Assalamualaikum dan hi semua!
Kafe Terbaik yang Wajib Singgah di Kelantan | Aku ingin kongsikan kepada kalian beberapa kafe yang kool, hipster dan menarik yang pernah aku singgah sepanjang aku berada di Kelantan atau lebih tepat Kota Bharu. Kafe-kafe ini memiliki daya tarikan yang tersendiri dan berjaya memikat hati aku untuk mengopi di sana. Jangan risau pada status halal haramnya kerana status untuk kesemua kafe ini yang aku nyatakan ini halal.
Kafe-kafe ini aku pergi kerana aku jatuh hati pada kopi dan ingin merasa pelbagai rasa kopi dari setiap kedai. "I'm not coffee expert but just coffee lover" . Oh ya, ini hanya pandangan peribadi aku, jadi mungkin selera kita masing-masing tak sama.
1. The Bold Lab
Kafe ini antara kafe yang aku gemari. Mungkin kerana aku yang mula jatuh cinta pada kopi menyebabkan aku menjadikan kafe ini pilihan terbaik untuk hirup secangkir espresso. Menghidangkan bijih kopi yang bergred [specialty-grade coffee], The Bold Lab juga turut menyediakan hand-brewed coffee menggunakan pelbagai teknik seperti 'pourover', 'aeropress' dan beberapa lagi. Mungkin aku akan singgah lagi untuk beberapa kali untuk belajar tentang teknik-teknik ini dan merasa kopi melalui teknik ini.
The Bold Lab punya design dalaman berkonsepkan ala-ala makmal atau lebih tepat aku katakan seperti tempat uji kaji kopi. Selain itu, ia juga menggabungkan seni mural serta beberapa seni lukisan yang lain untuk menghiasi dan menaikkan lagi keceriaan kedai. Kalau bahasa modernnya, anda akan merasa hipster jika berada di dalamnya dan instagram-worth. Cewaaahh..
Tapi ia bukan sekadar kopi semata, The Bold Lab juga turut menghidangkan minuman yang bukan berasaskan kopi serta mocktail. Malah setiap cangkir yang dihidangkan begitu menarik persembahannya. Kita akan merasa hangat dan segar untuk setiap gelas/cawan yang dihirup. Untuk makanan pula, anda akan mendapati pelbagai pilihan makanan barat dan beberapa jenis kek dan pencuci mulut yang disediakan. Aku paling suka pada kek tiramisunya kerana perasa kopi yang menyerlah tapi tidak menenggelamkan rasa kek.
Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari 11pagi - midnight (Fri 9am, Sat 10am)
Harga : Standard Kafe
2. Drum & Desk
Kafe ini baru sahaja dibuka pada 20 Julai 2018, hari jumaat. Walaupun masih baru tapi kafe ini sudah menjadi top 1 kafe kegemaran aku. Pertama mendapat kabar pasal kafe ini, aku telah jatuh cinta seperti ada daya yang menarik aku untuk cepat-cepat singgah kafe Drum & Desk ni. Dan bila aku terus ke situ, tak syak lagi, kafe ini memang terbaik dan memuaskan hati aku serta perasaan cinta aku pada kopi.
Drum & Desk juga turut menyajikan bijih kopi yang bergred [specialty-grade coffee] dalam setiap minuman berkafeinnya menjadi setiap gelas dihirup terasa nyaman. Aku minum espresso dan cappucino di situ dan itu cukup membahagiakan aku hari itu. Kalian boleh mencuba nitro beng yang istimewa daripada Drum & Desk. Selain daripada minuman berkafein, boleh juga cuba minuman lain ataupun cuba shaved ice dia. Yang itu memang sedap. Aisnya lembut, kreami, ala-ala aiskrim pun ada tapi yang pasti sejuk menyedapkan.
Menu makanan disitu menu barat dengan harga yang agak mahal. (Aku tahu kalian memang nak murah je memanjang tapi dengar dulu ya) Walaupun kalian rasa mahal, tapi makanan sangat berbaloi. Dari segi rasa dan portion memang puas. Rasa yang menyelerakan dan menepati citarasa aku buatkan aku kenyang makan. Mak aku dan adik pun seronok dan nikmati setiap suapan makanan yang kami cuba. Masing-masing cakap berbaloi.
Hiasan dalaman Drum & Desk mengetengahkan konsep co-working & micro-roastery. Berlatarkan 2 tingkat, kafe ini membawa setiap mereka yang masuk ke dalam dapat memiliki ruang tersendiri samada berseorangan, berpasangan, ataupun berkeluarga dan ramai. Malah turut menyediakan ruang untuk mereka freelancer, atau yang ingin membuat kerja di situ. Dan sepertinya Drum & Desk ini termasuk dalam kategori kafe hipster dan instagram-worth.
Waktu Operasi: Buka setiap hari 10am—10pm
Harga : Standard Kafe
3. Kopi Mesin
Memakai tagline "Kopi Premium, Harga Marhaen", Kopi Mesin berjaya membuktikannya dengan menyediakan kopi dengan harga yang murah. Kerana harganya yang murah bermula RM5, Kopi Mesin menjadi pilihan tempat untuk lepak dan santai. Ini benar-benar mengundang rasa riang ria pada mereka yang ingin mencicip kopi tapi tidak mampu untuk yang mahal-mahal.
Bermula dengan cawangan di Kubang Kerian, Kopi Mesin meluaskan cawangannya dengan membuka satu lagi kedai di depan Billion. Aku sendiri sudah banyak kali menjejakkan kaki ke sini bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Cuma kedai di Kubang Kerian kecil sedikit berbanding di Kota Bharu. Dekorasi dalamannya juga simple tapi cantik di dua-dua cawangan. Kita akan terasa suasana santai dan hangat untuk meluangkan masa di situ.
Disebabkan aku dah beberapa kali pergi, aku sudah mencuba lebih dari 3 jenis kopi di situ dan kesemuanya memuaskan hati aku. Berbaloi dengan harga dan rasa, membuatkan aku akan ke sana lagi untuk menghirup kopi. Selain dari kopi yang ada banyak jenis, minuman non kafein juga disajikan disana berserta makanan-makanan lain seperti makanan berat, kek, dan pencuci mulut (Makanan pun harga murah tau). Dah sampai sini, cubalah kopi premium dia yang kalian tak pernah jumpa di mana-mana kedai kopi. Rasa dia takkan mengecewakan. Kalian yang bukan penggemar kopi pun boleh cuba.
Cawangan Kubang Kerian
Lot 572 Batu 3½, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari 12pm until 1:00am
Cawangan Kota Bharu
4663B, Jalan Sultan Yahya Petra, Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari 10am-1am
Harga : Murah
4. Arnold Cycling Cafe
Now, come my next favourite cafe in Kelantan! With tagline "We Serve Good Coffee", Arnold Cycling Cafe really prove it. Kenapa aku kata begitu, kerana setiap elemen yang dipersembahkan sangat memikat hati aku. Bermula dengan kedai di KB Mall hinggalah beralih ke sebuah kedai, Arnold sentiasa memberikan yang terbaik. Lebih-lebih lagi tarikan Arnold yang kreatif menghidangkan sajiannya dengan berbentuk tulisan di piring atau seni latte yang berbeza dari kebanyakkan kafe.
Pelbagai pilihan cafe, kek dan makanan boleh didapati di Arnold Cycling Cafe. Tidak lupa juga untuk minuman yang non-kafein. Hari itu aku mencuba kek coklat dan air coklat panas dan menyangka aku merasa manisan berlebihan tapi ternyata tidak. Rasa itu benar-benar memukau hati aku. Rasa coklat dari coklat panas dan kek tidak begitu manis tapi tidak tawar. Kita dapat menikmati manis dan pahit coklat dalam itu.
Hiasan dalamannya sumpah hispter dan instagrammable sangat. Klasik, vintage dan tetap mengutamakan elemen utama iaitu basikal dalam dekorasinya. Kita akan merasai suasan santai, nyaman dan tenang di dalamnya. Nak buat kerja, bermesyuarat, hangout dengan teman-teman sangatlah sesuai dilakukan disini.

5. Tiny Elephant
Mencari-cari tempat yang menghidangkan pencuci mulut dan manisan yang terbaik? Makanya, terjahlah ke Tiny Elephant. Kafe ini juga menyajikan aiskrim yang soft dan sedap dengan beberapa jenis perasa serta toppings. Kita juga boleh pilih samada nak dihidangkan dengan cup atau by cone aiskrim tu. Untuk pencuci mulut yang lain, anda boleh dapatkan waffle yang benar-benar tempting. Kalau bernasib baik (jika tak habis lagi), anda juga bakal menikmati kek yang unik dan cantik. Iya, tengok saja gambar kek di instagramnya sudah mampu buatkan anda start enjin kereta dan langsung ke sana.
