#SEEngapore : Travel ke Singapura dengan Traveloka Promotion!

10:00 AM




Assalamualaikum dan Hi semua!

Dah masuk bulan September ni kita mesti terasa lelahnya hidup. Iyalah, dah akhir-akhir tahun kan. Mulalah terasa penat, perlukan rehat dan ingin bercuti. Hah! Sebut pasal rehat dan cuti, aku sangat setuju untuk kita luangkan sedikit masa kita dengan travel. Pulak tu bulan September ada banyak cuti, (cuti keputeraan Agong, cuti awal muharram, dan cuti hari malaysia) jadi why not kita berjalan-jalan menikmati hari yang indah. Takkanlah asyik nak habiskan masa cuti kita dengan mereput je kat rumah? Tak segarlah minda dan fizikal kita gitu.

Nak bercuti tapi bajet tak banyak?
Nak bercuti tapi tak ada masa nak survey tempat?
Nak bercuti tapi tak tahu macam mana?
Nak bercuti tapi mahukan promosi?

Jangan bimbang guysss!! Aku ada penyelesaian kepada masalah kalian (dan juga aku, Hoho). Mudah saja dan tak perlu peningkan kepala kalian lagi-lagi buat yang dah bekerja. Segala impian kalian akan direalisasikan dan jadi kenyataan. Benar sih, aku ngga tipu!

Jawapannya adalah bercuti dengan Traveloka.
Jawapannya lagi Jom bercuti ke #SEEngapore.


Traveloka ni merupakan pakar dalam perjalanan dan percutian kita. Ia merupakan satu laman web dan aplikasi (buat pengguna telefon pintar) yang boleh kita layari untuk menempah mana-mana hotel bagi penginapan dan penerbangan yang kita inginkan. 

Kenapa pilih Traveloka? Kerana Traveloka ni
  • Menawarkan harga yang berpatutan
  • Tiada caj tersembunyi malah ada diskaun lagi
  • Lebih cepat dan murah
  • E-tiket dan baucer tidak aka hilang
  • Dapat membeli insurans perjalanan


Aku sendiri, tiap kali nak terbang ke KL pasti akan usha-usha dulu tiket di aplikasi Traveloka. Kita akan dapat buat perbandingan harga antara pelbagai syarikat penerbangan dalam hari yang sama. Tak perlu dah susah-susah buka 2-3 tab yang berbeza syarikat semata untuk bandingkan yang mana lagi murah. Hanya dengan satu aplikasi atau website saja. Info penerbangan yang dipamerkan juga jelas dan terperinci. Kita boleh lihat masa, harga, lapangan terbang, nombor pesawat dan lain-lain info yang terpapar disitu. Nak tapis harga pun boleh. Contoh macam kita hanya nak dipaparkan penerbangan yang berharga tidak lebih RM200 ke atau ikut bajet kita. 


Selain tu, yang menarik lagi di Traveloka ni (ni salah satu featurenya yang menambat hati aku), semasa kita nak pilih tarikh tu, Traveloka telah paparkan siap-siap harga terendah untuk penerbangan di hari itu. Kira kita dapat tahu hari mana yang murah dan mahal. So tak ada pening kepala fikir memanjang pasal tarikh kan? Oh ya, kita juga boleh setkan price alert untuk inform kita harga penerbangan kita menurun atau menaik. Ini sesuai buat mereka yang fixed date untuk travel tapi mahukan tiket yang murah macam aku. (sekarang ni ada beberapa date dah aku setkan alert. Hahahaha)

Kalau ada apa-apa persoalan, pihak Traveloka juga menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24jam untuk membantu kalian. Siap ada live chat lagi dan talian hayat lagi. Sangat mesra pelanggan. 

Kenapa pilih Singapore? 


Sebab dekat. Singapore merupakan negara jiran yang terdekat dengan kita. Kalau pergi jauh-jauhkan lebih bajet pula. Lepas tu berhari-hari makan masa. Kalau Singapore, kalian dapat pergi ketika cuti umum saja tanpa perlu mohon cuti lebih. Tambah lagi, Singapore juga banyak tempat menarik untuk dilawati. Singapore kan kota yang penuh keseronokan [PERCUTIAN DAN PENGEMBARAAN AWESOME DI SINGAPURA!]. Boleh aku kata yang Trip ke Singapore menjimatkan dari segi masa dan duit. Kita juga tidak akan mengalami masalah komunikasi di sana kerana Singapore miliki bahasa komunikasi yang lebih kurang sama dengan Malaysia (Kadang masalah komunikasi akan menyulitkan sikit perjalanan di percutian kita).

Hey, jangan disangka kecil tidak menyeronokkan!
Jadi, mahu berjalan atau bercuti ke Singapore? Tempahlah dengan Traveloka!


Traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan/percutian ke Singapore. Tambahan pula, sekarang ini Traveloka sedang melancarkan kempen “#SEEngapore - For a roaring good time!”. (Tip untuk travel, rebut peluang bila ada kempen sebab promosi yang diberikan cukup lumayan dan memikat hati). Kita akan mendapatkan diskaun yang HEBAT dari Traveloka iaitu RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan kupon GOSG di Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi nya. RM50 tu banyak tau. Kita dapat jimatkan RM50 dan gunakan di keperluan lain ketika travel nanti. (Eh, kata kat diri sendiri ke tu)


Bukan setakat tu je, bagi tempahan hotel di Singapore Traveloka juga menawarkan potongan sehingga 20% daripada harga asal dan untuk nikmati promosi, tiada kupon diperlukan. Menarik kan? Bolehlah merasa hotel yang 4/5 bintang sekali sekala. Dah nama pun bercuti rehatkan minda, hilangkan tekanan.

Tempoh tempahan ini bermula dari 1 September hingga 30 September 2018 dan tempoh untuk perjalanannya pula bila-bila masa. Kiranya kalau kalian tak sempat nak bercuti pada bulan September,boleh juga buat tempahan untuk masa-masa akan datang yang lain. (Psssttt.. aku sekarang ni tengah duk usha apps Traveloka sebab memang dah lama pasang niat nak bercuti)


You Might Also Like

3 comments

  1. nak pergi singapore lagi..last pergi tak puas jln2 sbb kena kerja

    ReplyDelete
  2. lama da plan nak ke Singapore tapi tak dapat2 decide lagi bila nak peginya. hehe..

    ReplyDelete
  3. Wahhh seronok ni kalau dapat pergi. Selalu tengok orang je sesekali kita pula yang pergi mesti meletop wooo

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT