Create Your Own Photobook!

10:00 AM

Assalamualaikum dan Hi Korang!

Hari ni aku nak kongsi bagaimana cara nak design sendiri photobook kita. Sekarang ni bila semuanya online, memang mudah. Salah satu tempat untuk dapatkan photobook online, ada banyak. Antaranya, Pixajoy, Photobook Malaysia dan yang paling popular ialah instagram. Tapi instagram tu, kita tak dapat nak design sendiri photobook itu mengikut citarasa kita. Jadi, bagi korang yang suka hasil sentuhan tangan sendiri, bolehlah terjah ke dua website yang aku nyatakan tadi. Pixajoy dan Photobook Malaysia.

Mahallah photobook di dua website tu.

Yup, memang mahal tapi korang belilah time diskaun atau dapatkan voucher RM1 di mana2 yang offer. (salah satunya di shoppee dan shopback). Bila korang dapatkan voucher berjumlah RM1, korang akan jimat RM78 daripada harga asalnya RM79.

Keduanya website aku dah pernah cuba beli. Masing-masing bawah RM20 aku habiskan dan itu termasuk kos penghantaran dan juga kos tambahan lain. Untuk makluman korang, cara Pixajoy dan Photobook Malaysia ni lebih kurang sama. Dari cara design photobook hinggalah ke cara pembayaran. Jadi untuk memudahkan, aku hanya ajar cara-cara tersebut tapi menggunakan Photobook Malaysia. (Sebenarnya kebetulan aku baru lepas order dari Photobook Malaysia. Tu semua gara-gara terbeli voucher lebih)

Cara-cara membuat photobook rekaan sendiri di Photobook Malaysia

1. Pastikan korang install software dia untuk lagi mudah. Boleh saja buat atas talian [online] tapi bila korang install software dia, korang boleh buat meskipun korang tiada line internet ketika itu.


2. Buka software itu. (Tak kisah samada korang install yang Photobook Malaysia mahupun yang Pixajoy). Bila buka tu, dia akan keluar seperti ni


pilih korang nak buat apa

pilih jenis photobook korang

selepas tu pilih saiz photobook korang

namakan projek korang

Bagi yang baru, pilih create new project. Tapi bagi yang menyambung project yang telah dibuat, boleh pilih existing project. Untuk yang pilih new project, korang perlu pilih pula jenis item apa yang korang ingin design, kalau photobook, tekan saja photobook. Lepas tu, pilih pula jenis photobook macam mana. Dalam kes aku, aku pilih yang 6x6 square 40pages, memandangkan voucher aku tu, yang tu.

Nampak tak dah banyak file aku. Aku hanya perlu pilih nama file yang belum selesai design.

3. Kemudian, untuk memasukkan gambar korang dalam photobook itu, korang haruslah terlebih dahulu mengupload gambar-gambar korang ke dalam software tersebut. Rujuk pada gambar aku di bawah.

tekan pada simbol tambah tu

Pilih korang nak upload melalui komputer atau facebook/flickr. Boleh pilih nak upload satu2 gambar atau folder

4. Aku akan terangkan serba sedikit tentang interface dalam software photobook ni. Selainnya korang bolehlah explore sendiri.


Bahagian bawah ini terbahagi kepada 5 tab. Setiap tab tu, ada berlainan fungsi.


Tab page style tu fungsinya untuk korang susun atur kedudukan gambar korang dalam muka surat tu nak jadi macam mana. Samada collage banyak gambar, atau sekadar sekeping dua.
Tab mask tu pula untuk effect ke atas gambar korang. Bukan effect filter ya, tapi dia macam baju ke gmbar korang. Korang boleh jadikan gambar korang dalam pelbagai bentuk samada love, bintang, dan lain-lain lagi.
Tab Background ni pula untuk letak latar belakang kepada muka surat.
Tab Frames ni korang boleh letak frame ke gambar korang seperti nak letak frame polaroid dan lain lagi.
Tab Scrapbook ni best dan syok sikit sebab korang boleh masukkan pelbagai jenis stiker yang menarik dan jadikan photobook korang ala scrapbook.

Untuk tambah text pergi dekat simbol 'tambah Aa', manakala untuk tambah kotak gambar klik pada 'tambah simbol gambar'.

5. Selesai design photobook korang, sekarang dah tiba masa untuk jadikan photobook korang itu nyata. Tekan dekat file, dan klik order. Itu untuk korang mula menempah photobook korang kepada Photobook Malaysia.


selepas tu, dia akan popup ni. tu adalah terms photobook

dia akan cuba connectkan dengan browser untuk proses pembayaran

korang pilih jenis kertas macam mana korang nak


Masukkan alamat, dan pilih jenis penghantaran

6. Sekiranya korang ada voucher atau coupun, boleh redeem di step ini. Selepas masukkan voucher atau coupon korang, korang diminta untuk pilih bank dan jenis pembayaran.

kat situ untuk korang masukkan code voucher, dibawah tu cara pembayaran

jumlah terakhir untuk korang bayar

selesai semua tu, korang akan dapat order siri.

7. Selesai pembayaran, photobook akan minta hasil design korang. Ini penting kerana jika korang tak lakukan step ni maka say bye bye to photobook korang. Aku pilih upload secara online. Design korang akan dihantar ke server photobook dan ia mengambil sedikit masa. Pastikan sepanjang proses itu, line internet korang tidak terganggu.


Selesai upload, kalian hanya perlu tunggu pihak Photobook Malaysia selesai prosesnya dan hantar ke rumah. Mudah kan? Hahahaha. Sebenarnya tak mudah sangat cuma tidaklah susah sangat.

Aku ni jenis suka hasil tangan sendiri jadi sebab tu aku cari photobook yang boleh design sendiri. Nak kasi orang lain design aku takut tak kena dengan taste aku. Kalau korang jenis tak kisah, ada je seller2 di instagram yang jual photobook dan korang hanya perlu kasi gambar.

Oh ya, gambar tu korang boleh masukkan tak kira banyak mana selagi ia muat dengan pages korang. Kalau pages 38 maka sampai 38lah korang dapat hias dan masukkan gambar. Dia tak limit Gambar tapi limit page je. Aku harap ni dapat membantu korang dan sekiranya ada pertanyaan, boleh tanya aku di ruang komen. Selamat mencuba!

You Might Also Like

12 comments

  1. aku pun buat sendiri doh loni. heheheh

    ReplyDelete
  2. Photobook ni syg betul Husniey tak buat malas nak ngadap berjam jam lamanya
    haritu ada dapat free dari airasia sempena birthday tak tebus tebus sampailah dah expired.. Huhu

    Btw thank you Najah for sharing this.. Terang dan jelas perkongsian tentang nak buat photobook ni nanti boleh rujuk kalau ada yang tak faham manaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa,, sayangnya! xpe, nti boleh dapatkan lagi voucher nya. heheh

      Delete
  3. Ciktie baru nak buat! Minggu lepas nak buat tapi tak sempat Line slow sangat. Nanti dah siap dan dah terima barang baru ciktie nak tunjuk hehe

    ReplyDelete
  4. PErnah try buat guna Photobook tapi sampai sekarang tak submit 😅

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing..
    Nak mengadap tu yang tak sanggup.. hehehe.. pernah dapat free tapi dah expired..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya! tpi itulah, mmg nak mghadap tu makan masa jugalah

      Delete
  6. Menariklah buat photobook design sendiri ni ya. Tapi nak tanya kalau buat online ni lagi murah ke kalau kita ke kedai gambar je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkin jimat print gbr kat kedai lagi. Cuma kalau pakai voucher tu lagi jimat sebab harga photobook jadi sekitar rm13 lebih je

      Delete

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

Broaden News




#BPT