Ting. Ting. Ting.
Nabilah hanya membiarkan telefonnya berbunyi.
Mesej yang masuk bertalu-talu memyebabkan telefonnya asyik berbunyi tanpa henti sejak semalam lagi.
Ada kalanya Nabilah membaca juga apa yang rakan sekelas dia borakkan.
Ada yang okey, ada yang jauh ke laut.
Biasalah tu 'group whatsapp', fikirnya.
Cuma semalam rakannya membuka topik tentang fizikal seorang yang terkenal.
Nabilah hanya diam.
Dia tidak suka mengutuk fizikal seorang makhluk Allah. Takut akan dosa.
"Diorang ni nampak gayanya benci benar pada orang tu.",getus Nabilah.
Sejak mereka bicara pasal topik itu, hampir 7 kali ikon 'group' itu ditukar.
Ditukar mengikut nafsu kutukan mereka.
Dan Nabilah masih diam.
Menegur pun tidak, menambah rasa pun tidak. Hanya diam.
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ [1] الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ [2] وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
-Al Mukminun ayat 1-3
Pagi ini Nabilah menukar kembali gambar pamer [baca : display picture] 'group whatsapp' itu.
Dia fikir mungkin mereka dah berhenti agaknya daripada mengutuk.
Nabilah menyambung tugasannya seperti biasa.
1 minit berlalu.
3 minit berlalu.
5 minit berlalu.
7 minit berlalu.
10 minit berlalu.
Ting. Ting. Ting.
"Gambar nie macam sama dengan Nabilah je?
Cuba cari mana yang sama tu😄"
"Aku tahu"
"Yang berjuntai bawah tu kan?"
"Hidung yang sama!"
"Hidung sama besar. Kahkah"
Dan Nabilah masih diam.
Meski dia tahu rakan-rakannya mengutuk fizikalnya.
Atau mungkin lebih tepat menyamakannya dengan watak 'squidward' dalam kartun Spongebob Squarepant.
Ya, mungkin hatinya sakit tapi dia menahan dirinya daripada membalas mesej itu.
Ting. Ting. Ting.
"Nabilah, diorang kutuk nabilah dalam group tu” mesej seorang kawan kepada Nabilah.
barangkali berasa kurang senang dengan apa yang diborakkan dalam group tersebut.
Nabilah menaip papan kekunci fonnya untuk membalas mesej itu.
“Tak apa, biarkan sahaja diorang tu. Kalau kita layan, makin menjadi-jadi dan panas pula bahangnya. Jadi baik kita diamkan. Nanti senyaplah tu mereka.”balas najah menekan butang send.
“owh, okey. Tapi nabilah, awak okey ke? Jangan ambil hati ya dengan diorang tu”
“Hahaha. Kenapa pula nak ambil hati dengan diorang? Dah memang perangai diorang macam itu. Suka bergurau kasar. Jangan bimbanglah fatin.”
“Betul nie? Macam mana awak boleh tahan je dengan gurauan tu? Kalau saya, tentu dah terasa.”
“Sebab saya ni makhluk Allah. Allahkan dah kata yang kita ini sebaik baik penciptaannya. Mungkin di mata manusia, yang dinilai itu hanyalah fizikal tapi di mata Allah perkara yang dinilai adalah taqwa. Cuba fikirkan balik, takkanlah Allah kejam nak buat makhluk nya hodoh, pasti ada sesuatu yang istimewa yang Allah selitkan pada diri hambanya meski nampak hodoh di mata manusia. Kerana itu saya percaya setiap orang ada kelebihannya masing-masing, mungkin orang itu kurang dari segi rupa paras tapi IQ dia tinggi. dan mungkin juga orang itu baik dari segi rupa paras tpi malangnya kurang dari segi kebersihan.
Dan saya pun manusia biasa. Sekarang pun saya masih berusaha menjadi terbaik di mata Allah. Dan kerana itu saya cuba untuk tidak mengutuk sebarang fizikal manusia. Andai manusia itu melakukan kesalahan, saya cuba untuk membenci tindakanya tapi bukan membenci dirinya. Hahaha.. panjang lebar pula saya balas”
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. [Al-Hujurat : 11]
“oooooo.. Patutlah awak tak masuk campur dari semalam.”
“heheh. Sebenarnya malas nak layan jugak”
“terima kasih nabilah, sebab awak dah kongsikan satu ilmu yang menarik dan berguna.”
“Hohoho, sama-sama”
Nabilah beristighfar.
“astaghfirullahal ‘azim”
Bimbang andai mesej yang dibalasnya tadi berunsur mazmumah atau dibalas menurut bisikan syaitan. Istighfar adalah langkah berjaga jaga yang diambil andai tindak tanduknya mengundang kepada dosa kecil hatta dosa besar. Sengaja ataupun tidak sengaja.
'Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan!'
(Riwayat at-Tabarani)
Kerana syaitan itu tidak akan terus berhenti menyesatkan manusia walau apa cara pun.
Nabilah juga teringat akan dosa sesama manusia tidak akan terampun selagi mana manusia itu belum memaafkan kita. Dia bimbang andai dia mengeji, mengutuk fizikal seseorang itu, mengundang kepada sakit hati yang mendalam. Sakit hati itu mungkin akan menyebabkan dia sukar melangkah ke syurga. Kerna itu, Nabilah berusaha menjauhi sifat2 dan perbuatan itu.