#PART1 : Belajar Di UNITEN !

1:35 PM


Bismillah.
Assalamualaikum !

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga semester satu aku untuk tahun kedua pengajian. Rasa macam cepat pula masa berlalu. Seperti semalam baru mendaftar masuk ke universiti tersebut. Tup tup. Tak lama lagi dah nak berlatihan industri. Sungguh tak sangka. Terfikir juga yang boleh ke aku ini. Kat praktikal kat mana? Am i creative enough?

Hahahah

Okay, sebenarnya entry ini aku taip untuk aku kongsikan pengalaman aku selama di Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ) atau lebih dikenali sebagai universiti TNB. Hoho.

Universiti Tenaga Nasional ini ada menawarkan beberapa kursus tapi tidaklah sebanyak kursus-kursus di universiti awam lain. Tapi sebelum itu perlulah mengetahui bahawa UNITEN ini terbahagi kepada dua cawangan/kampus iaitu kampus Putrajaya yang mana terletak di kajang tapi berhampiran dengan putrajaya dan bangi, dan satu lagi kampus Muadzam Shah yang terletak di pahang. Tentang kampus Muadzam ni saya tidak boleh menceritakan dengan lebih terperinci kerana saya tak tahu. [Sorry sangat kepada yang ingin tahu]

Disebabkan UNITEN ada dua kampus, setiap kampus menawarkan kursus yang berbeza. Lebih kurang sama je dengan MMU dan universiti-universiti lain.




Kursus-kursus ini jika ingin memohon perlulah tengok bila tarikh tawaran nya kerana tak semua kursus ditawarkan untuk setiap intake.

Untuk tempoh masa pula, semua kursus kejuruteraan mengambil tempoh 4 tahun untuk dihabiskan dan masa latihan industrinya pada tahun ketiga pengajian. Kursus teknologi maklumat dan sains komputer pula selama 3 tahun pengajian dan latihan industrinya pada tahun kedua pengajian.

Kursus business menawarkan 3 tahun pengajian manakala accounting menawarkan 4 tahun tempoh pengajian. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah rujuk kat SINI

UNITEN juga ada pengambilan bagi pelajar luar negara tapi yang tu saya tidak mahu terang lebih mendalam memandangkan fokus saya tak sampai tahap promote uniten secara serius.

Seandainya ingin memohon, bolehlah ke SINI
dan untuk check requirement setiap kursus bolehlah ke SINI

Tidak dilupakan juga bahawa UNITEN ada menawarkan kursus pensijilan Tahfiz AlQuran JAKIM-UNITEN. Program Persijilan Tahfiz al-Quran Jakim-UNITEN ini juga merupakan satu program yang dirangka khusus bagi melahirkan para graduan yang profesional dalam al-Quran dan bidang kejuruteraan. Ia merupakan satu usaha yang murni ke arah membina kesepaduan ilmu duniawi dan ukhrawi.


Untuk maklumat lanjut tentang kursus tahfiz ini boleh lah ke SINI

Jangan lupa yang kursus tahfiz ini ada temuduga jika ingin mengambilnya. Tapi jangan bimbang, Allah akan tolong kita andai kita berusaha.

Sampai sini dulu perkongsian saya tentang UNITEN,
inshaallah akan disambung lagi.
Andai ingin tanya, bolehlah tanya di ruangan komen bawah.
Kalau saya boleh jawab saya jawab, kalau tak saya suruh rujuk kepada mereka yang lebih tahu.

You Might Also Like

4 comments

  1. nice sharing pasal uniten :) selalu lalu uniten dkt area Bangi tapi tak penah amik tahu pulak abt whats inside :D

    ReplyDelete
  2. akak ambil course apa dulu kat uniten?

    ReplyDelete
  3. Assalam..nk tanya..infa & facilities di uniten ok ke.. lecturer mcm mana

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News