Hiasan dalamannya berkonsepkan minimalis dan juga lebih pada instagrammable. Sangat cantik dan bersih. Kita seperti memasuki dunia lain iaitu dunia manisan didalamnya. Betul, lebih-lebih lagi persembahan sajiannya yang cantik membuatkan kita tak berhenti untuk menggambil gambar. Tiny Elephant juga menyediakan minuman kopi, dan bukan kafein yang termasuk mocktail. Jadi kalau terasa nak makan yang manis-manis, makanya Tiny Elephantlah tempatnya.
Cawangan Kota Bharu
1122, T/B, Jalan Tengku Petra Semerak, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Cawangan Wakaf Che Yeh
Tingkat 1, Atas Old Town White Coffee, Depan Pasar Wakaf Che Yeh
Waktu Operasi:
2.30-11.30pm (Sun to Wed, Sat)
12.30pm-12am (Thurs)
2.30-12am(Fri)
Harga : Standard Kafe (sederhana)
6. Jules Kuchen
Daya tarikan Jules Kuchen ini bagi aku terletak pada keknya. Iya, kek dari Jules Kuchen sedap dan berbaloi, dan memberikan alternatif baru kepada anda yang asyik-asyik ke Secret Recipe jika mencari kek. Ada beraneka jenis kek yang anda boleh dapati di situ, serta beberapa pencuci mulut yang lain. Jules Kuchen juga menyediakan makanan berat seperti nasi, spaghetti dan lain-lain lagi. Kiranya, makan kenyang-kenyang saja di sini. Semua ada. Dari segi minuman, ia juga turut menghidangkan kopi, dan minuman lain.
Aku boleh katakan Jules Kuchen ini kafe ala kopitiam. Sebab semua ada. Cuma untuk dekorasinya memang minimalis dan clean. Cantik untuk bergambar dan menyantai bersama keluarga. Pastikan anda pergi pada waktu yang sesuai, kerana kalau tidak, anda mungkin tidak dapat tempat duduk dan perlu menunggu macam aku kena hari tu.
Waktu Operasi: Buka setiap hari 11am to 12am (kecuali Selasa)
Harga : Standard Kafe (Sederhana)
7. KB Brewster
Satu lagi kafe yang menghidangkan kopi dengan harga lebih murah berbanding yang lain. KB Brewster menyediakan espresso based coffee dan manual brewing coffee sebagai fokus utamanya. Tapi usah bimbang kerana ia ada juga menyediakan minuman yang non-kafein bagi mereka yang tidak bisa minum kopi. Menu kopi terbahagi kepada dua bahagian, dimana ada menu untuk kopi beng serta menu untuk kopi lain seperti frappe. Untuk makanan pula, tidak banyak pilihan tapi cukup untuk bersantai dan nikmati masa di situ. Kb Brewster turut menyediakan aneka kek buat pelanggannya yang ingin kesegaran sambil mengopi.
Dekorasi dalaman kedainya cantik dan seperti gaya hipster. Jika tak ramai orang, bolehlah nak bergambar dengan latar belakang kedai tapi jarang rasanya kedai tu selalu ramai.
Waktu Operasi: Buka setiap hari (kecuali Jumaat)
1.30am-7.00pm
8.30pm - 12am
Harga : Murah
8. Kopi dan Pasta
Seperti mana namanya, seperti itulah menunya. Aku cuba kafe ini semasa menyinggah di rumah kawan aku lalu kami pun terus melepak di kafe ni. Melihat menunya, kami gelak kerana straight forward. Jangan mengharapkan lebih atau mengidam nak makan benda lain. Tapi meskipun begitu, rasanya tetap berbaloi dengan harga. Portionnya banyak dengan air kopi yang lazat memang ummpphh.. Oh ya, Kopi dan Pasta ada juga menyediakan minuman selain kopi. Kalau tak mahu minum kopi, cuba aja minuman yang lain.
Waktu Operasi: Buka pada
0100PM - 1000PM (sabtu-khamis)
0430PM - 1030PM (jumaat)
Harga : Biasa
Bahagian kedua kafe menarik di Kota Bharu
https://www.najahmustapa.com/2019/06/kafe-menarik-wajib-singgah-di-kota.html
Sekiranya kalian ada cadangan kafe yang menarik untuk aku singgahi, bolehlah tinggalkannya di ruangan komen di bawah. Terima Kasih dan selamat Cafe hunting!
Kafe Terbaik yang Wajib Singgah di Kelantan | Aku ingin kongsikan kepada kalian beberapa kafe yang kool, hipster dan menarik yang pernah aku singgah sepanjang aku berada di Kelantan atau lebih tepat Kota Bharu. Kafe-kafe ini memiliki daya tarikan yang tersendiri dan berjaya memikat hati aku untuk mengopi di sana. Jangan risau pada status halal haramnya kerana status untuk kesemua kafe ini yang aku nyatakan ini halal.
Kafe-kafe ini aku pergi kerana aku jatuh hati pada kopi dan ingin merasa pelbagai rasa kopi dari setiap kedai. "I'm not coffee expert but just coffee lover" . Oh ya, ini hanya pandangan peribadi aku, jadi mungkin selera kita masing-masing tak sama.
1. The Bold Lab
Kafe ini antara kafe yang aku gemari. Mungkin kerana aku yang mula jatuh cinta pada kopi menyebabkan aku menjadikan kafe ini pilihan terbaik untuk hirup secangkir espresso. Menghidangkan bijih kopi yang bergred [specialty-grade coffee], The Bold Lab juga turut menyediakan hand-brewed coffee menggunakan pelbagai teknik seperti 'pourover', 'aeropress' dan beberapa lagi. Mungkin aku akan singgah lagi untuk beberapa kali untuk belajar tentang teknik-teknik ini dan merasa kopi melalui teknik ini.
Aku ada merakam beberapa detik di Bold Lab ketika keluar melepak dengan kawan-kawan aku.
Tapi ia bukan sekadar kopi semata, The Bold Lab juga turut menghidangkan minuman yang bukan berasaskan kopi serta mocktail. Malah setiap cangkir yang dihidangkan begitu menarik persembahannya. Kita akan merasa hangat dan segar untuk setiap gelas/cawan yang dihirup. Untuk makanan pula, anda akan mendapati pelbagai pilihan makanan barat dan beberapa jenis kek dan pencuci mulut yang disediakan. Aku paling suka pada kek tiramisunya kerana perasa kopi yang menyerlah tapi tidak menenggelamkan rasa kek.
Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari 11pagi - midnight (Fri 9am, Sat 10am)
Harga : Standard Kafe
2. Drum & Desk
Kafe ini baru sahaja dibuka pada 20 Julai 2018, hari jumaat. Walaupun masih baru tapi kafe ini sudah menjadi top 1 kafe kegemaran aku. Pertama mendapat kabar pasal kafe ini, aku telah jatuh cinta seperti ada daya yang menarik aku untuk cepat-cepat singgah kafe Drum & Desk ni. Dan bila aku terus ke situ, tak syak lagi, kafe ini memang terbaik dan memuaskan hati aku serta perasaan cinta aku pada kopi.
Drum & Desk juga turut menyajikan bijih kopi yang bergred [specialty-grade coffee] dalam setiap minuman berkafeinnya menjadi setiap gelas dihirup terasa nyaman. Aku minum espresso dan cappucino di situ dan itu cukup membahagiakan aku hari itu. Kalian boleh mencuba nitro beng yang istimewa daripada Drum & Desk. Selain daripada minuman berkafein, boleh juga cuba minuman lain ataupun cuba shaved ice dia. Yang itu memang sedap. Aisnya lembut, kreami, ala-ala aiskrim pun ada tapi yang pasti sejuk menyedapkan.
Menu makanan disitu menu barat dengan harga yang agak mahal. (Aku tahu kalian memang nak murah je memanjang tapi dengar dulu ya) Walaupun kalian rasa mahal, tapi makanan sangat berbaloi. Dari segi rasa dan portion memang puas. Rasa yang menyelerakan dan menepati citarasa aku buatkan aku kenyang makan. Mak aku dan adik pun seronok dan nikmati setiap suapan makanan yang kami cuba. Masing-masing cakap berbaloi.
