Assalamualaikum dan hai semua!
Kalau kalian sedia maklum, aku seorang pencinta kopi tapi bukanlah yang tahap professional punya. Jika kenal aku lebih rapat, memang tahu lah aku ni suka minum kopi dan juga jelajah kafe-kafe yang menghidangkan kopi. Tapi untuk sentiasa mengeluarkan duit demi secangkir kopi setiap hari tentulah tidak aku mampu. Secangkir dalam RM15 didarabkan dengan 30 hari. Boleh kurus beg duit aku kalau begitu. Jadi salah satu cara untuk aku tetap dapat menikmati hirupan kopi setiap hari, aku akan membeli kopi untuk dibrew di rumah. Lagi menjimatkan duit aku dan aku juga boleh menambah baik teknik seduh kopi aku.
Untuk kali ini, aku mencuba sebuah jenama kopi bernama Mister Coffee. Buat pengetahuan jenama Mister Coffee bukanlah jenama baru dalam dunia hitam ini. Ia ditubuhkan sejak tahun 1982 lagi dan tahun ini sudah masuk usia 38 tahun penubuhannya. Membawa prinsip menyediakan kopi terbaik, Mister Coffee ni mengimport bijih kopinya dari lebih 25 negara dan daerah. Dia juga memilih bijih yang terbaik dari segi kualiti dan rasa sebelum dibawa ke proses selanjutnya. Kalian boleh ke website Mister Coffee untuk dapatkan kopi terbaik atau mungkin ingin tahu lebih lanjut mengenainya. https://mistercoffee.com.my/
Jadi aku pilih 6 jenis Ground Coffee, 3 jenis BagBrew dan 4 jenis DripBag. Sebenarnya ada banyak pilihan kopi yang kita boleh dapatkan di Mister Coffee. Malah untuk setiap kategori pula, boleh pilih nak kopi yang macam mana. Aku jelaskan sikit pemilihan aku pada kategori kopi ini. Aku selalu seduh kopi memakai method Pour Over, jadi ground coffee ini sesuai untuk aku gunakan dengan teknik aku tu. Kita boleh pilih samada nak dalam bentuk bijih ataupun sudah dikisar. Bagi yang pilih sudah dikisar, kena tengok juga tahap kisaran tu dan pastikan sesuailah dengan teknik yang bakal digunakan kelak. Jikalau kat rumah tiada pengisar untuk kisar bijih kopi, amatlah digalak untuk pilih yang sudah dikisar.
Kalau kalian jenis, nak cepat tapi tetap mahu merasakan kenikmatan seduh kopi dengan teknik pour over ini, bolehlah pilih DripBag. Dripbag ini sesuai juga untuk dibawa travel kerana ia sudah tersedia kopi didalam beg. Yang tinggal cuma dituang air panas kedalamnya. Satu yang yang aku pilih BagBrew ni, dia jenis lagi mudah dan cepat. Sangat sesuai untuk dibawa travel atau kemana-mana. Aku selalu akan bancuh kopi ini ketika di pejabat atau ketika aku malas untuk pakai mana-mana teknik seduhan. Selain daripada pilihan aku, Mister Coffee ada juga jenis pod, kopi hitam biasa dan pelbagai lagi. Ada juga dijual peralatan kopi incase kalian ingin upkan level kalian.
Bila kotak kopi sampai, memang aku terasa teruja habis. Excited tak sabar nak cuba kesemua kopi-kopi ini. Nak menikmati setiap hari aku ke depan dengan secangkir kopi.
Habis pasal ni, kita pergi kepada rasa pula. Sebelum tu, aku bukanlah seorang coffee expert jadi aku akan kongsi berdasarkan lidah aku yang biasa ini. Untuk rasa sebenarnya seperti tasting note semua tu aku tak mahir lagi. Bolehlah kalau ulas sikit-sikit. Aku mulakan dengan BagBrew. Aku beli 3 jenis BagBrew iaitu:
1. Colombia Dark Roast
Tak rasa pahit sangat. Rasa ringan tapi tidak juga terlalu acidic. Bagi aku yang ni sesuai untuk waktu santai. Waktu dimana kita tak inginkan kepahitan yang kuat. Mahu terasa rileks atau enjoy the moments gitu.
2. Italian Style Dark Roast
Yang ni mungkin terasa pahit sikit. Lebih terasa aroma kopinya dan juga rasa nutty sikit. Aku akan minum ni bilamana aku sedang buat kerja lagi-lagi di pejabat. Kalau nak kurangkan rasa kepahitannya boleh tambah gula atau susu. Tambah kuantiti tu mengikut citarasa kalian.
3. Liberica Dark Roast
Okay, yang ni rasa paling pahit antara ketiga-ketiga ni. Tapi aku suka juga rasa kepahitannya. Aku akan minum ni untuk fokus dalam kerja aku atau ketika nak dapat inspirasi. Selalu aku minum je tanpa tambah gula.
Boleh ke laman web Mister Coffee kerana kat situ pun ada juga cadangan hidangan yang boleh kita gunapakai https://mistercoffee.com.my/coffee-products/bagbrew-single-serve-coffee/
Kita lanjut ke DripBrew pula, ada 4 jenis iaitu
1. Ethiopia Yirgacheffe Gr. 1
Ethiopia ni dia rasa fruity, clean dan manis-manis skit. Tapi masih balance acidic dia. Aku minum ni, terasa nyaman dan down to earth feeling dia. Ni kalau minum kala senja memang rasa nice dan akan menikmati detik-detik senja tu.
2. Costa Rica SHB Tarrazu
Untuk Costa Rica ni aku masih blur sebenarnya rasa dia. Tapi aku merasalah fruity dia dan asam skit sebab acidic. Kalau ikutkan tasting note yang diberi, kita akan dapat merasa buah Nektarin, Pic dan Ceri. Tapi bila aku tambah gula sikit, aku tetap dapat menikmati aroma dan rasanya.
3. Indonesia Sumatra Mandheling Gold
Kopi daripada Indonesia ini antara yang terkenal juga kerana tanahnya yang kaya dengan mineral. Minum ni kita akan dapat merasa winey, coklat, dan acidic skit. Atau lebih tepat kita merasa nutty tapi tetap rasa rempahnya. Konsisten dan seimbang untuk setiap hirupan yang kita minum gitu.
4. Colombia Finca La Esperanza
Colombia ni aku boleh katakan dia ringan, clean dan citrusy. Yang ni pun nice juga untuk minum bila taknak rasa pahit yang kuat sangat.
Seterusnya ke kita ke ground coffee. Aku pilih set 6 dalam satu dimana dalam tu ada 6 jenis yang berbeza. Harga pun tak mahal dan berbaloi sangat. Aku pilih saiz grind yang medium. Link di sini https://mistercoffee.com.my/buynow/beans-and-grounds/espresso-series/mister-coffee-signature-house-blend-trial-pack-6-in-1-200g/ . 6 jenis tu ialah :
1. Super Bar
Kita akan merasa citrus fruity untuk Super Bar ni ditambah pula ia menggunakan seratus persen bijih arabica. Jadi lagi mewujudkan rasa smooth dan consistency dalam setiap hirupan.
2. Gold
Untuk Gold, memang sesuai dicampur susu kerana kalau diminum begitu sahaja terasa strong dan bold. Rasa coklat, nutty yang kalau bahasa lain nya mungkin terasa kepahitan. Nasib baik juga cuma 20 persen bijih Robusta digunakan jadi tidak terlampau strong dan pekat. 80% lagi bijih arabica.
3. Classic
Classic ni rasa dia strong skit. Kalau jenis yang tak suka strong taste atau too nutty, mungkin akan kurang gemar Classic ni. Tapi jangan bimbang sebab kalau ditambah dengan teh atau coklat, rasanya akan terus jadi bertambah sedap. Masih strong meskipun rasa lain sikit.
4. Pearl
Pearl ni pun sama. Rasanya bold dan strong tapi kurang sikit berbanding Classic. Mungkin disebabkan peratusan bijih Robusta dan Arabica yang sama menghasilkan ia rasa yang kuat dengan tobacco dan koko.
5. Royal
Kalau nak rasa yang fruity,boleh lah cuba Royal ni. Royal ni tak pahit dan rasa flora bila minumnya. Walaupun begitu, rasa acidicnya masih lagi well balance dan tidak terlalu kuat.
6. Bar
Last but not least, yang ni rasa macam campuran rasa buah dan coklat. Sedap juga kerana bagi aku Bar ni seimbang. Antara pahit dan acidic, menjadikan ia macam sebuah pelarian bila kita taknak rasa yang strong atau yang too fruity.
Itulah serba sedikit perkongsian aku tentang rasa kopi Mister Coffee ini. Aku sangatlah menggalakkan kalian beli dan cuba sendiri rasa kopi tu supaya kalian tahu kenikmatan setiap rasa. Kalau nak beli, bolehlah beli di sini https://mistercoffee.com.my/buynow/