#PART2 : Hidup di Uniten!

2:25 AM

Class photo [Photography Subject]
Assalamualaikum,


Sebelum nie, aku ada share sedikit informasi tentang UNITEN. Kalau terlepas, boleh klik DISINI.
Informasi itu buat mereka yang mungkin berminat untuk menyambungkan pelajaran mereka di Universiti Tenaga Nasional atau mungkin yang ingin tahu lebih tentang uni itu.

Untuk entry kali ini pula, aku akan kongsikan pengalaman hidup aku sepanjang berada di UNITEN bermula daripada aku foundation hingga aku habis belajar. (macam cepat pula masa berlalu, tup tup aku dah nak habis belajar dah) Cerita ini hanya berkisahkan hidup seorang pelajar graphics dan multimedia sahaja. Mungkin ada diselitkan sedikit course yang lain.

masa ni tengah tunggu bas nak balik kelompok

Foundation

Sebenarnya aku tak pernah terlintas untuk masuk uniten. Tapi untuk mengambil jurusan graphics dan multimedia memanglah aim aku. Aku minat bidang-bidang seni, fotografi, filem, grafik dan sewaktu dengannya.

"Habis tu, asal apply juga uniten?"

Hah! Aku tahu korang pasti akan tanya soalan ni. Hal tu biarlah rahsia. (padahal malas nak cerita)
Aku mulakan cerita aku dengan zaman foundation aku. Seperti kebiasaan mana-mana uni, setiap pelajar baru pasti akan melalui fasa orientasi (kecuali kes-kes lain dan sebagainya) dan aku juga tidak terkecuali menyertainya. Tempoh orientasi adalah selama seminggu which is lama. Aku tak suka. Sejujurnya aku tak suka ORIENTASI. Bagi aku, tempoh seminggu itu merupakan tempoh yang cukup lama untuk menyeksa aku. Entah kenapa aku benci teramat. Bukanlah salah fasi atau jadual nya. Cuma aku memang jenis tak suka program ataupun kem yang paksa-paksa nie. Kena bangun awal dan tidur lambat. Aku benci tu. Aku tak cukup tidur dan keletihan. Lepas tu, mulalah mengantuk ketika ceramah.

Masa orientasi itu, aku lebih suka bersendirian. Lebih-lebih lagi kumpulan kecil aku hanya ada 3 perempuan dan aku seorang je yang muslim (yang dua tu indian). Lagilah membuatkan aku rasa keseorangan dan ingin bersendirian. Akak fasi aku pun indian. Bukan racist tapi aku tak biasa. Aku tak tahu nak borak apa. Selalunya kita akan mencari kaum yang sama dengan kita untuk bicara tak kisah india ke cina ke. Orientasi uniten nie, dia akan bahagikan pelajar yang intake ketika itu ke beberapa kumpulan besar. Foundation, degree dan diploma masing-masing lain kumpulan, dan jua IT dan Engineering takkan sama kumpulan. Aku pula dapat kumpulan A, dimana dia panggil Mass A. Lepas tu, daripada mass tu, dia akan bahagikan pula kepada beberapa kumpulan kecil dan aku mendapat Mass A1. Kawan serumah aku tu dapat Mass B. Yang sebilik lagi lah takkan sama sebab dia engineering.

Hari-hari aku sentiasa berharap agar orientasi ni habis cepat. Aku dah cukup terseksa kat sini. Aku nak bebas. Aku nak tidur. Setiap hari kena bangun pukul 4/5, tidur pula pula 1/2. Mana tak mengantuknya. (Maafkan aku kerana aku memang tak menegur sangat orang masa orientasi tu. Orang tegur pun aku buat layan tak layan je.)

Habis orientasi, minggu depannya kelas bermula. Aku pun belajarlah basic-basic computer sebab foundation aku dalam IT. Mulalah hidup aku sebagai pelajar uniten. Masuk kelas yang seperti dijadualkan. Ada kuiz, jawab kuiz, lepas tu midterm dan akhirnya final exam. Foundation uniten setahun 3 trimester je. Tak der lah lama sangat foundation dia. Aku mohon ptptn untuk menanggung aku setahun tu. Walaupun begitu, still tak cukup sebab PTPTN bagi 8k je dimana cukup menampung 2 trimester je. Satu lagi kena tanggung sendiri. Sedih dan kesian juga kepada ibubapa aku kena cari duit untuk bayar yuran aku. Satu trimester yurannya dalam 4K. Tu time aku dulu, sekarang aku rasa dan naik sikit. Alhamdulillah, walaupun begitu aku berjaya menamatkan foundation aku dengan flying colors~

Budak-budak foundation dan first year degree di Uniten tidak dibenarkan bawa kereta lagi ke dalam campus. So pengangkutan aku ketika itu hanyalah bas je. Kalau nak keluar jalan-jalan, aku dan kawan akan call teksi atau beli tiket naik shuttle bas. Jadual bas uniten akan datang pick up student setiap 30 minit tapi ada jugak setiap sejam. (Kadang-kadang je tepat masa, sekarang aku dengar lagi teruk ketidaktepatan masanya.) Tapi tetap best juga kenangan naik bas uniten. Kalau tak der bas, ada pelajar yang sanggup jalan kaki. Setakat ni aku tak pernah lagi jalan kaki dari kelompok (nama untuk tempat penginapan) aku ke kampus belajar aku. Sebab COIT tu terletaknya jauh dihujung sana dan terpencil. Kalau nak ke COE, Upten, Admin, dan library tu bolehla lagi untuk aku jalan kaki. Bukan apa, kat situ banyak anjing liar. Lagi-lagi kawasan menuju COIT yang sunyi tu. Banyak anjing. Akunya takut anjing, so memang taklah. Ditambah dengan kejauhan nya yang mengambil masa lebih 30 minit perjalanan kaki.

Bila kenang balik, masa foundation nielah masa yang paling indah pernah aku lalui. Macam zaman kanak-kanak. Ramai kawan. Tiada masalah lagi. Rapat dengan kawan-kawan.

Kat Uniten, selain daripada cgpa kena melebihi 2.0, pelajar juga haruslah melebihi markah scorun juga untuk tamat sesuatu program itu. Contoh budak foundation kena dapatkan sekurangnya 15 markah scroun, degree IT 30 dan degree engineering 40. (Maaf, untuk diploma aku tak tahu) Markah scorun ini merupakan markah aktiviti selain pembelajaran di kelas. Macam kokurikulum gitu. Aktiviti pelajar. So pelajar berebut juga menambahkan markah scorun mereka dengan menyertai persatuan yang ada, program, ceramah, bengkel dan sebagainya. Selalunya pelajar akan memilih untuk menyertai ceramah yang ada scorun daripada yang tak der. Satu aktiviti akan dapat satu scorun dan kalau bernasib baik boleh dapat 2 atau lebih. Lagi tinggi tahap aktiviti anda, lagi banyak scorun anda boleh dapat.  Aku pun join banyak juga program tanpa aku sedar. Hahahah

Salah satu yang penting tentang uniten ini adalah kedudukannya yang aku rasakan strategik. Dekat dengan alamanda, The Mines, Bangi, Kajang dan KTM serdang. Jadi tiadalah rasa terpencil sangat. Nak beli pape pun senang. Sekarang lagi lah mudah sebab lagi dekat dengan IOI City Mall dan juga Decentrum. Kfc, Pizza Hut sebelah Uniten je.

Lecturer kat Uniten nie ramai. Tapi inshaAllah semuanya baik-baik. Kita hormat lecturer, lecturer pun akan baik dengan kita. Jaga etika, ikut apa yang lecturer nak dan minta. Yang pasti, pasal lecturer ni semuanya okay. Kita kena jaga adab dengan lecturer je. Jangan cari pasal.

Oh ya, masa zaman aku dan seterusnya, aku dah tak boleh main pilih je subjek. Dia ada sediakan buku yang lengkap dengan subjek apa untuk setiap trimester. So dah tak perlu pening kepala nak pilih yang mana, ikut je yang dalam buku tu. Kalau mengada jugak nak buat suka hati, kemungkinan akan clash atau ada masalah.

Aku berhenti di sini dulu. Nanti aku akan sambung lagi untuk tahun tahun degree aku. Kalau ada sebarang pertanyaan pasal Uniten boleh laa tanya di ruang komen. InshaAllah aku akan cuba jawab.

You Might Also Like

3 comments

  1. assalam , nak bertanya.. boleh ke kalau someone ada buat foundation kat universiti lain tapi nak sambung degree di uniten pulak? boleh ke? harap akak balas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, maaf lambat balas. Boleh saja. Sebab kawan saya dulu ramai juga buat foundation/diploma tempat lain tpi kemudian sambung degree di uniten. Cumanya kena check dulu kelayakan supaya dpt masuk. Contoh nya kenalah aliran yang sama. Kalau dri uniten nak ke universiti lain pun boleh

      Delete
  2. assalam, hi. nak tanya kemudahan kat sini okay tak? means macam environment, hostel, bus and koko dia best tak?

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News