Salam Semua!!!
Time nie tibe2 rase nak posting pasal Nenek.Aku ade seorang nenek. sepatutnya ada 2 tapi aku tak sempat melihat wajah nenekku yang sorang lagi. Datuk pun ak tak pernah rase kehadirannya dek telah meninggal terlebih dulu tanpa saying GoodBye untuk aku.Jadi tinggallah aku mengukir kenangan dengan nenekku nie.Aku panggil nenek ku nie dengan panggilan Che.Aku sayang sangat kat die dan sayang yang ketat2.Dia menjaga aku sejak aku kecil hinggalah aku tamat alam persekolahan.Dulu, time orang dengki dengan aku, then diorang buli aku, aku sering mengadu kat nenek aku.Sebab dia seorang yang penyayang.Semua benda yang aku nak dia tolong belikan.~tu waktu hingusan, sekarang tak lagi~ Mase kecik2 dulu pun, dia selalu bawak aku ke surau berdekatan dan aku pun selalu teman dia ke pasar dan bandar.Aku suka semua bende tu.Naik bas, teksi dan tunggu untuk mendapatkan pengangkutan ke bandar.Best giler.Then, bile aku nak melangkah ke alam sekolah menengah, dia selalu support aku.Semua family aku beria-ia cari sekolah yang terbaik untuk aku dan mereka jumpa Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah yang dimana sekolah nie merupakan sekolah pertama yang menggabungkan elemen sains dan alQuran dan yang pertama menggalakkan seorang perempuan untuk menghafaz Quran.Sebab nenek aku nak aku masuk sekolah nie so, dia doa agar aku masuk sekolah yang terbaik untuk aku.
Bile cuti jer, dia senang aku dapat pulang.Selalu mendoakan aku tiap kali aku exam.Buat pulut kuning kat aku mase aku khatam.Doakan agar aku berjaya habis Quran dan berjaya dalam hidup.Tahu makanan kegemaran aku.Mendoakan aku semasa aku melakukan ibadah umrah.And, bile aku nak pulang semula ke asrama dia dengan ringan tangan menghulurkan sedikit wang poket untuk aku.Aku sayang kat nenek aku. Sekarang nie, dia masih lagi sihat, boleh berjalan dan sentiasa bangun malam untuk bertahajjud.Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang kau kurniakan. Disaat Kau menguji beliau dengan penyakit, hatiku terasa sayu dan turut merasai kesakitan itu.Tapi ku yakin Kau lebih Mengetahui sesuatu.Ya Allah, Kau panggila dia di saat Dia menyerah dirinya padaMu, di saat dia mengingatiMu.
~so bagi korang yang masih ade nenek, hargailah die walaupun dia panas baran ataupun x layan korang.~