KISAHSIAPA #11 : TONJOL

5:07 PM


Nabi SAW bersabda :

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang baik.”
(HR. Ahmad 2/381. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan bahwa hadits ini shahih)

*****

Nabilah sentiasa berdoa agar Allah menjaga dia daripada sebarang perasaan riak, sum'ah, takabbur dan perasaan menunjuk nunjuk.
Masakan tidak, dia sudah serik.
Bimbang akan amalan baik yang dia lakukan selama ini bakal hilang begitu sahaja.
Nabilah juga mengambil langkah berhati hati dengan tidak begitu menonjolkan diri.
Andai dia terpaksa, dia akan cuba beristighfar sehabis boleh dan berdoa sebanyak mungkin.
Dia tetap perlu singkirkan sifat sifat mazmumah itu.
Di dalam beg, di dalam kereta.
Hampir semua tempat diselongkarnya.
Dia berasa sedikit tidak puas hati dengan keputusan itu. Semua orang bersorak untuk dia. Dialah yang terbaik. Isi dia juga mantap malah dia juga berpengetahuan. Sedang hati itu mula untuk memperlekehkan pemenang itu,
Lupa akan nikmat itu.

*****


Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud RA dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda,

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“
(HR. Muslim no. 91)

*****
Hari tu dia perlu mengikuti sebuah bengkel.
Bengkel untuk membina jati diri seorang muslimah.
Nabilah bertolak awal ke tempat tersebut kerana jika dia bertolak seperti janji melayu dia bakal sampai lambat memandangkan tempat tinggal dia dan tempat bengkel tu diadakan mengambil masa setengah jam perjalanan. Itupun jika dia pecut.

"Eh, mana plak telefon aku?"

Nabilah tercari cari telefon pintarnya.

"Alamak, tertinggal kat meja makan tadi. Hurm. Terpaksa balik semula" monolog nya.

Gara gara dia berpusing balik untuk mengambil telefon dia,
Nabilah terlambat setengah jam untuk bengkel tersebut.

Sampai je kat bengkel tersebut, dia diberitahu yang semua muslimah perlu melibatkan diri dalam debat.
Sudahlah debaran penat bergegas belum reda, ditambah pula dengan debaran berdebat dengan mereka yang mantap.

Tik. Tok. Tik. Tok.

Tiba masa group dia debat.
Punyalah berdebar tapi tetap skill penyampaian dan isi yang disampaikan mantap dan memuaskan hati semua pendengar.

Akhirnya bengkel itu, ada satu penyampaian hadiah untuk pendebat terbaik.
Ketika pengumuman, semua sahabat dia menyorak untuk dirinya tapi malang bukan dia yang terbaik.
Sebenarnya dia tak berharap langsung tapi bila hal itu terjadi membuatkan dia berfikir sejenak.

"Kenapa bukan aku eh?"

"Ke memang aku tidak terbaik?"


Tiba tiba dia langsung teringat akan doanya semasa perjalanan ke bengkel.

"Ya Allah, jauhkan aku dari perasaan riak, sum'ah, takabbur, ujub dan sifat sifat mazmumah lain"

Oh, rupanya Allah dah maqbulkan doanya.

Allah halang dia daripada menerima anugerah itu kerna Allah tahu mungkin jika dia menerimanya, dia tidak dapat mengawal perasaan itu.

Nabilah merenung dan berfikir.
Banyak sebenarnya pertolongan Allah kepadanya dia atas doanya itu.
Allah menghalang dia daripada menerima sebarang jawatan agar dia belajar dulu cara mengawal hati dan merendah diri.

Allah sentiasa ada bersamanya.

Sentiasa.


Cuma dia lupa.


"Ampuniku ya Allah. Aku kurang bersyukur kepadaMu" bisik hati nabilah.

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا


Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih adalah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati (tawadhu’) dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” [ Al Furqaan: 63 ]

You Might Also Like

2 comments

  1. Btl2..minta saya jauhkan dari penyakit tersebut..amin

    ReplyDelete
  2. saya rasa seperti armstrong yang baru menjejakkan kaki ke bulan apabila pertama kali menemui blog ini. keren banget ya sis!

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News