Cara Mudah Dapatkan No Pinjaman PTPTN!
11:01 PMAssalamualaikum dan Hi korang!
Posting ni khusus buat mereka yang meminjam dengan PTPTN dan ingin mengemaskini maklumat pendapatan mereka bagi mendapatkan penangguhan bayaran. Untuk mengemaskini maklumat pendapatan, pihak PTPTN akan meminta no IC kita dan juga no pinjaman PTPTN yang mana nombor inilah yang susah sikit. Sebab untuk tahu nombor pinjaman kita, kita perlu telefon nombor careline PTPTN di 03-2193 3000 atau whatsapp di mana-mana nombor pegawai PTPTN. Bila call careline, line selalu sibuk. Whatsapp pula lambat balas. Iyalah sebab confirm ratusan yang whatsapp nombor tu.
Oleh itu, aku ingin kongsikan satu lagi inisiatif lain yang mudah dan cepat tanpa perlu kacau pegawai PTPTN (kesian diorang kena hadap kita. Ratusan mesej whatsapp dan panggilan masuk).
LANGKAH PERTAMA
Korang ke website ni.
Bagi yang dah selalu login, bolehlah log masuk seperti biasa. Masukkan no IC dan juga passwordnya. Bagi yang pertama kali, kerana mungkin sebelum ni mohon PTPTN dengan cara manual bukan online, anda bolehlah tekan di terlupa kata laluan? tu.
Di sini, korang masukkan no IC dan juga abjad/angka yang dipamerkan kemudian tekan teruskan. Lepas tu, korang akan dapat emel untuk pertukaran kata laluan. Dalam emel tu, dia akan bagi kata laluan yang baru, jadi korang ke website ni balik http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp dan masukkan no IC serta kata laluan yang dia bagi.
Aku dah buat ni kat sepupu aku sebab dia mohon PTPTN secara manual, dan Alhamdulillah berhasil. Yang penting, korang masih gunakan emel tu sebab kalau korang tak pakai dah emel tu, susah sikit. Kira korang tak dapat gunakan inisiatif yang aku bagi ni.
LANGKAH KEDUA
Dah login masuk, dia akan keluar macam ni. Lalu korang tekan di penyata baki seperti yang aku tunjukkan kat bawah.
LANGKAH KETIGA
Dah tekan, dia keluar macam ni, scroll ke bawah sampai jumpa 'Pendaftaran untuk Direct Debit'. Ikut je step ni, jangan banyak tanya.
LANGKAH KEEMPAT
Lepas tu, tekan permohonan baru
LANGKAH KELIMA
Kemudian dia akan keluar nama korang dengan Ic korang. Hujung tu ada kotak 'Mohon'. Tekan kotak 'Mohon' tu.
LANGKAH KEENAM
Dia akan keluar macam ni. Tadaaa!! Korang dah jumpa no pinjaman korang. No pinjaman tu ada kat kotak yang aku bulatkan merah tu. Ambil no pinjaman tu, salinlah kat mana-mana yang selamat atau hafal. Yang aku tu, aku tutup no pinjaman aku, tapi dia akan keluar kat situ. Insha Allah. Dah catat dan salin, korang tekan kotak 'Kembali' kemudian tekan pula kotak 'Keluar' sebab korang bukan nak buat bayaran melalui direct debit pun. So batalkan permohonan tu kecuali korang betul-betul nak buat direct debit.
LANGKAH KETUJUH
Dah dapat no pinjaman tu, apa lagi, jom kemaskini pendapatan korang di website ni https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/ . Masukkan no IC korang dan no pinjaman yang korang dapatkan tadi kemudian tekan 'Log Masuk'. Selepas itu, update alamat, email, no telefon dan juga status pekerjaan korang. Lepas tu siap.
Aku harap ini dapat membantu mereka yang masih belum dapatkan no pinjaman. Masa makin terhad sebab kemaskini pendapatan tu sampai 25 Julai sahaja. Jadi CEPAT! Sebarang pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen bawah. Terima Kasih.
22 comments
yeayyyy thanks share tutorial ni!
ReplyDeletesama-sama.. hehe
DeleteGood sharing Najah. Ira sendiri tak pernah terfikir cara ni hahaha. Satu lagi boleh tengok no pinjaman pada borang permohonan masa awal2 ptptn diluluskan dulu :D
ReplyDeletesaya dah lupa kat mana letak borang tu.. hehe
DeleteBlh bagi contoh no tu x.brg loan ada.dah try masuk no.tapi xboleh juga. Mungkin no lain.
DeleteBlh bagi contoh no tu x.brg loan ada.dah try masuk no.tapi xboleh juga. Mungkin no lain.
DeleteAlhamdulillah ... Terima kasih atas perkongsian :D
ReplyDeleteTerima kasih banyak Najah!! :)
ReplyDeleteMuch thanks. May Allah ease your tasks :)
ReplyDelete<-- is bukan peminjam PTPTN..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.
camne nk connect email ke gmail eh? nk recovery password x dapat
ReplyDeletemasa mohon ptptn tu pakai emel lain eh? sebab kalau nak tukar, complicated sikit steps dia. unless pergi kat emel, get back balik emel lama tu
DeletePM FB PTPTN. Diorang akan minta email lama dan email(gmail) baru. Diorang akan kemaskinikan pastu bg temporary password utk kita login semula.
DeleteFB PTPTN ---> https://www.facebook.com/PTPTNOfficial/
Terima kasih untuk tutorial ni. Sgt2 membantu ! Thanks :)
ReplyDeleteThanks.. sgt membantu 😉
ReplyDeleteelok je dpt log in, klik penyata baki
ReplyDeletekeluar request username n pasword.. :( msuk ic n pss, page eror
saya rasa mungkin disebabkan ramai yang masuk, jdi webpage jadi overwhelming dan error
DeleteIt didn't help me retrieve my no. pinjaman. I think dorang change the interface or something. Kena charge rm5 thinking I would get to sign-in skali it's for yg memohon borang PTPTN -____-
ReplyDeleteBut thank you for the help!
I'm sorry to hear that. I think because the want to get something benefit from this so they change the format. once again, im sorry, and hope you will find the best way
DeleteSALAM, nak bagitahu,a de cara lagi mudah dari tekan "direct debit tu"
ReplyDeleteatas direct debit ade pilihan "semakan nombor pinjaman" lagi senang. klik tu je.. sekian
wassalam, terima kasih atas pemberitahuan itu. sebelum ni tiada lagi begitu. yang 'direct debit tu' baru sahaja diwujudkan setelah ramai yang merungut akan kesukaran mendapat no pinjaman
Deletesis dah boleh update entry, sekarang dah ada button semak no penyata atas pendaftaran untuk debit tu
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen