#KISAHSIAPA 14 : MUSTAJAB

10:33 AM


Hari itu ada cabutan bertuah.
Nabilah berasa seronok kerana dia menaruh harapan untuk menang satu daripada cabutan itu.

Jadi bila sepanjang tempoh cabutan itu dicabut, hati Nabilah tidak berhenti henti daripada berdoa.

"Ya Allah semoga nombor aku terpilih".

Dan siapa sangka doanya termakbul.

Selepas dia mengambil hadiah, Nabilah terfikir. Apakah tadi merupakan waktu mustajab Doa?

Andai begitu, dia rugi kerana dia berbanyak dalam berdoa.

Apa yang dia tahu, waktu mustajab itu tidak dapat diketahui bilakah masanya. Boleh jadi sekarang, atau kemudiannya.

Waktu mustajab itu adalah waktu yang mana Allah akan memakbulkan doa kita secara langsung atau tidak mengambil msa yang lama.

Berbeda pula dengan waktu makbul yang mana Allah akan memakbulkan (merealisasikan) doa kita melalui tiga cara ;

1. Dalam masa terdekat
2. Dalam masa yang lama
3. Nampak seperti tidak dimakbulkan tapi sebenarnya diganti dengan yang lebih baik. Iya, kerana Allah itu Maha Mengetahui.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.[40:60]

Nabilah rasa sungguh menyesal. Menyesal kerana tidak sentiasa berdoa. Menyesal kerana tidak berdoa pada doa yang betul. Menyesal kerana dia terlepas peluang itu untuk berdoa kepada perkara yang wajib.

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3) 
Demi Masa! ; Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [surah al 'asr]

Ya. Benarlah.

Manusia itu berada dalam kerugian KECUALI mereka yang beramal soleh, dan mereka yang berpesan pesan dengan kebenaran dan mereka yang berpesan pesan dengan kesabaran.

Ramai yang inginkan doanya dimakbulkan secepat mungkin.
Sedangkan mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk diri mereka.
Mereka cuma mampu tentukan mana yang baik tu mengikut apa yang mereka rasa. Malah kebanyakkan daripada mereka ada yang egois, dan bongkah.

Diri sentiasa melakukan larangan Nya tapi mendesak desak untuk doanya dikabulkan. Ada yang salah dari segi adab berdoa ibarat Allah itu orang suruhannya. Ada yang tidak jelas dalam doanya. Ada yang tidak berusaha tetapi berdoa ke arah suatu yang mustahil untuk dicapai tanpa usaha.

Walaupun Tuhan itu Maha berkuasa lagi Maha Mendengar, kita sebagai hamba seharusnya menjaga adab berdoa.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.[2:186]

Dan berdoa itu harus lah pada bila bila masa. Tidak semestinya terhad di atas sejadah pada waktu malam tapi bila bila masa. Cuma pada sepertiga malam itu adalah lebih baik.

Nabilah beristighfar. Dia tidak ingin jadi seperti golongan yang rugi dalam doa. Moga hidayah sentiasa memimpin tangannya agar dia tidak melakukan perkara remeh yang merugikan.

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News