#KISAHSIAPA 15 : IKHLAS
8:33 AMLahir rasa sekumit penyesalan dalam diri Amirah.
Semuanya gara gara ramai yang bertanyakan dia perihal bahasa arab setelah mengetahui sekolah lama Amirah.
"huh," keluhan kecil dilepaskannya.
Sepatutnya sebagai orang muslim, dia tidak bisa mengeluh.
"5 tahun dia belajar bahasa Arab. Itu suatu tempoh yang agak lama. Tapi menjadi sia sia akibat hatinya tidak gemar dan ikhlas belajarnya"
"Huh" satu lagi keluhan dilepasnya.
"Kenapa nie amirah?" tanya hanun
Hanun dan Amirah umpama pensil dan pemadam, kasut dan stoking.
Setiap kali Amirah berdukacita, tiap kali itulah hanun hadir menghiburkan. Mereka tidaklah selalu bersama [berkepit] tapi mereka saling mengingati dan menasihati walau berjauhan. Amirah pun senang menceritakan pelbagai masalahnya kepada Hanun. Sepertinya hanya Hanun yang memahami dirinya.
"entahlah. Aku rasa menyesal sangat"
"menyesal? Kenapa menyesal?"
"yelaa. Aku dulu sekolah aliran agama. Belajar bahasa arab selama lima tahun tapi lima tahun tu jadi sia sia. Buktinya berapa patah je perkataan yang aku tahu. Malu aku, hanun" luah Amirah, umpama dia melepaskan satu bebanan kekesalan.
"Ada lagi?" soal hanun
"Aku rasa menyesal sangat. Tak kan kau tak faham perasaan aku?" suara Amirah sedikit keras.
Amirah berasa sedikit kecewa. Dia mengharapkan ada kata semangat keluar daripada Hanun tapu sebaliknya berlaku. Hanun buat endah tak endah je.
"Dah habis?" hanun kembali bertanya
"hurmm" balas Amirah lemah
"Jom ikut aku"
"pergi mana?"
"ikut je"
Senyuman jelas nampak di wajah Hanun.
Muka nya tiadalah putih sangat tapi cukup manis bila dilihat. Lebih lebih lagi bila Hanun senyum.
Mereka tiba di sebuah kedai roti yang agak antik hiasannya. Ala ala retro. Kedai itu seperti sudah beroperasi selama 80 tahun. Mungkin saja itu kedai warisan sebuah keluarga.
"Mungkin dia nak belanja aku makan kot untuk tenangkan hati aku",bisik hati amirah.
"Kita buat apa kat sini, nun?" Tanya amirah sambil matanya melilau ke persekitaran kedai.
"Kau pilih roti yang kau berkenan. Lepas tu duduk situ,"balas hanun. Jarinya menunjukkan kearah suatu tempat.
"Nun, kenapa kau bawa aku ke sini?"
"Cuba kau tengok tu"
"Mana?"
"Tu tukang pembuat roti"
Amirah memandang kepada arah yang ditunjukkan kepadanya. Seorang perempuan sedang asyik menggauli doh roti nya. Terdetik persoalan di hati Amirah tentang perbuatan perempuan itu. Apa yang menyebabkan perempuan itu tampak bersungguh dalam membuat roti? Apa yang menjadikan perempuan seolah olah menghadirkan sepenuh semangatnya kedalam setiap gaulan?
“nampak, tpi kenapa?”, soalan amirah.
“okey, meh aku bercerita sedikit pasal diri dia. Kau pasti tertanya-tanya kenapa dia begitu bersungguh-sungguh dalam pembuatan roti. Tak penatkah dia? Tak bosankah dia?”, hanun berhenti sebentar dan memakan roti yang dipilihnya tadi.
“Yup. Memang aku terfikir soalan tu pun tadi.”, balas Amirah. Dia semakin ingin mengetahui jawapan kepada persoalannya tadi.
“Nama dia ialah Ahdiah dan berasal daripada sebuah keluarga yang merupakan keluarga pembakar roti yang tersohor di kawasan ini. Ahdiah ni tidak lah berapa minat sangat dalam membuat roti ni tapi ditakdirkan dia harus mempelajari teknik membuat dan membakar roti suatu saat nanti demi meneruskan warisan turun temurun keluarganya. Hinggalah saat itu tiba. Ahdiah memang tidak suka dan menunjukkan protesnya secara kecil semasa dalam proses belajar. Walaupun begitu, dia tetap dipaksa untuk belajar. Hari demi hari, daripada rasa keterpaksaan itu, akhirnya bertukar menjadi rasa biasa.”, hanun menyambung makan roti.
