#TRAVELOG ke Padang Indonesia Part 1
12:51 AMAssalamualaikum,
Baru-baru ni aku ada melakukan pengembaraan bersama empat lagi temanku ke suatu tempat yang begitu mempersonakan. Eh, lupa pendahuluan.
Terasa lama sudah aku tidak kemaskini [baca : update] blog ini. Almaklumlah, aku sibuk menghabiskan sisa tahun akhir sebagai pelajar, yang akhirnya berjaya juga dihabiskan. Jadi sebagai ganjaran (kononnya) untuk kami yang berperih susah selama 3 tahun sebagai pelajar ijazah, kami pun berpakatlah untuk memanjakan diri kami dengan sesuatu yang akan melarikan kami dari dunia yang kami berada sekarang.
Pada dasarnya, kami bercadang untuk ke krabi tapi tak jadi. Sebenarnya bukan krabi je, banyak jugalah pilihan destinasi yang kami cadang. Antaranya krabi, phuket, kemboja, sabah, yogja dan beberapa lagi destinasi bajet yang lain. Tempat-tempat yang dipilih ni bukanlah dipilih sesuka hati tapi berdasarkan keunikan yang tersendiri seperti krabi dan phuket kerana pantai, sabah dan yogja kerana panorama, kemboja dan yang lain kerana kesibukan kota.
Kemudiannya, kami teringat salah seorang teman kami kampungnya di Padang, Indonesia. Jadi kami berlima pun memilih untuk ke Padang, Indonesia atas dasar kawan kami yang boleh memandu arah kami di sana. Rancang punya rancang, meskipun awalnya mengalami kesulitan sikit, kami berjaya juga ke sana dan Alhamdulillah balik dengan selamat. (Kawan kami tu tak jadi ikut sebab ada hal keluarga, yang menyebabkan kami berlima ini berdikari jugalah ketika berada di sana)
Untuk ke padang ni, anda boleh pilih samada mahu terbang dengan airasia ataupun malindo air. Malang bagi anda kerana Malaysia airlines tidak menyediakan penerbangan ke sana. Hahahaha. Gelak jahat. Aku dan teman aku pilih airasia memandang airasia je paling murah antara yang lain. Kebetulan pula ketika itu ada promosi. Dapatlah harga dalam RM70 satu hala. Kalau harga biasa, barangkali dalam RM100 lebih untuk satu hala.
Panjang pula aku berceloteh. Baiklah, aku akan nyatakan kat sini jumlah belanjawan aku dan teman-teman aku yang mana ini termasuk penginapan, tiket pergi balik, dan pengangkutan.
Untuk tiket penerbangan, kami beli berasingan pergi dan balik. Kata kawan aku, kononnya lagi murah. Tapi saranan aku, kalau masa tu promosi beli je sekaligus terus sebab sama je harganya. Kalau beli berasingan, bimbang lagi mahal sebab promosi mungkin habis dan harga meningkat mahal.
Tiket Pergi (termasuk 20kg luggage) = RM140
Tiket Balik (termasuk 20kg luggage) = RM212
Bagi pengangkutan pula, kami memilih supir Arman. Nak pilih agensi pelancongan tapi mahal jadi pilih supir aja. Supir ni pemandu. Dia hanya membawa kita ke tempat yang kita nak pergi. Semasa kami sampai sana, ternyata adik pak Arman, bang Amri yang datang ambil kami. Dialah yang menjadi supir kami selama 5 hari di sana. Orang yang baik dan lawak. Meskipun lawak hambar tapi tetap best dengan dia. Nie kasi nombor kalau-kalau korang nak pergi sana nanti.
Pak Arman : +62 853-7417-6166
Pak Amri : +62 813-7422-8383
Harga dalam RM140 seorang.
Harga keseluruhan RM700
Hotel pada mulanya kami pilih Graha Muslim Hotel dan Lorent La Villa. Tapi disebabkan beberapa hal, kami terpaksa batalkan penempahan dengan Lorent La Villa dan memilih hotel lain ketika di sana.
