Apa nie, NAJAH???
10:01 AM
shoot the dosa
Assalamualaikum :)
Hoho. Selamat PAGI PETANG MALAM, semua!
Pernah tak korang rasa sesuatu yang bagi korang resah, tak tenteram tapi korang tak rasa DOWN pun?
Rasa macam nak lepaskan sesuatu dalam diri yang telah membebani diri selama ini.
Rasa diri jauh dari Mak Cik Hidayah.
Tapi diri pula tidak ingin untuk melakukan perkara yang Mak Cik Hidayah suka.
HUH...
Itulah yang selalu aku rasa kebelakangan ini. *sejak masuk uniten*
Mungkin itu salah satu ujian ke atas diriku.
Aku rasa seperti baru mengulangi masa dan menjaga apa yang aku perlu jaga serta memanfaat apa yang perlu aku manfaat. Dalam masa yang sama, aku rasa macam berat untuk pegang apa aku ada sekarang.
Then, setiap kali aku rasa itu, Allah yang Maha Pengasih telah menegur secara tak langsung melalui kata-kata kawanku atau kenalanku. Akan ada sesuatu yang terus ZUP masuk ke hatiku untuk menegurku, membaiki jiwaku. Dan seharusnya bila kita menerima Hadiah istimewa dari Tuhan, perlu langsung BANGKIT. Jangan sekadar tengok dan duduk insaf tanpa sebarang Tindakan pemulihan diri.
Tadi, aku terjun ke MUKA BUKU jap. Sekadar untuk melihat perkembangan mereka, kenalanku yang tekun di dalam sana.
Tetibe mata teralih pada satu status yang memberi jawapan kepada segala permasalahan ku.
Ulama sebut tanda kita nie banyak dosa, dua perkara sukar nak buat:
1) Sukar Nak bangun Qiammullail
2) Sukar nak puasa sunat
Bukan setakat dua perkara tu tapi banyak lagi yang terhalang dari melakukannya.
T_T O Allah, berdosanya aku..
Teringat aku akan ayat 135 dari surah Ali Imran.
"dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya TIDAK ADA YANG MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MELAINKAN ALLAH dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)"
GULP.
Apakah aku terus sujud memohon AMPUNAN dariNya?
atau apakah aku telah meninggalkan perbuatan dosaku itu?
Apakah aku melengah-lengahkan kata taubat ku memandang dosa telah buat diriku merasa masa masih panjang?? Oh tidak! Ini sudah parah NAJAH.
BERUBAHLAH.
Mati tak kira detik dan saat.
Karna aku melengah lengah perkara baik menyebabkan titik-titik hitam makin bertambah hingga menjadi tompok dan bertambah lagi menjadi salitan cat.
"Semoga kita terus membersihkan calitan cat hitam yang mewarnai hati kita setelah mendapat berus dari mak cik hidayah sebelum berus tu mak cik kasi kat orang lain"
0 comments
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen