VERSATILE BLOGGER AWARDS by Tini & Mira
5:05 PMBismillah dan Assalamualaikum
Omo!! (\O_o/) kena tag.
Sebelum tu Terima Kasih kepada yang sudi tag. Terkejut jugak tetibe kena tag. Buka tengok blog diorang , rupanya untuk Versatile Blogger Awards. Then whats that? Haha. Anugerah Blogger Serba Boleh? Serius aku tak tahu pape. Mungkin busy siapkan final projek sampai tak tahu pun ada bende tu. Okay, untuk yang baru tahu macam aku nie ape tu Versatile Blogger Awards, nie syarat-syaratnya.
Syarat-syarat :
- Thanks to the person who gave you this award
- Include a link to their blog
- Select 15 blog/blogger you've recently discoverd/followed regularly
- Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
- Tell the person who nominated you with 7 things about yourself
Jom, kita mula :)
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi tag. Korang patut singgah dan berblogwalking ke blog diorang. Gempak
Farahana : http://farahanaramlan.blogspot.com/
Tini : http://aquagurl87.blogspot.com/
Dan untuk blogger yang akan aku dinominate ialah seperti di bawah. Kehkeh ^^
Zue : http://eyranasrin.blogspot.com/
Atikah : http://seharumlavenda.blogspot.com/
Atikah : http://permenkaretmanis.blogspot.com/
Aliya : http://aliya30.blogspot.com/
Cik Zahrenn : http://zahrenn.blogspot.com/
Syahirah : http://seindahnostalgiasemalam.blogspot.com/
Diya : http://fardiyah.blogspot.com/
Balqis : http://makcikdakwah.blogspot.com/
Lazy Blog : http://peningkah.blogspot.com/
Amirah : http://invisiblelassie.blogspot.com/
WeenJoe : http://nurinaireen.blogspot.com/
Aimie : http://aimiefarzana98.blogspot.com/
Syazwani : http://nurulsyazwaniyazid.blogspot.com/
Fiqa : http://fiqansz.blogspot.com
Mia : http://www.mialiana.com
Here we go, 7 Facts about Me :)
LOVE KPOP
Haha. Macam lawak jer dengar. Sebab kalau mereka yang kenal aku pada mulanya memang takkan sangka yang aku nie minta kpop. Bila dah lama kenal akan tahulah perangai gila kpop aku. Huhu. Kumpulan kpop yang aku minat plak Girls' Generation. Lantaklaa orang nak cakap kumpulan tu gedik ke apa ke , aku tak kisah. Selain tu aku suka juga tengok drama atau movie atau realiti show diorang. Mungkin aku rasa ada value value sampingan yang aku dapat selain main dia.
HAFIZAH
Mungkin macam pelik je aku letak fakta tu tapi tu lah hakikat diri aku. Aku seorang hafizah atau bahasa mudahnya seorang penghafaz 30 juz Alquran. Tetapi sedikit kecewa dengan diri aku bila aku tidak mengikut apa yang digariskan dalam quran. Dulu aku tak nak mengaku karna kononnya tak nak menjadi fitnah kepada penghafaz quran yang lain sebab aku bukan yang terbaik bahkan banyak kekurangan. Tapi aku tidak boleh lari dari hakikat itu. Mana mana penghafaz alquran akan tetap menjadi penghafaz quran sampai mati. Title itu tak akan pernah luput atau lenyap meskipun kita melakukan pelbagai cara untuk menghilangkannya. Jadi kenalah aku berubah dan menjadi yang terbaik. Itulah cara yang terbaik untuk mengelak diri dari jadi setitik nila kepada mereka yang lain. Kena sentiasa mengulang balik hafazan, beramal dengan quran serta mengajarnya kepada orang lain.
LISTEN & SILENT
Maksud listen dan silent kat sini adalah aku nie pendengar yang mendengar segala permasalahan orang lain *mak membebelpun aku sudi mendengar tanpa bantahan* tapi silent dalam menceritakan masalah aku. Lebih kepada seorang yang pemendam rasa dan tak suka menceritakan perumitan kehidupan aku kepada orang lain. Haha. Kekadang aku pun pelik dengan diri aku. Sebab hal ini, aku lebih banyak menyendiri atau beruzlah.
SUKA PADA KREATIVITI
Aku suka sangat pada seni yang kreatif, simple dan menarik. Sangat kagum pada mereka yang kreatif dan banyak idea. Memandangkan aku nie tak kreatif sebab tu aku sangat teruja dan kagum giler pada seni seni kreatif nie. Aku fikir bestnya kalau aku macam diorang tapi tulah tak tercapai lagi. Berfikir macam mana diorang buat tu buat nie. Ada lah juga aku cuba belajar kat komputer tapi still buruk sebab diri tak kreatif. Tapi aku takkan putus asa sebab aku tahu kreatif boleh dibina juga. So aku tetap teruskan. Aku ada buat tumblr untuk lemparkan seni aku. Boleh klik kat SINI. walaupun tak derlah gempak sangat macam orang lain, aku akan cuba belajar dan belajar. Seni itu sesuatu yang unik.
CANNOT DEFINE MYSELF
Ops. Haha. Jujurlah aku katakan yang aku tak tahu nak describe diri aku nie jenis yang macam mana. Better tanya pada mereka yang terdekat dengan aku. Kalau nak suruh aku cerita pasal diri aku, konfemlah aku ceriba yang fantasi sahaja. Kehkeh. Poyolaa katakan. Aku rasa macam perangai aku berubah ubah *sangkaan aku* Haha.
MALAS?
Aku bila malas, memang malas tapi tak der laah sampai ke tahap gaban. Tahap sederhana aja. Bersederhanalaa konon. Hihi. Sebab malas nie, kerja pun jadi bertangguh tangguh. Apalaaa. Fail betul. Kekadang sanggup tidur atas katil yang penuh kain gara gara malas nak lipat kain. Atau tak terupdate blog gara gara malas nak taip. Haha. Malas nak studylaa. Malas nak kunyah makanan laa. Malas nak tengok movie. Malas nak fikir. Malas nak design. Malas nak buat assignment. Malas nak gi kelas. Malas nak mandi. Eh
TALKATIVE
Last but not least, Bila aku dengan seseorang tu, aku akan banyak cakap. Kekadang suka buat lawak atau loyar buruk. So, macam pelik kalau aku diam. Itu samada aku fokus atau tak der mood, kalau tak bercakap je memanjang. Haha. Perangai ni datang bila aku masuk u. Mungkin. Aku bercakap pasal apa apa je topik selain topik permasalahan diri aku. Suasana krik krik memang tak best. Tak sukalaa , baik aku cakap untuk memecahkan suasana tu.Hahah
Sekian.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Semoga kita terus dikurniakan rahmat hidayah dariNya
3 comments
hehe..
ReplyDeletewahhhh banyak fakta najah.kihkih.
ReplyDeletedan knp aku di tag kerana aku sedang malas nak menaip --''
hhaha..makanan pun malas nak kunyah..ni mesti selalu telan..hehe..bestnye dpt jd hafizah >_<
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen