Seronoknya beli di Carousell!

1:29 PM

Assalamualaikum semua!

Hari ini aku nak kongsi pengalaman aku beli belah dekat Carousell. Yang pasti ini bukan iklan berbayar ya. Aku buat dengan tulus ikhlas untuk kongsi dengan kalian. Baru-baru ini aku ingin menukar lens, jadi sebelum aku tukar lens (beli lens baru) aku kena jual lens aku yang lama dulu. Kenapa jual, alasannya ada aku nyatakan kat post ni KLIK SINI.

prime lens yang dibeli
Proses jual lens aku lakukan di platform Carousell. Kenapa aku pilih Carousell? Sebab ia merupakan satu paltform jual beli online yang sesuai untuk individu biasa. Atau lebih tepat sesuai untuk jual beli barangan terpakai (definisi carousell menurut aku). Kita boleh jual barangan kita di situ meskipun barang kita hanya berkuantitikan satu barang sahaja. Malah, kita juga boleh membeli barangan terpakai daripada orang lain dengan harga yang murah dan boleh ditawar. Untuk makluman kalian, menarik lagi tentang carousell ini ialah

  1. Tidak semua barangan yang dijual barangan terpakai
  2. Boleh melakukan jual beli dengan kaedah meet up
  3. Tidak perlu melakukan pembayaran dalam sistem Carousell
  4. Mudah berkomunikasi dengan penjual dan melakukan tawar menawar

Tidak semua barangan terpakai yang dijual di situ tidak berkualiti, malah ada yang berkualiti sama seperti yang baru. Contoh macam lens aku, kualitinya macam baru dan aku sangat puas hati. Cuma, dalam seronok beli belah di Carousell, kita hendaklah berhati-hati kerana mungkin dalam ribuan penjual dan pembeli di situ, ada satu yang scammer atau penipu. Jadi amalkan langkah berjaga-jaga dan siasat terlebih dahulu barangan yang hendak dibeli atau pembeli supaya kita tidak tertipu dan rugi.

bahagian mesej
Kalau aku, aku akan compare harga untuk barangan yang aku nak beli. Lepas tu, aku akan mesej penjual itu dan menanyakan gambar lain selain yang dipaparkan. Aku juga menawarkan beberapa harga yang bersesuaian untuk bajet aku. Selain itu, aku akan melihatkan profil penjual itu, dan sekiranya ada yang bagi review atau rating pada penjual itu, aku akan tengok dan bacanya. Selepas berpuas hati dengan harga dan barangan itu, aku akan bernegosiasi dengannya untuk berjumpa. Ini kerana bila berjumpa, aku dapat check barangan tersebut (incase kalau dia tipu atau barangan itu rosak, boleh terus tukar) dan memastikan aku tidak ditipu. Setelah itu baru membayar secara tunai kepada penjual itu. Kalau nak bayar secara bankin, kenalah tanya penjual dulu.

Tele lens yang aku beli
Mudah bukan? Aku juga jual lens aku di situ dan melakukan kaedah meet up dengan pembeli supaya pembeli dapat check keadaan lens itu. Banyak barangan yang boleh dijual dan dibeli di Carousell seperti barangan dalam katogeri fotografi, perabut, makanan, pakaian, dan lain-lain lagi. Terbaru aku ada beli gorillapod tapi yang murah sebab nak beli yang Joby tak mampu, melalui kaedah pos. Alhamdulillah, selamat sampai barang itu dan kualitinya sama dengan Joby. Puas hati betul!

Kalau anda nak jual, ada masanya barangan anda itu tiada yang ingin dibeli, maka turunkan sikit harga. Sebelum letakkan harga, pantau dulu peniaga lain yang menjual barangan yang sama. Lakukan kajian dahulu supaya barangan anda dapat terjual. Satu lagi, SABARlah menunggu. Insha Allah ada yang ingin membeli barangan anda.



You Might Also Like

13 comments

  1. Najah taknak share tips photog ke? Buat la entri khas hehe. Nak menuntut ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu!!! inshaAllah akan dibuat. (walaupun x pro mana dalam photography)

      Delete
  2. tak pernah pulak akak nak try carousell ni.. macam mana.. tapi baguslah kalo kedua2 boleh meet up

    ReplyDelete
  3. wah..hebatnya awk najah.Buat la entri tentang photographer pulak.Kak baru nak berjinak nii.Suggest skit mn kamera yang sesuai dan affordable price.Ehehehe..

    ReplyDelete
  4. best membeli di carousell. harga pun boleh tahan murah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. saya pernah baca mengenai founder carousell ini. Orang muda dari singapore. impressed saya. huhu

    ReplyDelete
  6. Makin banyak ya online shopping skang. GV baru tahu Carousel ini. huhu.

    ReplyDelete
  7. saya sendiri jual barang kat carousell..jam, baju dan kasut..kalo customer dekat cod je..huhu..mana2 brg yg x pakai,jual je kat sini.

    ReplyDelete
  8. pernah dengar pasal carousell ni.. nanti boleh usha2 la

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi try jual ataupun beli dekat carousell ni. Apps ada tapi so far tak jumpa lagi yang berkenan

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi beli barang kat carousell ni

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News