Hotel Graha Muslim 2 Malam (2 Bilik Single 2 orang) RM40 seorang.
(tapi kami kena tambah duit dalam IDR20 000 untuk penambahan lebih orang)
Hotel Lorent La Villa (2 bilik saiz deluxe) RM49 seorang.
Hotel Hasiba (1 bilik 5 orang) IDR350 000 lima orang
Hotel Maharani (1 bilik 5 orang) IDR200 000 lima orang
Jadi keseluruhannya dalam RM574 seorang.
Okay jugalaa tu walaupun lebih bajet dari sudut tiket balik tu. Meh, aku nak cerita sikit pasal hotel yang aku duduk tu. Keseluruhannya, Hotel Hasiba menduduki tangga teratas dalam carta hotel kami. Bilik yang bersih dan cantik, bilik airnya walaupun kecil tapi lengkap dengan air panas (kat bukit tinggi sejuk), sarapan pagi yang enak. Boleh dikatakan hotel bajet yang sempurna. Tiada sebarang komplain daripada kami berlima.
Kemudiannya Graha Muslim nie sedikit kecewa. Mungkin bukan sedikit tapi banyak kecewa. Indah kabar dari rupa. Dalam gambar nampak cantik je bilik dia tapi ternyata tidak. Dahlah mula-mula masuk kami dalam 2 bilik yang berlainan padahal sepatutnya dapat 2 bilik yang sama. Rupa-rupanya hari kedua kami kena berpindah ke bilik yang sepatutnya kami dapat. Leceh jugaklaa sebab pagi tu awal pagi kami dah kena gerak berjalan-jalan. Bilik pertamanya, luas macam bilik family tapi kondisinya tampak buruk. Yang kedua plak, memang bilik dua katil single tapi ya Ampun tandasnya.Posisi punca air dengan jamban jauh nun di sana. Memang parah jugalaa kalau nak membuang. Tidak disediakan paip tapi ada besen dan gayung. Yang lagi mengecewakan, kedua-dua bilik tu, air tiada. Sekejap ada sekejap tiada. (Ingatkan dah pindah bilik baru, adalaa air. Rupanya hampeh) Bukan setakat tu, bilik yang satu lagi pun tiada air, jadi kami terpaksa berjimat air dan saling berkongsi. Sarapannya pula sedikit kotor. Aku jumpa 3 helai rambut kot dalam 3 cebisan nasi impit. (sarapan paginya lontong) Memang tak berseleralaa kami berlima untuk makan pagi bagi dua hari.
Terakhirnya Hotel Maharani. Yang nie memang hotel paling bajet dan kami ketika itu dah malas nak pilih hotel. Sebab kena cari yang murah dengan baki jumlah wang yang ada. Supir tu cadang hotel tu, kami masuk tengok dan terus setuju. Serius dah malas sangat ketika tu. Luar hotel tu nampak cantik tapi dalamnya macam rumah surabaya yang lama. Dengan banyak habuknya, kemudahan yang memang di tahap rendah. Nasib baiklaa sekejap je kami tinggal kat hotel tu, kalau tak memang taknaklaa duduk di situ. Tandasnya ada kolah tapi jamban nya tercabut tempat duduk tu. (boleh bayang tak? memang sakit juga laa bontot untuk duduk ketika nak membuang) Plug dia ada satu je yang mana suis kipas dan lampu berkongsi pada plug yang satu itu. Dhaif betul situasi kami ketika itu tapi memikirkan hanya semalaman tinggal, sebab besok paginya terus ke airport jadi kami dah tak kisah.
Maaf sebab tiada gambar untuk ketiga-tiga hotel. Tak sempat nak ambil.
Dah laa, aku malas nak tulis. Nantikan next post aku tentang perjalanan dan makanan di sana. Sebarang pertanyaan bolehlaa tinggalkan di ruangan komen di bawah.
0 comments
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen