasa kopi sendiri kerana aku bebas tanpa rasa malu.
Selalunya aku ke kedai kopi untuk mengganjari diri aku dan juga untuk mencuba rasa kopi di satu-satu kedai kopi tersebut. Setiap kedai kopi miliki rasa yang kopi yang berbeza. Maka di persinggahan awal aku di kedai kopi tersebut, aku akan memastikan aku tempah kopi panas yang aku teringin mencuba. Setelah itu baru aku tempah jenis sejuk berais pula tapi itu di persinggahan kedua dan seterusnya. Tambahan pula aku kan suka mengumpul cup kopi yang unik jadi sebab itu menjadi alasan kukuh aku untuk order yang panas. Huhu.
Okay, 2 Alat Brewing Kopi Manual yang termudah itu adalah
1. Plunger (French Press)
kredit |
Alat ini sangat sesuai digunakan buat mereka yang tidak terlalu jago menyeduh kopi dan juga buat mereka yang suka travel. Plunger atau lebih dikenali sebagai French Press miliki cara termudah untuk menghasilkan kopi. Caranya, anda hanya perlu masukkan biji kopi yang sudah dikisar lalu menekannya untuk diminum. Cumanya yang memainkan peranan ialah tahap biji kopi dikisar dan juga masa sebelum menekannya.
"French Press bisa menghasilkan kopi dengan hasil seduhan yang lebih bold, high body, rendah asam dan rasanya lebih pahit. Kopi yang cocok diseduh dengan cara ini adalah Sumatra."Saringan untuk French Press ini lebih besar, jadi memerlukan biji kopi yang dikisar secara kasar, tidak terlalu halus. Ini disebabkan proses pengesktrakannya mengambil masa yang lebih lama iaitu selama 4 minit secara minimum. Selepas 4 minit itu, baru kita bisa menekan biji kopi tadi. Ini untuk hasil yang lebih baik.
2. Drip V60 (Pour Over)
kredit |
Drip V60 ini merupakan salah satu kaedah brewing manual yang sangat popular. Dengan teknik ini, kita bisa mendapat kopi dengan rasa lebih lembut and nyum! Material untuk dripper tu ada pelbagai jenis sepertinya ada yang terbuat daripada plastik, kaca, dan seramik.
Untuk menggunakan kaedah ini (pour over), perlu mengambil kira beberapa hal penting. Salah satunya keseimbangan suhu. Suhunya harus stabil dan tidak berubah. Malah ratio air dan kopi juga harus seimbang. Sebaiknya 20 gram biji kopi halus diekstrak dengan 300 gram air.
Caranya, anda perlu panaskan dulu kertas saringan, dripper dan bekas itu dengan menuang air panas kedalamnya. Setelah itu masukkan biji kopi halus ke dalam kertas saringan. Ratakan ia. Proses untuk mengestrak ini perlu dilakukan selama 2 minit 30 saat dengan dua sesi. Pada 30 saat pertama, kita perlu menuang air sebanyak 100 gram. Kemudian rehat sebentar. Lepas tu, tuangkan lagi 200 gram air dan biarkan ia selama 2 minit. Air itu harus dituang secara perlahan kerana tekanan air yang dituang akan mempengaruhi rasa kopi itu.
Itu salah satu cara, anda boleh lakukan eksperimen terhadapnya. Aku selalu menukar-nukar pemboleh ubahnya dan telah cuba beberapa jenis rasa kopi melalui cara ini. Seronok tau. Anda boleh cari je kaedah V60 pour over ini di internet dan ada pelbagai jenis pembolehubah yang diberi. Ada yang beri suhu itu, ratio itu dan macam-macam.
Kaedah ini mudah dan simple je sebenarnya walaupun bunyi seperti rumit. Boleh cuba di rumah atau di pejabat.
Selamat mencuba brewing kopi sendiri. Moga lebih terasa nikmatnya kopi.
Rujukan :
https://food.detik.com/berita-boga/d-3934823/ini-2-alat-manual-brew-yang-paling-gampang-digunakan