~RAMADHAN KAREEM~
11:05 PM
Salam, semua!!!
Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kita dengan memberi kita hidup pada RAMADHAN 1434H. Walaupun itu kedengaran biasa namun kita seharus dan sewajar perlu bersyukur kerana hanya insan2 yang terpilih sahaja berjaya menjejak langkah dalam ramadhan ini. Yang tak bernasib baik mungkin diambil nyawanya lebih awal tapi kebanyakkan masih hidup dan mempersiakan ramadhan ini begitu saja.
Mereka berpuasa tapi hanya mendapat penat lelah sahaja. Mereka masih hidup pada bulan ini tapi di lubuk hati menganggap bulan ini sama dengan bulan yang lain. Mereka itu manusia yang jauh dari islam.
Allahu Akbar!!! semoga kita dijauhkan daripada perkara sedemikian.
Saya cuma ingin mengucapkan selamat menyambut RAMADHAN AL MUBARAK.
Anggaplah ramadhan kali ini sebagai ramadhan yang terakhir buat kita kerna itu bisa menjadi realiti.
Semoga kita lebih mendekati Allah bukan pada ganjarannya.
Lakukan perubahan pada ramadhan ini, tapi ikut kadar kemampuanmu.
Jaga apa yang patut dijaga agar apa yang terjaga akan terus dijaga :D
0 comments
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen