Kemeriahan Kemerdekaan di karnival #JomMalaysia 2018

10:30 AM


Assalamualaikum dan Hi semua!

Bersempena hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61, aku bercadang untuk meraikannya di Selangor. Sebenarnya aku tertarik dengan seruan #JomMalaysia tu sebab tu aku berkeputusan untuk terbang ke Selangor dari Kelantan. Bagi kalian yang tak pernah dengar tentang karnival #JomMalaysia ni, akan aku terangkannya ke kalian.

Apa itu karnival #JomMalaysia?


Karnival #JomMalaysia ini merupakan anjuran daripada Sunway Group. Ia adalah satu karnival yang mengimbau nostalgia sepanjang 61 tahun kemerdekaan. Boleh dikatakan perjalanan menjejak memori dulu-dulu (ni nanti aku terangkan kenapa). Karnival #JomMalaysia berlangsung pada 31 Ogos 2018 hingga ke 1 September 2018 bermula jam 10 pagi dan tamat pada 10 malam. Bertempat di hadapan Sunway Resort Hotel & Spa, berdekatan dengan Sunway Pyramids dan Sunway Lagoon. Lokasinya mudah saja untuk dijumpai. Oh ya, karnival #JomMalaysia ni percuma jadi semua boleh masuk dan sertai. Jangan malu dan jangan segan-segan. Hahaha

Perjalanan Menjejak Memori Dulu-Dulu

Aku katakan ini sebab kita dapat menyaksikan pelbagai pertunjukan dan aktiviti yang membawa pengertian Malaysia seperti;

Flavours of Malaysia (Food)
Voices of Malaysia (Music)
Cultures of Malaysia (Dance)
Arts of Malaysia (Arts & Crafts)
Games of Malaysia (Games)

Yup, 5 perkara itu sudah cukup untuk mengimbau nostalgia dulu-dulu. Bagi generasi baharu, mungkin ini peluang untuk mereka mengenal hal-hal yang bernostalgia dalam Malaysia. Tidaklah menjadi lupa daratan kelak. Lagipula ini budaya dan tradisi kita yang harus diketahui oleh semua generasi.

Suasana di Eat/Chill Area


Pemusik tempatan membuat persembahan

Sebelum majlis perasmian bermula, aku dapat menikmati persembahan musik daripada anak tempatan. Mereka sempat menyampaikan beberapa buah lagu cuma sayang aku tak merakamnya. Mungkin aku begitu menikmati kemerduan lagu itu. Huhu.



Kemudian, majlis dimulakan dengan ketibaan dif-dif terhormat dan diteruskan perasmian pembukaan oleh Pn Sri Susan Cheah, EXCO Member of Sunway Group. Perasmian itu dilakukan dengan cara mengetuk palu ke gong. Ketika itu, terasa meriah dan hangat suasana di dalam karnival itu. Lepas tu, ada pula acara menaiki beca yang dituruti pembawaan Jalur Gemilang. Memang rasa nostalgia betul.

Karnival #JomMalaysia itu terbahagia kepada beberapa area yang menarik dan berbeza. Semua itu harus dilawati ketika ke karnival #JomMalaysia. Di kawasan photowall, kita dapat bergambar sebanyak mungkin dengan bertema #JomMalaysia. Kira ini merupakan tempat rasmi bergambar untuk #JomMalaysia. Contoh gambar seperti di bawah

VIP bergambar dengan beca


VIP bergambar di photowall #JomMalaysia

Untuk makanan, boleh didapati di Food Street. Disini terdapat pelbagai aneka makanan tradisi negara kita. Burger Ramly pun ada wehh.. Hahaha. Kuih-muih, nasi, mee dan pelbagai lagi hidangan tradisi yang terhidang kepada pengunjung. Bestnya apabila ada makanan tradisi yang hanya ada di tempat tertentu atau masa tertentu turut ada di Food Street tu.

suasana di Food Street

Gerai Ramlee Burger

gerai kuih muih

Di area Green Initiative pula merupakan kawasan Go Green dan menyokong Go Green. Kat situ, kita boleh menyumbang untuk menjaga alam sekitar kita. Caranya mudah, upload gambar berserta hashtag, kemudian secara tidak langsung, posting kita menyumbang satu pokok yang akan ditanam oleh pihak Sunway. Baguskan cara ini. Buat ramai yang akan membantu Go Green.



Bagi yang suka bermain, ruangan ini pasti menggembirakan anda. Ruangan permainan. Ada pelbagai jenis permainan tradisional Malaysia seperti congkak, tengteng, lompat tali dan sebagainya di sana. Jadi mereka yang rindu nak main permainan dulu-dulu bolehlah serbu ke ruangan ini. Yang tak pernah main atau kenal pun boleh sertai. Sangat menyeronokkan tau main permainan lama ni. Jadi jangan melepaskan peluang anda.


keluarga bermain congkak


Kawasan yang aku paling suka adalah Heritage Street. Kenapa?sebab berseni. Ada pelbagai seni dan kraft tangan di situ. Malah ada juga gerai yang menjual makanan ringan yang digemari rakyat Malaysia masa dulu-dulu. Selain itu, bersebelahan dengan Heritage Street ni ada seni mural yang sangat cantik tau. Memang syok habis. Aku rasa macam nak jalan lama-lama di kawasan itu. Tak puas kalau sekadar sepintas lalu je. Kena pergi setiap gerai dan lihat. Kalau ada duit, beli. Itu lagi memuaskan hati.

Suasana di Heritage Street



seni mural di sebelah Heritage Street

gerai seni anak tempatan | Salang Design

Poskad daripada The Loka Made

Akhirnya, karnival #JomMalaysia juga turut mencipta terowong evolusi yang mana di dalam terowong itu terpamer barang-barang lama yang pernah diguna pakai oleh masyarakat dulu serta disajikan juga sejarah-sejarah sebelum merdeka sehinggalah ke zaman kini. Ini tersangatlah mengimbau nostalgia. Aku suka kerana terowong ini membantu generasi kini mengenal kehidupan masyarakat kita dulu-dulu. Ini peluangnya untuk ibubapa membawa anak mereka belajar tentang Malaysia. Mengenal lebih mendalam tentang negara kita.





Selesai pusing seluruh kawasan, aku rasa sangat seronok dan berpuas hati. Karnival #JomMalaysia ini benar-benar sebuah perjalanan yang mengimbau nostalgia dulu-dulu. Membawa kembali budaya dan tradisi dulu yang makin kurang dikenali ke dalam sebuah karnival. Suasananya yang meriah melahirkan aku sebuah kenangan yang indah untuk dilupakan terutamanya ia adalah sambutan hari kemerdekaan.

Harap kita tidak akan melupakan asal usul diri kita. Teruskan menjaga budaya dan tradisi supaya tidak ditenggelami zaman. Moga karnival seperti #JomMalaysia ini dapat lagi diteruskan pada tahun hadapan. Kalian pun janganlah melepaskan peluang untuk menyertai karnival ini. Rugi tau tak datang. Jangan cakap aku tak bagi tau.

Hari Kemerdekaan aku dihiasi dengan penuh makna, bagaimana pula dengan hari kemerdekaan kalian? Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 buat seluruh rakyat Malaysia.

You Might Also Like

3 comments

  1. wah bagus ada event macam ni raikan dengan ke semua bangsa ..banyak aktiviti menarik dan suka yang part foods tu hii..

    ReplyDelete
  2. meriah best.. kibarkan Jalur Gemilang =D

    ReplyDelete
  3. bestnye.. dah lama x merasa smbut hari merdeka semenjak habis belajar

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT