Bukit Gambang Safari Park | Ideal Place for Family

11:01 PM

Assalamualaikum dan Hi Korang!

Korang pasti selalu dengar pasal Gambang Water Park kan? Aku yakin ramai yang tahu pasal Gambang Water Park tanpa perlu aku cerita lebih. Tapi korang tahu tak yang selain Water Park, Bukit Gambang Resort City turut menyediakan tarikan yang lain iaitu Safari Park dan juga Active Academy. Jadi kalau ke Bukit Gambang Resort City, wajib cuba ketiga-tiga ini. Kenapa? Meh aku cerita kat bawah.


Aku baru je balik dari Bukit Gambang Resort City dan telah merasai pengalaman mengujakan di ketiga-tiga tarikan itu. Terima kasih kepada rakan blogger yang telah menjayakan pengembaraan ini kerana ianya super awesome! Kenangan ini sangat indah buat aku lagi-lagi ini pertama kali aku mencuba hal yang belum pernah aku cuba. Dan disebabkan itu, aku nak berkongsi sikit pada korang apa yang aku rasa ketika di sana. Cumanya aku hanya akan sentuh pasal Safari Park saja. Untuk yang lain, kalian boleh terjah di blog rakan-rakan blogger pantai timur yang lain ya!

Setiap tempat ada tarikan masing-masing, kalian boleh lihat pada gambar ini untuk tahu lebih lanjut. Contoh, di Samba Hill ada Samba Hill Gourmet Hall dan Samba Hill White Lion dimana tempat untuk Dining with White Lions.


Kami memulakan perjalanan kami ke Safari Park dari hotel penginapan pada waktu tengah hari. Dalam pukul 2 gitu. Walaupun hari tu panas terik tapi tak terasa kerana sepanjang perjalanan, kami menaiki trem yang telah disediakan oleh pihak BGRC. Lagipula keterujaan nak tengok haiwan-haiwan yang rare mengalahkan kehangatan suhu hari tu. Hahahaha.

Apa yang menarik tentang Safari Park ini? Safari Park ini dikatakan memiliki beberapa tarikan dan keistimewaan yang tiada di Safari yang lain.

ANEKA HAIWAN UNIK YANG TERPILIH
Beberapa haiwan tersebut dikatakan yang pertama di Malaysia


  • Satu-satunya Harimau Kumbang (Cheetah) di Malaysia
  • Singa Putih, Kangaroo Putih dan Burung Hantu Putih
  • 4 daripada 6 spesis Unta di dunia
  • 4 daripada 8 spesis Beruang di dunia
  • Golden Headed Lion Tamarin, 1 daripada 19 spesis primata di BGSP
  • Dapat melihat dengan dekat Hyenas dan haiwan-haiwan pemangsa yang lain


5 Pertunjukan yang aktif

  • Wonderful Birds,
  • Multi-Animal,
  • Tarzan Adventure,
  • African Yabara Fire Show dan
  • Predator No-Human-Contact


1 Pertunjukan yang pasif
Makan bersama Singa Putih | Dining with White Lions


Sampai di Samba Hill (kaunter pendaftaran), kami diberi pass masuk yang perlu dililit di tangan. Kemudiannya kembali ke trem untuk meneruskan pengembaraan kami ke dunia Safari. Ini dipanggil sebagai Wild Savannah, dimana para pengunjung akan dibawa masuk ke kawasan haiwan-haiwan menaiki trem dan dapat melihat haiwan tersebut dengan lebih dekat. Ini termasuklah haiwan-haiwan pemangsa seperti singa, harimau, harimau bintang dan lain-lain lagi. Selain daripada menaiki trem, pengunjung juga boleh menyewa ATV (Yang pertama dan satu-satunya Safari yang ada ATV) untuk lebih mencabar kerana dapat melihat secara langsung dan lebih lebih dekat dengan haiwan berbanding trem. Aku tak naik sebab takut sikit. Iyalah, kang binatang tu kejar aku, tergopoh aku nak lari. Dahlah aku tak pernah naik ATV (bila paranoid, macam ni lah jadinya). Oh ya, aku lupa nyatakan harga untuk memasuki Safari Park dan menaiki ATV. Boleh rujuk di bawah untuk harga :

Kalau beli ketika promosi memang lagi syok sebab murah

Semasa di Wild Savannah, pelbagai haiwan yang dapat aku tengok sepertinya dubook (hyenas), singa, badak air, dan macam-macam lagi yang aku tak tahu nak sebut namanya. Hanya Cheetah dan harimau saja yang tak kelihatan. Aku fikir mungkin mereka malu kot sebab aku datang tengok. Hahaha. Jadi kami pusing beberapa kali dengan trem tapi masih tak keluar hingga akhirnya kami berlalu pergi dengan sedikit kecewa.

 Aku akan masukkan gambar cuma gambar tak berapa nak cantik sebab aku snap dari dalam trem dan terhalang oleh cermin.









Selesai bergumbira dengan haiwan di Wild Savannah, kami di bawa pula ke suatu pitstop dimana kami akan mula berjalan dari satu arena ke arena yang lain untuk menyaksikan pertunjukan. Okay, disini aku boleh katakan jarak perjalanannya jauh tapi berbaloi. Kalau datang dengan nenek atau warga emas atau kanak-kanak, mungkin kena prepare something sebab penat juga berjalan. Pertunjukan pertama yang kami nonton ialah Predator No-Human-Contact. Maksudnya, haiwan-haiwan pemangsa ini buat show tanpa bantuan instructor atau manusia pun. Menarik kan? Haiwan tersebut melakukan beberapa aksi yang unik dan menarik untuk dipertonton sepertinya harimau berenang, harimau memanjat, dan banyak kali.





Kekecewaan aku terubat kerana dapat juga melihat harimau serta cheetah di show tersebut. Yang lucu tentang show ini, haiwan-haiwan tu seperti tak nak masuk ke kandang mereka menyebabkan show jadi lambat sikit. Di bawah ini aku sertakan juga jadual untuk setiap show agar korang yang hendak datang ke sini tidak terlepas pertunjukan awesome!


Selepas itu, kami menuju ke Forest Arena untuk menyaksikan telatah comel burung-burung. Mula masuk tu, aku terpegun kerana kagum pada hiasan dan decor arena. Sangat cantik. Malah aku terhibur dengan gelagat comel burung. Lagi-lagi saat munculnya burung pemangsa yang besar dan sexy Flamingo. Time burung pemangsa tu muncul, dia terbang betul-betul di atas kepala kami. Fuuhhh!!! Terkejut campur seronok aku dibuatnya.







bangunan di Forest Land
 Pertunjukan seterusnya diadakan di Foreign Village. Kat sini ada 3 shows yang super duper awesome dan menarik! Disebabkan aku merasai keseronokan di dua pertunjukan awal, aku jadi sangat tak sabar nak tengok pertunjukan selanjutkan. Dan ternyata ia benar-benar tidak mengecewakan aku. Di Multi-Animal show, kami disajikan dengan ragam-ragam haiwan yang unik dan menarik. Ada seorang budak yang berani memegang dan memeluk ular sawa besar. Kalau aku, memang taklah sebab geli. Lagipun dah pernah sentuh dulu. Kat bawah ni aku letakkan gambar haiwan-haiwan yang aku terhibur dengan aksinya. Sayangnya, pertunjukan ini terasa cepat. Aku macam tak puas dan inginkan lagi. Tak pelah terubat dengan pertunjukan orang makan api dan Tarzan Show. Yang Tarzan adventure ini begitu menghiburkan lakonan dan jalan ceritanya. Ramai penonton yang gelak bersama malah ada yang turut membantu Tarzan menyelamatkan beruang. Oh ya, pertunjukan ini ada bunyi yang kuat dan juga bunyi letupan. Jadi penonton digalakkan untuk berhati-hati.




Sebenarnya sebelum pertunjukan api dan Tarzan itu, kami disajikan dengan makan malam bersama singa putih. Terasa istimewa apabila makan ditemani sepasang singa putih yang nyenyak tidur. Makanan yang disediakan juga lazat menurut aku.


Konklusinya, aku benar-benar seronok dan terhibur sepanjang pengembaraan di Safari Park ni. Walaupun penat berjalan dan letih dek panas terik tapi berbaloi bila melihat haiwan-haiwan dan pertunjukan-pertunjuka yang menarik itu. Aku bolehkan simpulkan yang Bukit Gambang Safari Park ini sangat sesuai dijadikan destinasi percutian buat keluarga dan rakan-rakan. Kalau korang nak tahu pengalaman Safari Park yang lain, boleh terjah blog Dr Angel dan Kak Halimah. Dan kalau korang dah pergi situ dan ingin kongsi pengalaman semasa berada di sana, bolehlah tinggalkan komen di ruangan bawah. Kita curhat (curahan hati) bersama.

P/s : sebenarnya aku nak share banyak foto tapi aku sedar yang ini blog bukan tumblr. Hahaha. Jadi kalau nak rasa seperti mana yang aku rasa, bolehlah check date dan terbang ke Bukit Gambang Safari Park.




Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh rujuk website ini :
https://bgrc.com.my/safari-park/

You Might Also Like

8 comments

  1. arghh bestnya teringin nak pegi. one day maybe ? hehe insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Memang teruja dapat lihat banyak jenis haiwan yang jarang sekali kita dapat lihat.. Lagi2 di Wild Savannah tu, husniey suka tengok haiwan semua unik sungguh. Nice sharing Najah!

    ReplyDelete
  3. Uishhh banyak jugak jenis haiwan kat sana. Dah lama tak jumpa kawan kawan ehh hahahah :P

    ReplyDelete
  4. NAJAHHHH! lawa giler photosssss :D

    ReplyDelete
  5. Best tengok aksi minum api semboq api..😊

    ReplyDelete
  6. Banyak gile binatang kat sini..Sampai x habis tgk... mmg best.. 😍😍

    ReplyDelete
  7. I also have problems with too many photos that's why I made a video ha

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News