“oh, akhirnya dia ikhlas?”,soal amirah dengan riak muka ingin tahu.
“entah”, balas hanun. ringkas.
Amirah merasa tidak puas hati dengan jawapan itu. Sangkanya ahdiah ikhlas di akhir cerita itu.
“mestilah ahdiah itu ikhlas”,
“Amirah, ikhlas itu umpama semut hitam didalam kegelapan malam. Kita tidak mampu untuk melihat semut hitam itu tapi kita mampu merasakan kehadiran semut hitam itu. Ikhlas pun sama. kita tidak nampak tapi kita boleh merasa. Ikhlas itu bukan kita yang mengukurnya, tapi biarlah Allah sahaja yang menentukannya.Hatta aku pun masih berusaha belajar untuk mengikhlaskan diri.”,terang hanun.
“tapi aku masih tak faham hanun. Apa kaitannya dengan aku?”
“Hahahaah” gelak hanun, sedikit sopan.
“orang tanya betul nie dia gelak plak”,
“Macam yang kita selalu dengar, kekadang dengan keterpaksaan itu mampu melahirkan rasa ikhlas. contoh nya menutup aurat, kalau kita asyik turutkan kata hati kita yang tunggu ikhlas dulu baru tutup memang sampai kesudah kita tak tutup sebab kita tidak tahu apakah kita sudah ikhlas atau tak. Jadi kita kena paksa diri kita untuk menutup aurat agar dari keterpaksaan itu akan lahirnya kebiasaan dan seteruskan membawa kepada keikhlasan.”
suasana hening seketika.
masing-masing menyuapkan roti yang dipilih tadi.
“aku pernah dengar ikhlas ini bermaksud kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan untuk perbuatan kita itu.”sambung hanun
Ikhlas bererti memurnikan tujuan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dari hal-hal yang dapat mengotorinya. Dalam arti lain, ikhlas adalah menjadikan Allah sebagai satu-satunya tujuan dalam segala bentuk ketaatan. Atau mengabaikan pandangan makhluk dengan cara selalu berkonsentrasi kepada Allah
(Tazkiyatun Nufuus wa Tarbiyatuha Kama Yuqarrirruhu ‘Ulama As Salaf, Dr Ahmad Farid)
“susah ke nak peroleh ikhlas ini?’ soal amirah
“nak susah kata susah, nak senang kata senang. yang penting kita kena banyakkan berdoa pada pemilik hati kita agar diri ini dikurniakan keihlasan. kerna melakukan kerja tanpa ikhlas itu mengundang kepada sia-sia.”
“oh. nampaknya kita jangan bebankan hati kita dengan rasa protes kita pada sesuatu kerna rasa protes itu menghalang kepada rasa tidak ikhlas. kan, hanun?”muka amirah kembali menyinar.
“Yup kawan. Yang paling penting kita kena sentiasa menimba ilmu agar kita jelas tentang ikhlas ini. Salah satu cara lain ialah, kita tahu tujuan kita melakukan sesuatu itu, hikmahnya baru kita mudah untuk membuahkan rasa ikhlas dalam diri.”hanun senyum
ibarat kata hikmah
“ciri amal tidak ikhlas adalah ketika muncul perasaan kecewa jika apa yang dilakukan belum berbuah seperti yang dikehendaki”
Imam Ghazali pula
“sekiranya kamu melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, kamu tidak akan lagi mengenang-kenangnya, memikirkannya, apalagi mengungkitnya. Kerana apabila kamu mengungkit pemberian atau apa sahaja yang telah kamu lakukan, kamu telah hilang pahala ikhlas”
“Jom amirah, kita sama-sama mengejar keikhlasan dalam ibadah.Sebab ikhlas ini merupakan kunci kepada diterimanya ibadah kita”
“Jom hanun. terima kasih sebab berkongsi apa yang kau tahu dengan aku. Sama-sama kita memanfaatkannya. Tegur aku ya andai aku tersalah langkah”
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla tidak menerima suatu amal, kecuali jika dikerjakan murni karenaNya dan mengharap wajahNya”
(HR. An Nasai. Dishahihkan Al Mundziri, dan dimuat pula oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Baari VI/28)
Mereka sama sama tersenyum.
dengan senyuman yang terindah.
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَKatakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya; [Az-Zumar : 11]
0 comments
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen