Domino's It's All About You | Makanan menghangatkan kala hujan

8:00 AM

Assalamualaikum dan hi semua!

Bila masuk musim hujan ni, mulalah terasa nak makan sesuatu yang lazat dan panas. Makanan yang mampu menghangatkan badan di kesejukan hujan. Kalau dulu-dulu, ubi panas menjadi pilihan hati tapi sekarang ni mana nak cari ubi? Lagi-lagi buat mereka yang tinggal di bandar, mana mau cari ubi kan? Usah bimbang, semua itu tidak menjadi masalah kerana aku punya solusi lain untuk menggantikan ubi itu.

Awan hitam berarak kemari,
Mencurah air ke lantai bumi,
Pizza Domino's solusi yang dicari,
Menghangatkan badan aku, ayah dan umi.

Iya! Musim hujan begini memang pizza pilihan yang tepat. Makan ketika ia masih hangat sungguh nikmat dan menyelerakan. Kebetulan pula sekarang ni Domino's Pizza ada mengadakan kempen It's All About You dan menawarkan pelbagai promosi menarik yang kacak bergaya.

Domino's Pizza ni sudah bertapak di Malaysia selama 21 tahun yang mana cawangan pertamanya dibuka di Johor pada tahun 1999. Sekarang sudah ada lebih dari 200 cawangan Domino's di seluruh Malaysia. Wow kan? Ini membuktikan Domino's pilihan pizza yang dipercayai dan kesukaan ramai.
Demi meraikan sokongan dari para pelanggan peminat pizza yang tak henti-henti kepada Domino's ni, kempen It's All About You diwujudkan.


Selain daripada kalian hafal nombor 1-300-888-333 untuk hubungi Domino's, kalian juga boleh 'order' secara atas talian dimana kalian boleh memilih untuk 'delivery' atau 'pick up'. Dan kalian masih bisa 'order' secara 'walk in' di mana-mana cawangan Domino's terdekat anda. Begitu banyak pilihan untuk kita menempah pizza.

"Apa lagi alasan anda untuk katakan tidak kepada pizza?"

Aku pun, pastinya tak lepaskan peluang ni. Waktu-waktu hujan dengan promosi daripada Domino's ni sungguh tak mampu aku tolak. Ia benar-benar memikat hati dan mengundang rasa terliur yang melampau. Hahaha

Adik aku keriangan dapat pizza. Pizzakan kesukaan semua orang

Yang ni saya tempah pagi dan tetapkan pilihan masa untuk ambil di malam hari. Kita juga boleh tempah untuk ambil esok atau hari seterusnya dengan pelbagai pilihan masa. Begitu mudah dan menyenangkan. Aku tidak boleh buatkan 'delivery' kerana kawasan rumah aku terletak di luar sempadan penghantarannya, jadi aku memilih untuk 'pick up' saja.


Kebetulan pula ada dua kupon yang aku dapatkan dari Domino's. Terus guna kedua-dua kupon tu untuk musim hujan ni. Kalau tak guna kang membazir pula bila tamat tarikh. Tips : habiskan/gunakan semua kupon percuma pizza agar tidak membazir. Orang bagi percuma, kita nikmati sajalah.




Mengiurkan betul bila tengok pizza ni kan? Pizza memang makanan yang menghangatkan kala musim hujan. Rasa dia tu memang nikmat. Kalau kalian tambah cheese pula, memang sedap habis ataupun pilih crust dia yang ada cheese kat dalam. Pehhhhhh.. Kacak bergaya menawan hati sungguh. Tak sanggup untuk menolak kelazatan pizza Domino's ni. Untuk pengetahuan kalian, sebelum aku makan pizza ni, aku dah makan pizza pagi tu gara-gara mak aku terliur nak makan pizza. Kiranya seharian tu, aku makan pizza je. Cuma tak sempat nak tangkap gambar untuk pizza pagi tu.

Staff Domino's juga begitu baik dan membantu. Boleh aku katakan perkhidmatan daripada Domino's sungguh cemerlang. Jadi, bawalah dan nikmatilah pizza Domino's bersama mereka tersayang.

Untuk dapatkan kupon Domino's pizza bagi kempen It's All About You,
Boleh klik di bawah ni :
KUPON DOMINO'S

Maklumat lanjut tentang kempen It's All About You:
http://www.dominos.com.my/itsallaboutyou

Layari Domino's untuk lebih informasi:
https://www.dominos.com.my/
https://www.facebook.com/DominosMY
https://instagram.com/dominosmy

#Dominospizza #ItsAllAboutYou

You Might Also Like

2 comments

  1. ehhhh sedapnyA~ bila nak cuti tah nak g beli jugak haha

    ReplyDelete
  2. makan dominos pizza masa hujan memang terbaik sangat

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News