Hiasan dalaman Drum & Desk mengetengahkan konsep co-working & micro-roastery. Berlatarkan 2 tingkat, kafe ini membawa setiap mereka yang masuk ke dalam dapat memiliki ruang tersendiri samada berseorangan, berpasangan, ataupun berkeluarga dan ramai. Malah turut menyediakan ruang untuk mereka freelancer, atau yang ingin membuat kerja di situ. Dan sepertinya Drum & Desk ini termasuk dalam kategori kafe hipster dan instagram-worth.
Alamat: 2055, Lorong Taman Sari 2, Taman Sari, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari 10am—10pm
Harga : Standard Kafe
3. Kopi Mesin
Memakai tagline "Kopi Premium, Harga Marhaen", Kopi Mesin berjaya membuktikannya dengan menyediakan kopi dengan harga yang murah. Kerana harganya yang murah bermula RM5, Kopi Mesin menjadi pilihan tempat untuk lepak dan santai. Ini benar-benar mengundang rasa riang ria pada mereka yang ingin mencicip kopi tapi tidak mampu untuk yang mahal-mahal.
Bermula dengan cawangan di Kubang Kerian, Kopi Mesin meluaskan cawangannya dengan membuka satu lagi kedai di depan Billion. Aku sendiri sudah banyak kali menjejakkan kaki ke sini bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Cuma kedai di Kubang Kerian kecil sedikit berbanding di Kota Bharu. Dekorasi dalamannya juga simple tapi cantik di dua-dua cawangan. Kita akan terasa suasana santai dan hangat untuk meluangkan masa di situ.
Disebabkan aku dah beberapa kali pergi, aku sudah mencuba lebih dari 3 jenis kopi di situ dan kesemuanya memuaskan hati aku. Berbaloi dengan harga dan rasa, membuatkan aku akan ke sana lagi untuk menghirup kopi. Selain dari kopi yang ada banyak jenis, minuman non kafein juga disajikan disana berserta makanan-makanan lain seperti makanan berat, kek, dan pencuci mulut (Makanan pun harga murah tau). Dah sampai sini, cubalah kopi premium dia yang kalian tak pernah jumpa di mana-mana kedai kopi. Rasa dia takkan mengecewakan. Kalian yang bukan penggemar kopi pun boleh cuba.
Alamat:
Cawangan Kubang Kerian
Lot 572 Batu 3½, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari 12pm until 1:00am
Cawangan Kota Bharu
4663B, Jalan Sultan Yahya Petra, Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari 10am-1am
Harga : Murah
4. Arnold Cycling Cafe
Now, come my next favourite cafe in Kelantan! With tagline "We Serve Good Coffee", Arnold Cycling Cafe really prove it. Kenapa aku kata begitu, kerana setiap elemen yang dipersembahkan sangat memikat hati aku. Bermula dengan kedai di KB Mall hinggalah beralih ke sebuah kedai, Arnold sentiasa memberikan yang terbaik. Lebih-lebih lagi tarikan Arnold yang kreatif menghidangkan sajiannya dengan berbentuk tulisan di piring atau seni latte yang berbeza dari kebanyakkan kafe.
Pelbagai pilihan cafe, kek dan makanan boleh didapati di Arnold Cycling Cafe. Tidak lupa juga untuk minuman yang non-kafein. Hari itu aku mencuba kek coklat dan air coklat panas dan menyangka aku merasa manisan berlebihan tapi ternyata tidak. Rasa itu benar-benar memukau hati aku. Rasa coklat dari coklat panas dan kek tidak begitu manis tapi tidak tawar. Kita dapat menikmati manis dan pahit coklat dalam itu.
Hiasan dalamannya sumpah hispter dan instagrammable sangat. Klasik, vintage dan tetap mengutamakan elemen utama iaitu basikal dalam dekorasinya. Kita akan merasai suasan santai, nyaman dan tenang di dalamnya. Nak buat kerja, bermesyuarat, hangout dengan teman-teman sangatlah sesuai dilakukan disini.
Alamat: Lot 258-260, Tingkat Bawah, Jalan Kebun Sultan, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu Operasi: Buka setiap hari 10am-1am
Harga : Standard Kafe
5. Tiny Elephant
Mencari-cari tempat yang menghidangkan pencuci mulut dan manisan yang terbaik? Makanya, terjahlah ke Tiny Elephant. Kafe ini juga menyajikan aiskrim yang soft dan sedap dengan beberapa jenis perasa serta toppings. Kita juga boleh pilih samada nak dihidangkan dengan cup atau by cone aiskrim tu. Untuk pencuci mulut yang lain, anda boleh dapatkan waffle yang benar-benar tempting. Kalau bernasib baik (jika tak habis lagi), anda juga bakal menikmati kek yang unik dan cantik. Iya, tengok saja gambar kek di instagramnya sudah mampu buatkan anda start enjin kereta dan langsung ke sana.
Hiasan dalamannya berkonsepkan minimalis dan juga lebih pada instagrammable. Sangat cantik dan bersih. Kita seperti memasuki dunia lain iaitu dunia manisan didalamnya. Betul, lebih-lebih lagi persembahan sajiannya yang cantik membuatkan kita tak berhenti untuk menggambil gambar. Tiny Elephant juga menyediakan minuman kopi, dan bukan kafein yang termasuk mocktail. Jadi kalau terasa nak makan yang manis-manis, makanya Tiny Elephantlah tempatnya.
Alamat:
Cawangan Kota Bharu
1122, T/B, Jalan Tengku Petra Semerak, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Cawangan Wakaf Che Yeh
Tingkat 1, Atas Old Town White Coffee, Depan Pasar Wakaf Che Yeh
Waktu Operasi:
2.30-11.30pm (Sun to Wed, Sat)
12.30pm-12am (Thurs)
2.30-12am(Fri)
Harga : Standard Kafe (sederhana)
6. Jules Kuchen
Daya tarikan Jules Kuchen ini bagi aku terletak pada keknya. Iya, kek dari Jules Kuchen sedap dan berbaloi, dan memberikan alternatif baru kepada anda yang asyik-asyik ke Secret Recipe jika mencari kek. Ada beraneka jenis kek yang anda boleh dapati di situ, serta beberapa pencuci mulut yang lain. Jules Kuchen juga menyediakan makanan berat seperti nasi, spaghetti dan lain-lain lagi. Kiranya, makan kenyang-kenyang saja di sini. Semua ada. Dari segi minuman, ia juga turut menghidangkan kopi, dan minuman lain.
Aku boleh katakan Jules Kuchen ini kafe ala kopitiam. Sebab semua ada. Cuma untuk dekorasinya memang minimalis dan clean. Cantik untuk bergambar dan menyantai bersama keluarga. Pastikan anda pergi pada waktu yang sesuai, kerana kalau tidak, anda mungkin tidak dapat tempat duduk dan perlu menunggu macam aku kena hari tu.
Alamat: 4706-A, Jalan Long Yunus, Taman Maju, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari 11am to 12am (kecuali Selasa)
Harga : Standard Kafe (Sederhana)
7. KB Brewster
Satu lagi kafe yang menghidangkan kopi dengan harga lebih murah berbanding yang lain. KB Brewster menyediakan espresso based coffee dan manual brewing coffee sebagai fokus utamanya. Tapi usah bimbang kerana ia ada juga menyediakan minuman yang non-kafein bagi mereka yang tidak bisa minum kopi. Menu kopi terbahagi kepada dua bahagian, dimana ada menu untuk kopi beng serta menu untuk kopi lain seperti frappe. Untuk makanan pula, tidak banyak pilihan tapi cukup untuk bersantai dan nikmati masa di situ. Kb Brewster turut menyediakan aneka kek buat pelanggannya yang ingin kesegaran sambil mengopi.
Dekorasi dalaman kedainya cantik dan seperti gaya hipster. Jika tak ramai orang, bolehlah nak bergambar dengan latar belakang kedai tapi jarang rasanya kedai tu selalu ramai.
Alamat: 4706-A, Jalan Long Yunus, Taman Maju, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari (kecuali Jumaat)
1.30am-7.00pm
8.30pm - 12am
Harga : Murah
8. Kopi dan Pasta
Seperti mana namanya, seperti itulah menunya. Aku cuba kafe ini semasa menyinggah di rumah kawan aku lalu kami pun terus melepak di kafe ni. Melihat menunya, kami gelak kerana straight forward. Jangan mengharapkan lebih atau mengidam nak makan benda lain. Tapi meskipun begitu, rasanya tetap berbaloi dengan harga. Portionnya banyak dengan air kopi yang lazat memang ummpphh.. Oh ya, Kopi dan Pasta ada juga menyediakan minuman selain kopi. Kalau tak mahu minum kopi, cuba aja minuman yang lain.
Alamat: Lot 776, Jalan Dato Hashim, 16800 Pasir Puteh, Kelantan