Final Exam !

10:45 AM


Bismillah
Assalamualaikum

Esok bakal menjelang, hari ini bakal menjauh, semalam menjadi kenangan. Masa yang ada jangan dibazir, kelak menyesal berpanjangan. Hargai yang dimiliki, manfaatkan segala. Dunia berubah ubah corak, pendirian perlu ditegakkan. Tingkatkan prestasi, singkirkan kegelapan. Selamat menjadi lebih baik dari semalam.

12 Mei 2014 akan bermula peperiksaan akhir aku untuk trimester ni dan juga yang terakhir untuk asasi. In shaa Allah.
Segala persediaan dan tenaga dikerahkan semampu boleh untuk mencapai keputusan yang memuaskan. It's time for Gear 5 !

"bagaimana pula dengan persediaan awak?"

Erk. persediaan aku? Sambil lewa aku rasa. Entahlaa. Tak seperti trimester lepas. Trimester nie aku kuat main. Malah sempat buat macam macam hal walaupun di saat getir. Kekadang takut dan bimbang juga dengan diri ini. Umi selalu pesan jangan terlalu yakin nanti keyakinan itu hilang.
"Never Over Confident or Confident is over"
Kerna umi tahu sejak dulu lagi aku terlalu yakin yang aku mampu jawab. Akhirnya berlaku sebaliknya. Kerna aku menganggap remeh dan ambil ringan jer semua itu. Dan aku takut perkara yang sama berulang ulang banyak kali. InshaAllah aku akan cuba mengubahnya. Menstabilkan tahap keyakinan aku

"awak buat macam mana?"

Sebab aku pernah gagal dalam SPM, jadi aku ubah cara aku. Cara aku belajar dan menelaah. Kalau dulu aku tak fokus dan sering terlelap dalam kelas. Bila budak pandai bagi tips yang glamour "Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar dalam kelas" aku buat tak layan je. *huh, bajet pandai, wueekk!*

Sekarang bila dah besar sikit, mula sedar kesilapan diri. Dah matured sikit. *ye ke :P?* Kesilapan lalu memberi pengajaran kepada aku. Banyak yang aku fahami dan belajar selepas gagal dunia. Gara itu, Aku mengubah ubah pendirian belajar aku. Aku niatkan aku belajar kerna Allah. Ayat itu mungkin simple tapi memberi impak yang besar kepada hidupku. Sebelum mula kuliah, aku akan membaca doa seikhlas hati memohon agar ilmu yang aku dapat ini memberi manfaat kepada aku dan kepada ummah/islam. Aku juga selalu berdoa agar ilmu itu lekat dalam hatiku dan aku mampu menyebarkan kemanisan ilmu itu kepada orang lain. Setelah itu, aku memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang di ajar oleh pensyarah. Pen dan kertas dan tersedia di atas meja untuk mencatit input input tambahan yang tiada dalam slide. Dan aku tidak laa bergantung sangat kepada slides yang diberi *setiap orang dia tak fokus dalam kelas kerna fikir akan study nanti guna slide* sebab aku tahu slide itu tidaklah lengkap. Lagipun aku study bukanlah untuk exam, pointer, dan sijil semata.

"bukan exam, pointer dan sijil itu penting juga?"

Hahaha.. Aku tak cakap pun bende tu tak penting. Yang aku cakap hanyalah aku belajar bukanlah untuk exam, pointer dan sijil semata. Maksudnya bende tu hanya menjadi hal sampingan dalam perjalanan menuntut ilmu. Jika tak genggam bende tu, kita mungkin terbantut sikit dari kehadapan. Mukmin itu perlunya juga berjaya dari segenap aspek. Tapi kalau kita meletakkan matlamat belajar kita untuk bende tu maka ilmu yang ada menjadi tidak berkualiti mano. Setelah kita miliki bende tu dengan ilmu, tentunya ilmu rasa dah tak berguna dia berada dalam dada kita lalu mula laa kita tak ingat tu tak ingat nie.

Ingat,

Ilmu pun ada rasa juga. Dia akan memberi manfaat kepada mereka yang ikhlas menginginkannya. Dia juga mahukan rumah yang baik untuk dia menginap. Takkan dia nak tinggal di rumah yang rupenya motel saja?
haha.. *maafkan saya kerna berkias tak tentu hala*

"saya doakan yang terbaik untuk awak"

Terima kasih. Semoga diri ini dapat menghindari dari dipeluk oleh Cik Malas. Rimas jugak dengan pelukannya hingga mampu buat aku tidur dan buat bende lagha.. kehkeh..


All the best untuk sahabiah. 

Sesibuk mana pun kita berusaha meraih kecemerlangan, hubungan dengan Allah perlu dijaga. 
Bukankah Allah pemilik segalanya? Mengapa tidak bersibuk dengan Pemilik terlebih dulu sebelum bersibuk dengan apa yang Dia miliki?

Okey, Sekian
Salam sayang dari saya. Muah XD

You Might Also Like

1 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News