Bertamu di Eid, Bangi!

11:08 PM

Assalamualaikum dan Hi semua!

Di penghujung Januari baru ni, aku menyempatkan diri untuk bersua muka dengan sahabatku yang dah lama tak jumpa. Teman seuniversitas. Kebetulan aku ada hal di Bangi, jadi apalagi, aku ambil kesempatan ini untuk berjumpa dia walaupun sekejap. Lalu planlah kami nak jumpa bila, kat mana, pukul berapa. Masa dengan tarikh mudah saja ditetapkan sebab pilihan tak banyak tapi masuk je tempat, FUUUHHHH.. kemain payah.


Fikir punya fikir, akhirnya kami berkeputusan untuk jumpa saja di Eid. Kenyang pun kenyang, sedap pun sedap, dan yang penting suasana tempat yang sesuai untuk kami mengobrol. Iyalah, kalau tempat tu padat dan bising, bingit telinga kami dan sukar untuk kami borak-borak bersama. Bukan apa, kami pun pernah makan di Eid sebelum ni jadi memang okay je bagi kami untuk bertemu semula di Eid.


Restoran Eid ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi yang bersebelahan dengan Bangi Sentral dan PKNS Bangi. Eid merupakan restoran halal Korea yang (kalau tak silap aku) satu-satunya cawangan di Malaysia selepas Itaewon, Korea. Chef pun chef dari Korea supaya rasa asli itu dapat dikekalkan. Aku tak tahulah bagaimana rasa asli Korea memandangkan aku tak pernah pergi tapi berdasarkan ulasan orang, ramai yang mengiyakan dan menyokong kenyataan itu. Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hinggalah 11.30 malam.

Menu yang disediakan tidaklah banyak sangat (bagi akulah) tapi cukup. Cukup maksud aku ialah menunya dipelbagaikan dan memiliki mana yang perlu dirasai buat mereka yang ingin makan makanan Korea.



Aku bila masuk restoran Korea ini, menu pertama yang jadi pilihan aku ialah Kimchi Jjigae. Teramat suka aku pada Kimchi Jjigae ini. Entah kenapa tapi mungkin juga aku suka pada yang berkuah, pedas, kenyang dan menghangatkan. Tapi! Tapi kali ini aku berubah angin. Aku ingin mencuba pula menu lain ialah Honey Dakgangjung ialah set ayam goreng tanpa tulang yang perisa madu. Mau cuba gimana rasanya ayam. Air pula aku pilih Sikhye. Saja je tu sebab buntu nak pilih apa. Kawan aku pilih Vegetarian Bibimbap dan air beri. (Aku tak pasti nama apa)


Sekian saja kisah aku yang ini. Konklusinya, bagi kalian yang malas nak masuk Mall tapi teringin nak makan makanan Korea, maka Eidlah pilihannya. Bagi kalian yang ingin menyantai sambil makan bersama teman, makan Eidlah tempat yang sesuai. Rasanya memang terasa lain dari yang aku biasa makan tapi sedap. Berbaloi jugalah buat aku.

Eid Halal Korean Restaurant

No 8-23-01, Ground Floor, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Central, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan,
43650 Bangi, Malaysia

Hours 11:00 - 23:30
www.instagram.com/eid.halal.korea.my


You Might Also Like

1 comments

  1. Amar pun minat makanan korea sebab rasa dia kena dengan tekak dan pedas

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News