Tiket Flight Untuk Warga Emas!

11:10 AM

Credit
Assalamualaikum dan Hi korang!

Semalam mak aku meminta aku untuk belikan tiket penerbangan dari KBR ke KUL untuk dua orang. Satu untuk mak aku sendiri dan satu lagi untuk nenek aku. Sebelum ini ada dengar yang warga emas akan mendapatkan harga istimewa untuk tiket kapal terbang. Warga emas akan diberi potongan separuh harga. Jadi mak aku suruhlah aku tengok-tengokkan macam mana nak dapatkan potongan separuh harga itu untuk nenek aku.

Lama juga aku mencari, malah aku siap telefon lagi syarikat penerbangan tersebut untuk bertanya. Dari pencarian itu, aku akhirnya jumpa jawapan kepada keistimewaan warga emas ini.

Untuk penerbangan Air Asia, mereka sudah menjawab persoalan tersebut di sini

6. Adakah sebarang diskaun untuk warga tua, kanak-kanak, pelajar atau bayi dalam tempahan berkumpulan?
Tidak, kami tidak menyediakan tambang istimewa untuk warga tua atau pelajar. Tetamu boleh membawa bayi ke dalam pesawat, tertakluk kepada bayaran tetap untuk bayi seperti yang ditunjukkan dalam jadual bayaran.

Rujukan : https://www.airasia.com/my/ms/book-with-us/group-bookings-faq.page

Penerbangan Malaysia Airlines pula, aku telefon pusat pertanyaan mereka dan ini jawapannya

"Maaf cik, kami sudah tidak memberikan potongan separuh kepada warga emas. Jika ada warga emas, cik perlu booking seperti biasa dan pilih dewasa. Dahulu ada keistimewaan itu tapi sekarang kami sudah tidak menyediakannya lagi. Harga warga emas sama dengan harga dewasa biasa."

Manakala untuk Malindo Air pula,

mereka menawarkan diskaun sebanyak 20% kepada warga emas berusia 60 tahun dan keatas. Tapi itu tertakluk pada terma dan syarat. Boleh tengok kat sini
https://www.malindoair.com/promo/Golden-Seniors

Aku hanya cari di 3 penerbangan besar di Malaysia sahaja. Syarikat penerbangan lain mungkin ada disediakan cuma kena rajinkan diri menelefon atau baca di ruangan FAQ mereka.

Harap ini dapat membantu kalian yang nak tempah tiket buat warga emas. Oh ya, sebelum aku terlupa, jika kalian terasa ingin ke Korea tapi buntu nak pergi macam mana, pakai pakej apa semua tu. Ni aku ada cadangan ke untuk kalian. Kalian boleh mengambil pakej ke Korea 2020 dengan ARBA Travel. InshaAllah memuaskan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Pakej ke Korea 2020 ni, bolehlah ke website https://arbatravel.com/

You Might Also Like

8 comments

  1. menarik ni senang lepas ni nak tempah tiket untuk warga emas

    ReplyDelete
  2. Oo dah tiada ye.. apasal dah tiada ye hmmm tak mengapalah. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. aah..cuma pilihan seat tu berhampiran emergency door untuk warga emas dan yang bawa baby..sebab tiap kali gee naik flight ngan kids mesti dekat ngan pintu tu. haha

    ReplyDelete
  4. oo kalau gitu baik malindo la ad jugak diskaun. good sharing najah..

    ReplyDelete
  5. thank u for sharing . God blessed u

    ReplyDelete
  6. thank u for sharing . God blessed u

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News